10 Filem Aamir Khan Yang Merecik

Aamir Khan merupakan salah seorang pelakon yang semakin tua semakin power. Namun itu bukan bermaksud dia tak power masa muda.

Sebab ada je filem dia dulu dulu yang power. Berikut pilihan 10 filem power daripada Aamir Khan yang korang boleh try tengok.

10. Akele Hum Akele Tum

Sebelum berlakon dalam Mann, gandingan Aamir Khan dan Manisha Koraila sudah menunjukkan chemistry yang kuat dalam filem ini.

Kisah rumah tangga. Sejauh mana seseorang itu boleh berkorban demi satu sama lain.

Rohit (Aamir Khan) merupakan komposer dan penyanyi muda. Kiran anak orang kaya yang meminati karyanya dan berkahwin dengan Rohit.

Kiran meninggalkan ‘istana mewah’ bersama suaminya. Namun konflik di antara mereka membawa kepada penceraian. Mereka berlawan di mahkamah untuk hak penjagaan anak. Siapa yang bakal mendapat hak itu? Kedua duanya sangat sayangkan anak mereka.

9. Secret Superstar

Insia merupakan remaja 15 tahun yang mahu menjadi penyanyi. Dia cuba meminta ibunya untuk memberitahu ayahnya Farookh akan niatnya mahu sertai satu pertandingan nyanyian yang menawarkan laptop percuma dan internet percuma setahun.

Namun Najma tidak ada peluang untuk melakukannya. Akhirnya Insia memutuskan untuk menjadi penyanyi di YouTube dengan menutup wajahnya dengan burka – menggunakan nama Secret Superstar.

Insia kemudian menjadi sensasi internet dan menarik perhatian Shakti Kumar (Aamir Khan) yang merupakan produser muzik.

Kemahsyuran di internet memberikan satu masalah baharu kepada Insia yang mahu merahsiakannya dari ayahnya.

8. Rang De Basanti

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan sahabat lepasan graduan dari India yang baru tamat pengajian. Seorang pembuat filem dari London mahu menghasilkan satu filem tentang cerita dari diari datuknya.

Dalam diari itu, datuknya menceritakan tentang kemerdekaan India. Datuknya bekerja dengan polis Inggeris.

Dia terbang ke Delhi dan menemui sekumpulan pemuda pemudi untuk membawakan watak itu. Namun mereka menolak untuk terlibat kerana tidak kenal pun siapa dalam buku itu dan menyatakan mereka adalah apolitikal.

Namun kematian seorang rakan mereka yang tragis akibat korupsi pemerintah tempatan membangkitkan semangat patriotisme mereka.

Diilhamkan oleh pejuang kemerdekaan yang mereka wakili dalam filem itu, mereka telah secara kolektif memutuskan untuk membalas dendam di atas pembunuhan tersebut.

7. Lagaan

Ini adalah kisah mengenai ketahanan yang ditunjukkan oleh orang India ketika mereka berada di bawah Pemerintahan Inggeris.

Mereka sudah dikenakan cukai oleh British dan kroni mereka. Namun pada suatu hari, Jack Russell mengumumkan bahawa dia akan menggandakan lagi Lagaan (cukai).

Para penduduk kampung telah menentang idea itu.

Memimpin penduduk kampung di situ adalah seorang pemuda tampan bernama Bhuvan. Ketika berunding, kapten Russel telah mencabar orang kampung untuk berlawan kriket.

Sukan itu asing bagi mereka di sana. Dan Bhuvan menyahut cabaran itu. Lalu membentuk pasukan kriket mereka sendiri yang tidak pernah kenal pun dengan sukan itu sebelum ini.

6. Mann

Filem yang menaikkan nama Aamir Khan di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara lain. Filem box office yang mengisahkan Dev karan Singh (Aamir Khan), seorang kasanova yang sedang dibelenggu hutang, dan dia setuju untuk menikah dengan Anita (Deepti Bhatnagar), anak kepada Singhania (Dalip Tahil), seorang pengusaha kaya.

Priya (Manisha Koirala)dan dev bertemu dalam sebuah kapal pesiaran. Priya baru saja menang sebuah pertandingan tarian dan Karan baru saja menyelesaikan sebuah pekerjaan untuk calon mertuanya.

Dia cuba try Priya tetapi tidak berjaya. Namun mereka semakin rapat sebelum mereka berpisah. Dan mereka berjanji akan bertemu dalam masa 6 bulan akan datang.

Priya dan pun Karan saling jatuh cinta. Raj (Anil Kapoor) adalah tunang si Priya. Gadis itu terhutang budi dengan Rah.

Pada hari pertunangannya tiba, Karan telah meninggalkan Anita. Pada hari pertunangan Priya pula, dia menulis surat kepada Dev bahawa semuanya sudah berakhir.

Raj tidak sengaja terjumpa surat itu, dan memaksa Priya untuk menemui Karan. Dalam perjalanan untuk bertemu Dev, Priya mengalami kemalangan dan kakinya cacat. Dev yang sedang menunggu Priya tidak tahu tentang  kemalangan yang menimpa Priya. Dev kecewa merasakan dirinya kena game.

Dev kemudian fokus kepada kariernya menjadi seorang pelukis yang terkenal. Dia kemudian bertemu Priya lagi, tetapi tidak menyedari bahwa Priya sudah cacat.

Sehinggalah suatu hari Dev mahu memberikan Priya gelang kaki dan melihat lukisan itu. Dev akhirnya tahu apa yang berlaku kepada Priya.

5. Ghulam

Bukan filem Aamir Khan yang glamor. Tapi filem ini memang sedap. Bergandingan dengan Rani Mukherjee yang masa ni masih bergetah kau. Ghulam bermaksud hamba.

Jika korang mencari naskah ala plot filem tamil, di mana jalan cerita hero tak terlalu poyo dan tiba tiba banyak duit, maka filem ini harus anda tonton.

Siddharth (Aamir Khan) merupakan bekas juara tinju. Dia seorang pemuda yang agak liar dan bertemu dengan seorang lagi gadis yang liar dari geng musuh mereka, Alisha (Rani).

Namun Siddharth mendapat tahu sebenarnya Alisha sebenarnya memberontak dan mencari eskapisme di sebalik masalah hidupnya.

Siddharth jatuh cinta dengan Alisha dan gadis itu mulai berubah. Namun konflik berlaku apabila seorang gangster bernama Ronnie telah.

Ronnie merupakan bos kepada abangnya Jai. Suatu hari Siddharth mendapat tahu bahawa Ronnie dan Jai menjadi pemeras ugut dan meminta wang perlindungan.

Paling teruk, Ronnie mempergunakan Siddharth untuk bertemu Hari. Dan Ronnie membunuh Hari. Siddharth sangat marah kerana Hari adalah abang kepada Alisha.

Siddharth telah menentang Ronnie yang memiliki bekap kuat daripada politician. Lalu berlaku pergaduhan besar di antara mereka. Di mana Ronnie mengarahkan semua kedai tutup sebab dia nak melapah Siddarth.

4. PK

Seekor alien terdampar dan tersesat di bumi dan dia kehilangan satu satunya alat yang membolehkannya berhubung dengan kapal angkasanya. Aamir Khan bergandingan dengan superstar baharu iaitu Anushka Sharma.

Sikapnya yang kebudakan dan innocent membuatkan filem ini sarat dengan elemen kelakar, fun dan pada masa sama membawa tema yang berat.

PK adalah filem falsafah. Ia mengambil tema ‘alien terdampar’, yang kita pernah tengok daripada filem klasik seperti ET.

Bermula dengan rasa putus asa makhluk asing itu, PK telah membangkitkan persoalan tentang impak agama kepada manusia.

Filem ini memang mendapat banyak kritikan, kerana falsafah di dalamnya yang membangkitkan isu agama. Tetapi filem ini tetap antara filem yang klasik dari Aamir Khan.

3. Dangaal

Dangal adalah biografi pejuang patriotik dari tokoh nyata Mahavir Singh Phogat yang membesarkan anak-anak perempuannya dan mengembangkannya menjadi World Class Fighters.

Mahavir mahu menjadikan impiannya menjadi kenyataan menerusi anak-anaknya. Tetapi sebaliknya, kesemuan empat anaknya adalah perempuan.

Mahavir melatih anak perempuannya Gita dan Babita, agar dapat membuktikan bahawa mereka setaraf dengan penggusti lelaki profesional.

Setelah bertungkus lumus, Gita memasuki Wrestling peringkat Kebangsaan dan memperoleh kemenangan.

Ketika dia mengikuti kejohanan antarabangsa, dia memilih untuk dilatih dari NSA (National Sports Academy) di mana seorang pelatih melatih Gita.

Babita juga berjaya memasuki Wresting. Sekarang, Mahavir merancang untuk melatih kedua-duanya dengan gayanya sendiri. Akhirnya, Gita mengalahkan seorang penggusti Australia dengan mengikuti cara ayahnya, bukannya jurulatih.

Filem ini sangat memberikan kesan kepada ramai wanita di India yang memperjuangkan pemerkasaan hak wanita.

2. Taare Zaman Par

Ini adalah filem yang merupakan debut Aamir Khan sebagai pengarah dan penerbit dan dia sendiri sebagai pelakon utama. Hasilnya amat luar biasa.

Filem ini berdasarkan kisah kehidupan dan imaginasi Ishaan, seorang kanak-kanak disleksia berusia 8 tahun.

Walaupun dia cemerlang dalam seni, prestasi akademiknya yang lemah membawa ibu bapanya untuk menghantarnya ke sekolah asrama.

Guru seni baru Ishaan mengesyaki bahawa beliau mengalami disleksia dan membantunya untuk mengatasi kecacatannya. Safars Darsheel memegang watak sebagai Ishaan berusia 8 tahun, dan Khan melakonkan watak guru seninya.

Guru itu telah berdepan dengan stereotaip teruk masyarakat yang menilai kanak kanak berdasarkan gred pada prestasi matapelajaran seperti matematik dan sebagainya.

Membuatkan kanak kanak ini dihalang kreativiti dan minat mereka. Lalu Cikgu Ram Shankar telah cuba membantu Ishaan untuk mengembangkan bakatnya di dalam seni.

1. 3 Idiots

Tiada keraguan lagi, ini adalah naskah terbaik Aamir Khan. Beliau bergandingan dengan bintang yang sedang ranum Kareena Kapoor dalam filem ini.
Farhan, Raju, dan Rancho merupakan rakan sebilik ketika belajar di Imperial College of engineering yang beprestij.

3 Idiots adalah filem komedi-drama yang dibintangi oleh Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Boman Irani dan Omi Vaidya.

Filem ini mengandungi kritikan sosial kerana tekanan pendidikan di India.

Namun selepas mereka belajar, mereka terpisah dengan Ranchodas yang menghilang entah ke mana. Farhan dan Raju sangat mengangumi kepandaian dan kecerdasan Ranchodas.

Ketika mencari Rancho mereka mendapati bahawa Ranchodas bukanlah rakan mereka. Dan mereka mencari apakah sebenarnya yang berlaku.

Sehinggalah mereka tiba di satu tempat yang sarat dengan pelajar yang mahir kejuruteraan. Di situ mereka bertemu dengan Rancho yang sebenarnya bukan Rancho. Tetapi Phunsukh Wangdu, merupakan seorang usahawan, saintis yang terkenal.

Baca yang lain