10 Harga Basikal Termahal Di Dunia, Top 3 Pernah Dikayuh Lance Armstrong

1. Trek Butterfly Madone: USD500,000 / RM2.13 juta

Basikal ini digunakan oleh Lance Armstrong pada perlumbaan Tour de France 2009.

Pereka Damien Hirst meletakkan sayap rama-rama yang asli pada bingkai konkrit dan setiap sisi basikal. Dalam lelongan amal, kenderaan roda dua dijual dengan harga $500,000.

Namun, penggunaan sayap rama-rama diprotes oleh organisasi perlindungan haiwan, iaitu People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) yang menyebut praktik memasang sayap kupu-kupu sangat biadab.

2. Trek Yoshimoto Nara: USD 200,000 / RM853,000

Basikal ini dijual dengan harga $ 200,000 pada lelongan amal.

Basikal mempunyai warna asas kuning terang.

Artis Yoshmito Nara menghiasnya dengan tema kartun kanak-kanak dan logo Livestrong.

Basikal ini juga ditunggang oleh Lance Armstrong pada peringkat ke-18 dari salah satu perlumbaan Tour de France.

3. Trek Madone : USD160,000 / RM682,000

Satu lagi basikal yang digunakan oleh Lance Armstrong. Sebahagian besar warna dalam basikal berwarna kuning dan hitam.

Harga jualan basikal di acara lelong berjumlah USD160,000.

4. Auramania Crystal Edition Gold Bike: USD114,000 / RM486,000

Basikal ini dihasilkan oleh syarikat dari Perancis. Basikal itu dipasarkan dengan harga jual USD114,000.

Kelebihan basikal terletak pada bingkai, roda dan batang kristal berlapis emas dan kristal Swarovski.

Handle dan tempat duduk diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi dan lencana kulit di bahagian depan basikal memaparkan nombor edisi terhad.

5. Trek Madone Diamond 7: USD75,000 /RM319,000

Basikal ini dilelong di Lala Armstrong Foundation pada acara tahunan di New York pada tahun 2005 dan dijual pada harga USD75,000.

Basikal ini dilengkapi dengan lambang Diamond 7 yang digabungkan dengan berlian yang luar biasa. Selain itu, terdapat plak Diamond 7 dengan emas kuning 14 karat dan emas putih bertatahkan permata kuning satu karat.

6. Chrome Hearts X Cervelo Mountain Bike: USD60,000 / RM256,000

Cervelo adalah pembuat basikal lumba terkenal dan mereka telah bekerjasama dengan jenama aksesori motosikal mewah Amerika, Chrome Hearts.

Ciri utama basikal ini mempunyai motif Chrome Hearts berwarna perak, tempat duduk kulit, dan karya seni yang menakjubkan.

Menurut Cervelo P4 TT, basikal ini biasanya dijual dengan harga sekitar USD6,000. Tetapi edisi khas ini mtelah mencecah USD60,000 kerana diperbuat daripada banyak peralatan yang ekslusif dan mahal.

7. Montante Luxury Gold Collection: USD46,000 / RM196,000

Basikal wanita ini mempunyai reka bentuk dan tempat duduk disalut dengan kulit ular sawa.  Bahan berharga yang terdapat di dalam basikal menaikkan harganya menjadi USD46,000.

Namun basikal ini juga kontroversi kerana menggunakan kulit ular sawa.

8. eRockit’s Electric Assist Bicycle: USD44,000 /RM188,000

Basikal ini mempunyai ciri tambahan iaitu motor yang dapat bertahan sehingga 10 tahun ataupun 50,000 kilometer.

Basikal moden ini sesuai untuk penunggang basikal yang tidak mahu mengayuh sepanjang masa.

Walaupun kebanyakan e-basikal menjual produk mereka dengan harga antara USD1,000 dan USD 5,000, namun harga untuk eRockit ini sangat mahal iaitu USD44,000.

Ianya berbentuk hibrid. Apabila korang mengayuhnya, ianya akan mengecas motor dan bateri.

9. Blade Litespeed: USD40,788 / RM183,859

Basikal inovatif ini menawarkan ekslusiviti dan kualiti yang tinggi.

Basikal ini adalah hasil kerjasama antara Litespeed dan Merlin pada akhir 1980-an. Jenama basikal Eropah yang terkenal seperti Eddy Merckx telah memasarkan basikal ini.

10. ‘Bicyclettes de Luxe’ Phanuel Krencker: USD34,425 / RM146,736

Selain gentian karbon dan krom, basikal ini juga terdiri daripada bingkai khas yang dibuat oleh Cyfac.

Basikal ini mempunyai penampilan berkilat dan reflektif cat krom.

Ia juga dilengkapi dengan brek cakera belakang dan depan. Basikal yang menarik ini adalah gabungan reka bentuk kreatif dan bahagian luar biasa.

Rujukan: OKEZONE

Baca yang lain