10 Filem Korea Terbaik Menurut IMDB

1. Burning (2018)

Filem ini sebenarnya banyak anugerah. Namun filem ini penuh dengan kekeliruan dan memerlukan anda bermain persepsi. Jika korang bukan peminat naskah yang mendayu, tempo cerita perlahan. Ini bukan untuk korang.

Tapi kalau korang penonton yang tipikal gemarkan filem ‘award type’, ok ini untuk korang.

Kisah seorang pemuda bertemu rakan sekolah lamanya dan jatuh cinta. Perempuan tu kemudian hilang dan dia syaki hilang sebab Ben, lelaki kaya raya yang rapat dengan perempuan itu.

2. Oldboy (2003)

Filem yang agak mindbending. Memberikan ending yang korang akan cakap, WTF!

Korang bayangkan korang kena culik dan tak tau apa sebab korang kena penjara selama 15 tahun. Naskah ini untuk orang dewasa ye, dan tak sesuai sangat untuk ditonton dengan keluarga kerana endingnya agak gila.

Ada remake mat salleh tapi nasihat aku abaikan yang tu. Tengok versi Korea ni.

3. The Handmaiden (2016)

Filem ini berasaskan novel ‘Fingersmith’ karya Sarah Water.

Berlatarkan era 1930-an, kisah 4 orang yang berbeza karakter. Ada seorang pewaris harta yang banyak, seorang pisau cukur, seorang penyeluk saku dan pak cik kepada perempuan yang baik tu.

Wanita yang kaya tadi mengupah seorang pendandan rambut, yang secara rahsia terlibat plot nak menjatuhkannya.

4. Train to Busan (2016)

Filem ni meletup gila babi pada 2016. Pelakon pun power termasuk Yoo Gong, Yu-mi Jung, Dong-seok Ma, dan Su-an Kim.

Ketika wabak zombi menyerang Korea Selatan, sekumpulan penumpang berdepan kesulitan untuk menyelamatkan diri dari Seoul ke Busan.

5. The Great Battle (2018)

5 juta penonton dalam masa 21 hari tayangan! Wow!

Itulah rekod yang dicipta filem sejarah yang diangka ke genre aksi. Mengisahkan tentang pertempuran antara Goguryeo (salah satu dari tiga kerajaan kuno Korea) dengan Dinasti Tang selama 88 hari di benteng Ansi.

Pertempuran ini terjadi pada tahun 645, dan dipimpin oleh Jeneral Yang Man-chun yang membawa 5,000 pasukan untuk melawan 500,000 pasukan Dinasti Tang dari Cina yang menceroboh empayar mereka.

6. The Wailing (2016)

Ketika ada orang tak dikenali tiba di kampung kecil, satu wabak pelik telah merebak. Seorang pegawai polis telah diarahkan untuk menyiasat misteri itu untuk menyelamatkan anak perepuannya.

7. I Saw the Devil (2010)

Ni memang best. Filem tentan ejen perisikan rahsia yang mahu membalas dendam ke atas pembunuhan tunangnya.

Tunangnya yang hamil dibunuh dengan sadis oleh pembunuh bersiri.

Filem ini gore, brutal dan penuh dengan darah. Banyak adegan kejar mengejar di dalamnya.

8. Memories of Murder (2003)

Filem ini juga penuh dengan misteri. Di sebuah pekan kecil, ada banyak kes pembunuhan dan rogol wanita yang dilakukan perogol bersiri.

Dua penyiasat bergelut untuk mencari siapakah perogol dan pembunuh bersiri itu. Filem ini arahan Bong Joon Ho, pengarah Parasite tu.

9. Parasite (2019)

Tak payah ulas pun tak apa kan. Semua dah tengok kot? Kisah di antara dua darjat dua keluarga. Keluarga yang miskin telah berusaha untuk memasukkan kesemua ahli keluarganya agar bekerja di rumah orang kaya yang naif.

Baca ulasan lanjut kat sini:

Parasite: Ada Sebab Kenapa Filem Ini Dijulang Tinggi

10. Peninsula (2020)

Sekuel daripada filem Zombie pada 2016, Train To Busan.

Empat tahun setelah kehancuran total di Korea Selatan dek kerana Keretapi ke Busan, Jung-seok (Gang Dong-won), seorang prajurit yang sebelum ini melarikan diri dari kawasan wabak, menghidupkan kembali ketegangan ketika ia ditugaskan ke sebuah tempat rahasia dengan dua tujuan untuk menyelamatkan mereka yang masih hidup di sana.

Filem ini walaupun digelar sekuel, namun jalan ceritanya sangat segar bugar.

Baca yang lain