10 Cara Potong Bawang Tanpa Menangis

Memotong bawang merupakan perkara yang biasanya membuat mata kita berair dah macam menangis dah jadinya.

Apabila kita memotong bawang, enzim daripada kulit bawang akan bergeser dengan udara – yang kemudiannya membentuk kimia yang menyakitkan mata.

Kornea pada mata mata kita akan berhubung dengan saraf tunjang – yang dihantar ke pusat nervous system. Lalu memberikan tindakbalas dengan menghasilkan airmata.

Namun sebenarnya ada beberapa cara nak mengelak daripada menangis semasa potong bawang ni.

Berikut adalah 10 cara yang korang boleh try mengikut pilihan:

1. Potong dalam air

Ambil air dan potong bawang dalam air. Kerana air boleh menghalang enzim daripada kulit bawang dilepaskan ke udara.

2. Potong berdekatan dengan api menyala

Cara ini diajar oleh Martha Stewart satu ketika dahulu. Namun sukar nak menjelaskan kenapa ia boleh berlaku.

Hipotesis terbaik adalah, api yang menyala memerlukan oksigen dan ia menarik oksigen di sekitarnya termasuk yang ada kimia tu tadi.

Tapi benda ni leceh sikit la.

3. Letakkan bawang dalam peti sejuk

Bawang ni sebenarnya tak sepatutnya disimpan dalam peti sejuk. Tapi untuk proses ni, korang boleh simpan untuk 24 jam sebelum menggunakannya.

Ini kerana bawang yang sejuk akan melambatkan proses perubahan kimia.

Jangan pula sumbat lepas tu lupa.

4. Letak dalam penyejuk beku

Jika mata korang masih juga sensitif, boleh letakkan dalam peti sejuk beku. Ada bahagian dalam peti ais korang tu.

Ni pun sama, jangan lupa pulak lepas masukkan.

5. Gunakan pisau yang paling tajam

Semakin tajam pisau, semakin kurang korang merosakkan bahagian kulit bawang. Jadi semakin kurang benda tu keluar ke udara.

6. Jangan gosok mata

Benda ni sebenarnya memang sangat memedihkan. Kekadang kita cepat je gosok mata bila pedih.

Ini kerana ia akan menjemput lebih banyak enzim ke mata anda.

7. Potong bawah kipas

Kalau yang ada dapur tu, yang ada sistem ventilasi tu, boleh je pakai. Itu memang guna dia.

Ianya lebih kepada menolak atau menerima udara dengan kipas.

Pada yang asa kipas siling tu, senang kan, bukak je kuat kuat. Risiko itu dikurangkan.

8. Air lemon

Benda ni macam leceh. Tapi boleh try. Korang hiris dulu lemon lepas tu baru potong bawang.

Lemon tu boleh buat jus. Tapi tu lah, bawang tu bau lemon yang sikit kan.

9. Jangan potong akar dulu

Benda ni diajar oleh Chef Gordon Ramsay. Dia kata, jangan potong hujung bawang yang ada akar tu dulu.

Sebab bila korang potong ia akan merosakkan sedikit keadaan bawang dan kemudian memberikan tindakbalas kimia yang lebih cepat.

10. Pakai goggles

Tak perlu la aku ulas ni. Takkan korang nak buat kat rumah mertua korang kan?

Baca yang lain