ğŸŽ¥Saksikan Aksi Mengiurkan Mane vs Crystal Palace

Sadio Mane merupakan pemain penting Liverpool sejak beliau menyertai pasukan ini daripada Liverpool B.

Selain daripada aksi semakin memukau, Mane juga kelihatan semakin hensem kerana berkawan dengan orang hensem seperti Origi.

Mane menjadi pemain yang semakin tajam di hadapan gol. Selain jurus kungfu beliau dahulu, dah banyak keeper padu kena makan dengan Mane.

Antaranya Neuer yang terkena dengan spin beliau.

Mane juga menjadi penenang bersama kasut emas EPL musim 2018/19 bersama Mohamed Salah dan Pierre Emerick Aubameyang.

Dalam aksi berhadapan dengan Crystal Palace baru baru ini, Sadio Mane sekali lagi menunjukkan kegeniusan beliau. Ini dengan menjadi penjaring gol pembukaan.

Mane menjadi sandaran penting Liverpool terutama sekali dengan ketiadaan Mo Salah di atas padang.

Liverpool menang 2-1 ke atas Palace menerusi gol kemenangan lewat Roberto Firmino.

Selain daripada gol itu, Mane juga sudi menghiburkan hadirin yang datang ke stadium dengan beberapa maneuver penuh ransangan dan mengiurkan.

Mane terus menjadikan Crystal Palace sebagai taman permainannya.

Jadi di sini saya berkongsi video 3gp Sadio Mane yang saya dapat daripada gerup WhatsApp.

Liverpool kekal di puncak liga selepas 13 perlawanan setakat ini.

Baca yang lain