10 Calon Pengganti Southgate Termasuk Seorang Pengurus Wanita

England sudah menyenaraikan 10 calon utama jadi pengganti Gareth Southgate. Sebentar tadi Gareth Southgate umumkan bahawa dia meletakkan jawatan sebagai pengurus England selepas 8 tahun dan 102 perlawanan bersama.

Berikut adalah 10 calon dalam senarai FA England.

1. Jurgen Klopp

FA England tidak berputus asa mahukan Klopp yang sudah menyatakan dia mahu berehat panjang selepas kehabisan tenaga mengendalikan Liverpool.

2. Eddie Howe

Pengurus Newcastle itu dianggap calon terbaik berdasarkan usianya masih muda sebagai pengurus dan kemampuan mengendalikan pasukan tanpa bintang atau dengan ramai bintang.

3. Frank Lampard

Nama Lampard sebenarnya sudah lama dalam senarai calon England kerana dia adalah pengurus muda yang dianggap berpotensi. Tetapi FA England mungkin mengutamakan calon lain.

4. Graham Potter

Nama Graham Potter antara nama pilihan peminat. Ini selepas dia menyuntik DNA bola sepak menyerang ketika bersama Brighton, walaupun selepas itu kurang menjadi bersama Chelsea.

Potter sendiri sebelum ini dilaporkan memang menunggu jawatan England.

5. Steven Gerrard

Kisah dia sama macam Lampard. Dia antara bekas pemain yang dianggap berada dalam pemantauan FA England. Tetapi buat masa ini, dia bukan calon utama cuma ada dalam senarai.

6. Lee Carsley

Nama yang mungkin mengejutkan peminat di luar England. Namun di England namanya kerap kali mendapat pujian hasil daripada kerja luar biasanya bersama dengan pasukan B-21 di mana dia membantu skuad pembangunan itu menang Euro B-21 tahun lalu.

Beberapa nama pemain seperti Cole Palmer, Jarrad Branthwaite dan Antony Gordon menjadi pemain pentingnya ketika itu.

Formula Sepanyol yang menaikkan De La Fuente daripada skuad pembangunan kini dalam pertimbangan England.

7. Mauricio Pochettino

Macam biasa, di mana ada berita kelab atau pasukan besar eropah cari pengurus, maka nama Pochettino akan keluar. Dia benar benar antara calon yang dipertimbangkan oleh FA England pada  masa ini terutama sekali dia juga masih tidak ada pekerjaan selepas meninggalkan Chelsea.

8. Thomas Tuchel

Baru sahaja meninggalkan Bayern Munich. FA England perlu benar benar meyakinkan dia untuk menerima jawatan tersebut. Hal ini kerana Tuchel sebelum ini menolak tawarand dari Man United atas sebab mahu berehat dahulu setelah dia tidak pernah menikmati rehat selepas dipecat.

Dia terus menyertai Chelsea selepas dipecat PSG. Dan kemudian terus ke Bayern selepas dipecat Chelsea.

9. Brendan Rodgers

Bekas pengendali Liverpool ini masih dalam senarai dikehendaki FA England kerana gaya bola sepaknya. Dia pada masa ini disenarai tidak tersedia untuk dilepaskan oleh kelabnya.

10. SarinaWiegman

Satu nama yang mengejutkan, England sedia melantik pengurus wanita pertama mereka. Rekodnya memenangi Euro 2 kali berturut turut bersama Belanda dan England menjadikan dia antara calon ketika ini.

Dia kerapkali dipuji kerana mampu membangkitkan skuad wanita England yang ada sindrom sama dengan pasukan lelaki sebelum ini – kerap tersasar di kejohanan besar.