WWE: The Rock Dedah Siapa GOAT Sebenar, Dan Ia Bukan Dirinya Atau Steve Austin

Dwayne “The Rock” Johnson telah memberikan pendapat siapa yang menurutnya terhebat sepanjang zaman (GOAT) dalam pro wrestling.

Pastinya setiap orang memiliki pandangan yang berbeza. Dan The Rock pun ada pandangan beliau sendiri.

Dalam satu pungutan suara dibuat, ternyata ramai peminat menyenaraikan beberapa calon yang menjadi pilihan.

Antaranyq The Rock, Stone Cold Steve Austin, Hulk Hogan, Ric Flair, dan John Cena sebagai beberapa nama lagi.

Bekas Juara WWE itu membalas tweet yang dikeluarkan oleh FOX.

Di mana FOX meminta peminat yang mereka fikir lebih layak bergelar GOAT, sama ada – The Rock atau Steve Austin.

The Rock dalam tweetnya menyatakan orang itu adalah Downtown Bruno yang digelar Harvey Wippleman.

Ini kerana Downtown Bruno menurut The Rock seorang manusia yang sangat baik hati.

“Dalam gusti? Jawapan mudah; ketika saya berumur 15 tahun (pokai & diusir dari rumah sewa) lelaki ini membenarkan saya tinggal bersamanya di Nashville, Downtown Bruno.”

“Ramai yang  tidak tahu siapa Bruno tetapi sebilangan kecilnya tahu. Bro saya, @steveaustinBSR berada di tangga ke-2 yang sangat hampir. Raikan perjalanan hidup liar dan tidak dapat diramal. #goat.”

Downtown Bruno lebih dikenali oleh peminat WWF / WWE dari tahun 90-an sebagai Harvey Wippleman. Beliau merupakan promoter dan pengurus.

Semasa eranya, Wippleman menguruskan beberapa penggusti berprofil tinggi seperti Kamala dan Sid Justice.

Wippleman adalah orang yang memperkenalkan Giant Gonzalez setinggi lapan kaki ke WWF, dan membentuk perseteruan dengan The Undertaker.

Tetapi mungkin, pencapaian Wippleman yang paling terkenal dan paling pelik semasa waktunya dengan promosi itu datang pada tahun 2001, ketika dia memenangi WWE Women’s Champion ketika menyamar.

Mengapa The Rock menamakan Wippleman sebagai G.O.A.T?

The Rock adalah nama yang sinonim dengan WWF / WWE. ‘Great One’ adalah, tanpa dakwa dakwi lagi, merupaka salah seorang Superstar WWE terbaik dan paling popular sepanjang masa.

Selain itu, dia juga salah satu bintang filem Hollywood terbesar.

Namun, di sebalik kejayaannya, The Rock tidak melupakan masa-masa sukar beliau dahulu sebelum menjadi popular dan kaya raya.

Dan The Rock menyatakan bahawa Harvey Wippleman telah menyelamatkannya ketika berada dalam satu situasi sukar dalam hidupnya.

Ketika dia baru berusia 15 tahun, The Rock pokai dan telah diusir oleh tuan rumah sewa. Tanpa wang dan tempat tinggal, dia dibantu oleh Wippleman, yang membiarkan The Rock tinggal di rumahnya di Nashville.

Oleh kerana mengenang jasa dan terhutang budi, The Rock tak pernah lupa apa yang dilakukan Bruno / Wippleman untuknya.

Lalu, secara peribadi The Rock telah menamakannya sebagai G.O.A.T dalam gusti. Dia juga menambahkan bahawa “Stone Cold” Steve Austin di belakang sedikit.

Walaupun The Rock telah bersara dari gusti pro, dia terus maju dalam karier lakonannya di Hollywood. Filem berikutnya, Jungle Cruise, tayangannya ditunda ke tahun hadapan kerana wabak koronavirus.

The Rock kini sedang menjalani penggambaran Red Notice dengan Ryan Reynolds sebelum produksi dihentikan seketika. Dia juga bersiap untuk Black Adam sebuah filem DC.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa