1 Litre Of Tears: Menghayati Catatan Harian Aya

1 Litre Of Tears merupakan drama Jepun yang menemui peminat pada 2005. Mesti ramai yang dah tengok kan?

Sebenarnya saya agak melekat juga dengan drama Jepun ni dulu. Masalah orang macam saya ni kalau layan drama ni mesti nak marathon. Dulu duduk universiti pakai stok VCD burn je2 la.

Drama ni menggarap banyak persoalan dan juga isu yang dihadapi oleh seorang remaja dan masyarakat. Ianya berdasarkan kisah benar dan nyata.

Drama ini dimulakan dengan kondisi gadis remaja yang tenat dan penceritaan tentang satu penyakit berkaitan dengan neuron.

Ikeuchi Aya lakonan pelakon sensasi Erika Sawajiri memang mantap dalam drama ini.

Aya merupakan seorang gadis remaja yang ceria, aktif dan sangat disenangi. Aya berjaya masuk ke satu sekolah yang menempatkan pelajar cemerlang. Ibu dan ayahnya sangat gembira dengan kejayaan itu.

Aya lebih mirip kepada perangai ayahnya yang periang dan ceria.

Namun pada hari pertama Aya terlajak dalam bas kerana tertidur. Di situlah dia bertemu dengan lelaki yang akan menjadi penyokong kehidupan dia bernama Asou Haruto.

Asou Haruto remaja pemberontak kepada ayahnya yang merupakan seorang doktor. Dia tak mahu ke sekolah itu kerana tak minat nak jadi doktor. Haruto mahu menjadi ahli muzik.

Aya terjatuh di hadapan Asou yang sedang berkira-kira tak nak masuk ke sekolah. Dan di situ mereka mulai berkenalan.

Aya ada ‘crush’, budak senior yang merupakan atlet bola keranjang di sekolah itu. Antara sebab dan motivasi Aya nak ke sekolah tersebut.

Aya telah menjadi gadis yang kelihatan naif, namun satu sisi dalam dirinya yang anda akan kagumi adalah kesungguhannya. Misalnya cikgu mengarahkan Aya menjadi ketua untuk koir kelasnya.

Walaupun nampak lembut, Aya tetap tak putus asa dan berjaya menyatukan mereka sekelas.

Selain daripada pelajar yang cemerlang, Aya adalah gadis yang aktif bersukan. Dia pemain bola keranjang yang sangat baik.

Namun kehidupan dan kegembiraan masa remaja Ikeuchi Aya dirampas oleh penyakit yang tiada ubat.

Penyakit yang memakan saraf dan satu persatu keupayaan fizikalnya akan lumpuh.

Itulah sebab kenapa Aya selalu terjatuh dalam kondisi yang pelik. Dia tak jatuh seperti manusia lain yang akan ada tindakan refleks seperti mengurangkan impak dengan tangan.

Ada sekali, Aya seperti ‘mati’ ketika bola keranjang menuju ke arahnya.

Ibunya yang mulai perasan akan perubahan yang sangat sedikit di mata orang lain termasuk ayahnya. Naluri ibu yang kuat membuatkan ibunya mencari apa masalah anaknya.

Anaknya pula jenis suka berlari lari.

Dan semakin dia mencari semakin dia menghampiri realiti yang tidak mahu dia dengar.

Penonton kemudian dibawa oleh Aya memasuki satu garis masa yang sangat sukar.

Susah saya nak ulas dari sudut lebih medikal kerana cerita ini memang banyak sekali istilah perubatan terutama sekali masuknya watak doktor Mizuno.

Ibunya berhadapan dengan doktor yang pendesak. Bertaburan menyuruh dia memberitahu Aya akan komplikasi yang dihadapinya.

Ibu Aya melakukan banyak ujian dan mencari doktor lain yang mungkin Ebih bagus daripada doktor muda di hadapannya. Namun usahanya tetap membawa dia kembali ke jalan yang sama iaitu, doktor Mizuno antara yang terbaik di dunia untuk mengendalikan kes seperti itu.

Paling meruntun jiwa apabila ayahnya pun tahu anaknya sedang berdepan dengan penyakit kronik itu tanpa Aya tahu.

Dan akhirnya Aya dapat tahu akan penyakitnya. Daripada itu Aya hanya menangis dan menangis. Dia putus harapan untuk hidup. Dia merasakan tiada guna lagi kehidupan remajanya.

Namun kemudian Aya mendapat kekuatannya. Asou Haruto sangat banyak menyokong Aya. Namun perkara ini ditentang oleh ayah Haruto yang menganggap hubungan Haruto dengan Aya tidak patut diteruskan kerana ia hanyalah atas dasar emosi dan tidak memberikan kebaikan kepada satu sama lain.

https://giphy.com/gifs/garden-erika-9tEZ0IjTgqJhu

Aya mulai menulis dalam diarinya. Dia mahu diari itu dibaca oleh orang lain di masa hadapan. Aya meninggalkan mesej bahawa, jangan sesekali putus asa untuk meneruskan kehidupan.

Aya melawan semua rasa takut, kecewa, marah, rasa seperti tuhan tidak adil kepadanya, yang menguasai dirinya.

https://giphy.com/gifs/drama-jdrama-asian-RKjfIidscAtOg

Drama ni korang memang akan expect plot dia agak slow. Biasalah nak main dengan banyak emosi. Namun ia memang drama yang sangat baik.

Lakonan Erika Sawajiri memang power. Mungkin drama ni terlalu berfokus kepada watak Aya sahaja. Watak Asou Haruto ni aku rasa tak diprojeksi dengan baik sangat. Banyak plot meleret dekat dia ni.

Tapi watak doktor tu Power. Dia menjelaskan kenapa dia tak mahu berlengah dalam memberitahu pesakit apabila mereka ada komplikasi. Ini kerana beliau mahu pesakit itu sedia dan ia lebih membantu dalam usaha mengurangkan perkembangan penyakit itu bersama sama.

Ibu Aya sentiasa tak putus harapan untuk mencari ubat untuk anaknya. Kerana baginya tiada penyakit di dunia ini yang tiada ubatnya.

Demi gadis yang dia sayangi Asou Haruto mulai mahu menjadi doktor kerana mahu merawat Aya. Dia pernah kehilangan orang dia sayang sebelum ini iaitu abangnya.

Yang pasti korang yang layan pun akan seliter air mata korang jatuh.

Ada juga versi movie kalau korang nak versi pendek sikit. Tapi tak sedap sangat.