Anime bergenrekan sukan memiliki ramai pengikut dan peminatnya di seluruh dunia. Jadi berikut adalah senarai 10 Anime berasaskan kisah sukan yang korang boleh pertimbangkan untuk tonton.
1. Ace Of Diamond
Ianya berkisarkan sukan besbol di mana kisah dia memang sangat real. Mengisahkan Pitcher – Eijun Sawamura merupakan pemain handalan di sekolah menengah lamanya.
Namun ketika dia berpindah ke sekolah swasta Seidou High School, dia mendapati dia hanyalah pemain biasa.
Anime ini seringkali diangkat sebagai anime yang berkisarkan kehidupan sebenar seorang atlet besbol yang perlu menyeimbangkan kehidupan di dalam padang dan di luar padang.
2. Slam Dunk
Siapa pernah baca komik ini? Jalan cerita dia sangat laju dan tak meleret membuatkan pembaca mendapat banyak sekali kisah sepanjang siri komik.
Malah anime ini sangat bagus kerana sarat dengan peperangan taktikal dan teknikal di antara jurulatih dan pemain.
Ia mengisahkan pemain yang gila gila tetapi ada kelebihan yang tersendiri iaitu Hanamichi Sakuragi yang menyertai bola keranjang hanya untuk memikat hati gadis di sekolah menengah.
Namun semakin dia mengenali bola keranjang semakin dia berubah. Anime ini klasik pada 90-an namun masih ramai pengikut sehingga kini. Antara Anime sukan yang paling berpengaruh di dunia.
Tapi tu la, versi Anime dia agak tergantung kerana isu dispute dengan hak cipta pula.
3. Ping Pong The Animation
Berdasarkan siri manga Taiyo Matsumoto, Ping Pong The Animation memaparkan sekumpulan pemain pingpong yang berbakat bersaing sesama mereka.
Selain itu, para pemain juga menunjukkan dunia sebenar untuk seorang atlet untuk berjaya. Mereka berlatih dan cuba memperbaiki teknik, speed dan agility di dalam sukan yang dianggap antara yang paling sukar itu.
4. Major
Salah satu aspek anime yang underrated. Malah ramai menganggap ini adalah Anime besbol terbaik dari Jepun. Jalan ceritanya mengalahkan live action series di tv.
Watak utama Goro Honda kehilangan ayah dan ibunya dan menjadi anak yatim piatu ketika di tadika lagi. Goro Honda mahu menunaikan impian ayahnya untuk menjadi pemain profesional.
Menariknya anime ini berkisarkan kisah Goro Honda dari kecil sehinggalah dia dewasa, mengabdikan dirinya untuk besbol.
Goro Honda mulai membantu pasukannya yang bermain di liga kecil.
Dia mulai menjadi mentor kepada kanak kanak di sana. Banyak aksi dramatik dan cara mengendalikan konflik dan masalah.
5. Capeta
Ini kisah seorang budak berbakat mengendalika gokart. Kappeita Taira memandu gokart yang dibuat sendiri oleh ayahnya daripada barang barang buangan dari syarikat dia bekerja.
Perlumbaan pertama, Capeta hampir menewaskan pemandu pro. Membuatkan dia mulai menjadi bakat yang harus diambil perhatian.
Anime ini turut memaparkan bagaimana seorang pemandu harus berlatih dan menajamkan skil mereka. Capeta disokong oleh ayahnya, berusaha mengejar impian mereka.
6. Hajime No Ippo
Banyak siri Anime yang berasaskan dunia sukan tempur, namun sangat sedikit yang berasaskan kisah sukan dari konteks nyata. Hajime no Ippo, berasaskan siri manga oleh George Morikawa, satu Anime yang sangat baik.
Pelajar sekolah tinggi Ippo Makunouchi cuba menentang gejala buli yang melanda dirinya di sekolah di mana dia menjadi punching bag.
7. Eyeshield 21
Kisah American Football dibawa ke dunia Anime. Mengisahkan Sena Kobayakawa yang mulai belajar di Deimon Private Senior High School, dan dia hanya mahu menyesuaikan diri dengan rakan rakan baharu di sana.
Namun coach dia, Devil Bats mengesan kelajuan dan kelincahannya sangat luar biasa. Lalu Sena didrafkan dalam pasukan dan memberikannya helmet dan persalinan pasukan.
American Football bukan sukannyang popular di Jepun, jadi ia menjadi sangat asing bagi Sena. Daripada budak weirdos, Sena membangun menjadi salah seorang pemain penting dalam pasukan juara.
8. Prince Of Tennis
Kisah seorang pemain tenis, Ryoma Echizen, yang mahu keluar daripada bayang bayang ayahnya dengan membangunkan gaya permainannya sendiri.
Ryoma berlatih beberapa trick shots dan teknik istimewa. Cerita Ryoma ini berkembang dengan kisah dia dengan rakan seperjuangan, coach dan seterunya.
9. Captain Tsubasa
Salah sebuah Anime yang paling berpengaruh di dunia dan menjadi anime penting yang membawa menarik minat dunia kepada anime Jepun.
Ianya mulai ditayangkan pada 1983, mengusahkan bakat bola sepak bernama Tsubasa.
Malah ramai pemain bola sepak hari ini diberikan gelaran Tsubasa oleh media apabila mereka membangun dari kecil dengan bakat dan dedikasi, ini termasuk Lionel Messi.
10. Haikyuu
Kisah sukan bola tampar yang memaparkan perkembangan karakter Shoyo Hinata yang mulai jatuh cinta dengan sukan itu selepas menyaksikan satu perlawanan bola tampar di dalam tv.
Namun perlawanan pertamanya, lunyai aksinya. Dia berusaha memperbaiki dirinya dan bergabung dengan seterunya untuk membentuk satu gandingan yang sukar dikalahkan. Selain cerita sedap, Haikyuu juga mengandungi banyak runut bunyi yang sedap.
11. Ganbare Kickers
Satu lagi anime bola sepak yang popular di Malaysia.
Mengisahkan pemain berbakat besar bernama Kakeru menjadi sebab kenapa Kickers kembali bersemangat bermain bola sepak.
Kickers hanyalah pasukan belasahan dan dibayangi kehebatan pasukan sofbol sekolah mereka.
Namun mereka mulai tunjuk taring.
Senarai lain:
- Yuri On Ice
- Run With The Wind
- Yowamushi Pedal
Rujukan: Mashable