Filem berdasarkan sukan ataupun ahli sukan antara genre yang mampu menjana keuntungan tinggi.
Ini kerana sukan merupakan salah satu bidang yang sangat ramai peminatnya di dunia.
Kisah dalam filem genre sukan ini banyak memberikan motivasi dan pengajaran sama ada untuk mencapai kejayaan. Serta berpijak kepada realiti bahawa, kekalahan itu bukan satu pengakhiran.
Motivasi yang terkandung seringkali menjadi mesej peenting walaupun penyampaian dalam filem tersebut berbeza. Misalnya ada filem bergenrekan komedi, ada yang sarat dengan aksi dan ada yang lebih melankolik dalam penyampaiannya.
Oleh kerana sambutan yang luar biasa kepada filem genre ini, maka tak hairan pada hari ini terus ramai penerbit sanggup melabur besar untuk menghasilkan genre ini.
Berikut adalah 10 filem dengan genre ini yang mengutip kutipan tertinggi dalam sejarah:
1. The Blind Side: $309.2 Juta
Berdasarkan kisah benar Michael Oher, seorang gelandangan dan hidup traumatik. Michael Oher (Quinton Aaron), seorang remaja kulit hitam yang kehilangan tempat tinggal, telah bertahun-tahun keluar dari sistem sekolah.
Kemudian Leigh Anne Tuohy (Sandra Bullock) dan suaminya, Sean (Tim McGraw), membawanya tinggal bersama mereka.
Tuohys akhirnya menjadi penjaga sah kepada Michael, mengubah kehidupannya dan kehidupan mereka.
Naluri keibuan yang ada pada Tuohys dan sikap kental Michael yang luar biasa menjadikan remaja itu menunjukkan kekuatan yang hebat di gridiron, dan dengan bantuan dari keluarga barunya dan tutor yang setia, dia menyedari potensinya sebagai pelajar dan pemain bola sepak.
Filem ini sarat dengan emosi dan motivasi. Dan tak seharusnya korang lepaskan jika korang meminati filem genre sukan.
2. Rocky IV: $300 Juta
Tidak perlu diperkenalkan dengan lebih banyak untuk francais Rocky ini. Filem yang awalnya dianggap sebagai perosak kepada kejayaan 3 siri Rocky sebelum ini.
Ramai yang tidak yakin dengan formula filem Rocky ini akan berjaya sekali lagi dalam sekuel mereka selepas filem pertama yang dianggap sangat bagus.
Namun dua sekuel selepas itu ternyata berjaya. Dan Rocky kembali dengan naskah keempat. Ia juga berjaya.
Selepas perlawanan dengan Clubber Lang, Rocky berehat. Beliau dikejutkan dengan kematian rakan baiknya, Apollo Creed yang dibelasah secara brutal tanpa semangat kesukanan oleh Ivan Drago lakonan seorang lagi legenda Dolph Lundgren.
Appolo Creed awalnya menjadi seteru utama Rocky. Namun kedua duanya saling menghormati bakat sesama mereka dan menjai kawan baik.
Rocky memutuskan untuk menentang Ivan untuk meneruskan semangat Apollo Creed.
3. Rocky III: $270 Juta
Satu lagi naskah Rocky dalam senarai. Membuktikan teori bahawa filem yang bagus tak perlukan sekuel – tak terpakai untuk francais filem ini.
Rocky kembali beraksi di dalam ring. Namun beliau kehilangan jurulatihnya Mickey. Setelah melihat Rocky bergelut dengan tekanan, bekas seteru utama beliau dahulu, Appolo Creed menawarkan diri untuk melatih beliau.
Lawan beliau adalah Clubber Lang. Filem yang menyaksikan 2 watak, Rocky dan Apollo bersatu dalam satu pasukan.
Rocky berjuang bukan sahaja untuk dirinya sendiri, tetapi untuk jurulatihnya, isteri dan rakannya.
4. The Waterboy: $190 Juta
Sebuah lagi filem lakonan Adam Sandler berdasarkan kisah American Football. Bobby Boucher (Adam Sandler) merupakan waterboy ataupun budak milo untuk pasukan American Football kolej beliau.
Filem ini dianggap untung besar kerana kos penghasilannya hanyalah $23 juta.
Pada suatu hari jurulatih pasukan kolej mendapati, Bobby ada bakat untuk membentes lawan yang lebih besar daripada beliau. Bobby Boucher menjadi bintang selepas itu.
5. The Longest Yard (2005): $190 Juta
Kisah superstar American Football, Paul Crewe, lakonan Adam Sandler, dimasukkan ke dalam penjara dan beliau diminta membentuk pasukan untuk berhadapan dengan petugas penjara yang ganas.
Paul Crewe, bekas ahli profesional untuk Pittsburgh Steelers, yang terpaksa membentuk pasukan dari kalangan rakan banduannya untuk bermain bola sepak Amerika melawan pengawal mereka.
6. Unbroken: $163.4 Juta
Filem arahan Angelina Jolie ini berkisarkan kisah olimpian, Louis Zamperini terdampar di lautan selama 47 hari bersama dengan 2 krew sebelum ditangkap oleh askar Jepun dan dihantar ke pusat beberapa pusat tahanan.
Pada usia 81 tahun beliau menjadi salah seorang pelari obor Olimpik di Nagano. Filem ini ada 3 pencalonan Oscar.
7. Talladega Nights: The Ballad of Ricky Bobby: $163 Juta
Kisah Ricky Bobby yang menikmati kegemilangan karier dalam Nascar yang dicabar oleh pemandu Formula 1 dari Perancis, Jean Girard. Filem yang penuh dengan aksi komedi.
Ricky Bobby (Will Ferrell) berada di puncak kariernya; dipuja oleh peminat, isteri yang lawa, dan kekayaan yang luar biasa.
Tetapi Ricky kehilangan semuanya sekelip mata ketika juara Formula Satu Perancis, Jean Girard (Sacha Baron Cohen) masuk ke dalam arena. Ricky, dengan bantuan ayahnya berusaha untuk keluar daripada lubuk putus asa dan mengembalikan kehormatannya di lumba.
8. Seabiscuit: $148.3 Juta
Di tengah-tengah era Great Depression / Kemelesetan Ekonomi yang besar, seorang ahli perniagaan (Jeff Bridges) menghadapi kematian anaknya yang tragis.
Seorang joki dengan sejarah kecederaan yang teruk (Tobey Maguire) dan seorang pelatih kuda (Chris Cooper) bekerjasama untuk menolong Seabiscuit, seekor kuda lumba yang panas baran dan kemudian dianggap tidak sesuai untuk berlumba kerana saiznya.
Pada mulanya kuda itu berjuang untuk menang, tetapi akhirnya Seabiscuit menjadi salah seekor kuda yang terbaik dalam generasinya dan yang paling berjaya sepanjang zaman.
Kisah itu memberi inspirasi kepada negara bangsa mereka ketika ia sangat memerlukannya.
9. Blades of Glory: $145.7 Juta
Filem yang mempertaruhkan aksi komedi Will Ferrel ini mengisahkan perseteruan 2 peluncur ais Olimpik pda 2002 yang ditarik pingat dan digantung daripada olimpik dalam acara perseorangan.
Mereka akhirnya mengambil kesempatan daripada kelonggaran untuk berganding sebagai pasangan beregu.
10. Remember the Titans: $136.7 Juta
Salah satu filem bertemakan sukan/ahli sukan yang terbaik sepanjang zaman. Kisah yang lebih daripada kisah jurulatih dan pemain.
Ianya malah berlegar pada era ketegangan politik dan perkauman di Amerika Syarikat.
Berkisarkan kisah benar jurulatih bernama Herman Boone yang berbangsa Afrika-Amerika cuba menyatukan pemain football dari kulit putih dan kulit hitam.
Beliau mencuba sedaya upaya agar pasukannya memahami apa itu perpaduan.
Filem ini sarat dengan pengajaran dan falsafah. Memenangi banyak anugerah.
Ia juga menjadi antara filem yang menunjukkan semangat anti rasisme yang sangat bagus untuk ditonton.