1 Tweet Elon Musk Yang Membuatkan Tesla Rugi RM60 Billion

Jika di Malaysia Jakel tengah pening kerana tindakan adik kepada pemilik Jakel selepas status yang dianggap menghina, di AS pula Tesla berdepan masalah yang serupa.

Tetapi ia melibatkan Elon Musk. Sejak akhir akhir ini Elon Musk selalu saja memuat naik tweet yang bikin panas. Misalnya beliau menyokong untuk membuka semula Amerika Syarikat dan anti perintah penguncian di negaranya.

Ianya telah membuatkan ramai menjadi triggered dan marah dengan lelaki yang dipuja sebagai genius namun tidak menunjukkan dia genius.

Elon Musk kerap memuat naik status yang mengundang cacian, makian dan kecaman daripada netizen.

Sehinggakan ada yang merasakan akaun beliau digodam. Namun begitu, Elon Musk sebelum ini pernah meminta orang ramai memadamkan Facebook kerana keselamatannya rapuh berbanding Twitter.

Musk menyatakan Facebook terlalu mudah ditembusi oleh hacker dan tidak boleh dipercayai.

Jadi, mungkin ada yang cuba mengenakan Elon Musk? Kerana sebelum ini ada sekumpulan penggodam telah menggodam banyak akaun besar untuk membuktikan bahawa Twitter pun boleh digodam.

Beberapa tweet beliau menyokong kempen membuka semula Amerika dan memanggil l0ckdwon sebagai satu bentuk fasisme dan tidak menghormati hak kebebasan individu. Musk menuntut liberation.

Tweet mahal untuk dibayar Tesla

Namun begitu, satu tweet daripada Elon Musk telah memberikan impak besar kepada saham Tesla. Tidak pasti apa yang berlegar di kepala Elon Musk.

Ianya mencetuskan penurunan pada saham mereka. Tweet beliau  itu telah membuatkan Tesla terkesan dengan kerugian sekitar
$14 billion ataupun sekitar RM60 billion.

Ini gara-gara satu tweet Musk yang menyatakan bahawa harga saham Tesla terlalu tinggi, menurut pandangan beliau.

Ramai yang mulai sangsi dengan apa yang sedang berlaku dan mereka mulai hilang kepercayaan kepada saham Tesla. John Weisenthal mengecam Elon Musk yang telah membuatkan saham Tesla jatuh mendadak.

Malah ada seorang pelabur telah membantai Elon Musk di Twiter: “Dude, aku hilang USD10k sebab tweet kau ni. Apa masalah kau ni.”

Mereka benar benar marah dengan Elon Musk yang meletakkan wang mereka di dalam risiko.

Ada juga yang menasihatkan pelabur agar menjual segera saham mereka. Kerana wang mereka sekarang dijaga oleh orang gila.

Mereka tidak faham kenapa Elon Musk sejak akhir akhir ini suka memuat naik tweet yang memberikan kesan negatif kepada imej dan kerugian kepada syarikatnya.

Jadi adakah benar akaunya digodam? Takkan la dia diam je kan kalau akaun dia kena godam oleh pihak lain.

Elon Musk dianggap antara manusia yang paling berpengaruh di dunia. Beliau ada ramai pengikut di media sosial. Elon Musk pada tahun lalu melancarkan projek istimewa iaitu cybertruck, juga menjadi perhatian media seluruh dunia.

Apa sahaja yang beliau lakukan pasti akan menjadi tumpuan dunia.

Baca yang lain