10 Dribblers Terbaik Sejak 2006/07, Firmino Atasi Neymar, Aguero Atasi Ronaldo

Menggelecek merupakan salah satu elemen serangan yang penting. Penggelecek yang unggul pasti akan membuatkan serangan lebih tajam dengan keupayaan mereka menewaskan pemain lawan secara teknikal.

Squawka mengeluarkan senarai statistik gelecekan berjaya dilakukan oleh para pemain bola sepak dunia.

Agak mengejutkan apabila Sergio Kun Aguero memiliki jumlah gelecekan berjaya yang lebih tinggi daripada Ronaldo.

Take-ons merujuk kepada kejayaan pemain menewaskan pemain lawan dengan melepasi mereka.

Berikut adalah ranking 10 take ons tertinggi sejak 2006/07

1. Lionel Messi – 1,880 take-ons

Tidak mengejutkan langsung melihat nama Lionel Messi di dalam senarai teratas. Gelecekan merupakan salah satu kekuatan utama bintang Barcelona dan Argentina ini.

Beliau juga memiliki rekod gol dan assist yang luar biasa.

2. Eden Hazard – 1,220 take-ons

Hazard memastikan beliau berada berada dalam ranking antara yang terbaik. Di dalam kariernya – terutama sekali di Chelsea – Hazard membangun sebagai pemain yang memiliki skil dan teknik dengan bola yang sangat baik.

Hanya satu yang memisahkan Hazard dengan Messi dan Ronaldo iaitu ketajaman di hadapan gol.

Beliau kemudian menyertai Real Madrid dengan nilai perpindahan sekitar £130 juta. Angka sangat besar untuk pemain yang hanya berbaki beberapa bulan lagi mahu menjadi ejen bebas.

Namun musim 2019/20 beliau masih bergelut dengan prestasi dan juga kecergasan.

3. Franck Ribery – 939 take-ons

Pemain yang memiliki gaya permainan mirip dengan Eden Hazard. Beliau gemar menewaskan pertahanan dengan gelecekan yang licik.

Ribery menikmati karier yang luar biasa di Bayern Munich.

4. Sergio Aguero – 832

Ini agak mengejutkan. Modern poacher memang dikenali dengan keupayaan mereka menggelecek. Namun angka 832 gelecekan lepas adalah insane!

Malah Aguero mencatatkan rekod lebih tinggi daripada Cristiano Ronaldo.

Aguero mulai meningkat naik ketika dia Atletico, dan kemudian menyertai revolusi pak Arab di Man City. Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman di Manchester City.

5. Cristiano Ronaldo – 815 take-ons

Ronaldo memang dikenali dengan gaya permainannya yang penuh skil licik, kepantasan dan kelasakan di atas padang.

Beberapa musim lalu, ketika di Real Madrid, Ronaldo mendedahkan beliau sudah tidak menumpukan aspek gelecekan lagi, dan lebih kepada fokus untuk penyudah serta posisi di dalam kotak penalti.

6. Joaquin – 798 take-ons

Seorang lagi legenda La Liga berada dalam senarai. Joaquin memiliki gaya permainan yang sangat tenang di atas padang.

Gelecekan beliau memang power beb!

7. Hatem Ben Arfa – 770 take-ons

Beliau menikmati musim yang cemerlang ketika di Lyon, Marseille dan kemudian Newcastle United.

Namun selepas itu kariernya agak tidak diberikan perhatian oleh media ketika di Hull City,

Tidak lama selepas itu, Ben Arda menaikkan semula reputasinya ketika bersama dengan Nice. Kecemerlangan beliau di Nice membuatkan PSG mendapatkan khidmatnya.

Namun sayang, di PSG beliau disisihkan dengan  teruk oleh Unai Emery. Akhirnya beliau keluar.

8. Andres Iniesta – 739 take-ons

Raja close control ini terkenal dengan teknik gelecekan lambretta beliau. Di dalam kariernya, Iniesta sangat signifikan dengan Barcelona.

Beliau pemain yang membantu Barcelona dan Sepanyol mencapai kegemilangan mereka.

Iniesta pemain yang sangat sukar dikawal dan diduga ketika di atas padang. Antara playmaker terbaik dalam sejarah.

9. Roberto Firmino – 739 take-ons

Di tangga kesembilan adalah false no.9 – Roberto Firmino. Pemain kebangsaan Brazil yang menjadi nadi utama Liverpool di bawah Jurgen Klopp.

Beliau memang antara pemain yang memiliki skil kaki yang sangat baik. Pemain yang memiliki linking up play yang luar biasa.

10. Neymar – 734 take-ons

Fuhhh, mujur lepas top 10 untuk Neymar. Pasti tak lengkap senarai ini tanpa nama Neymar. Kalau dia tak lepas top 10 pun, mesti korang tanya, Neymar macamana?

Pemain yang memiliki gaya samba pada permainannya. Beliau kekal pemain paling mahal dalam sejarah ketika ini.

Neymar memiliki banyak sangat skil nak diceritakan. Sebutlah apa sahaja, segalanya ada.

Itulah sahaja senarai 10 penggelecek paling banyak ‘makan’ pemain lawan di atas padang.

Selamat berPKP.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan