Menjadi influencer IG adalah impian ramai orang. Namun ada sesetengah manusia memiliki status pengaruh yang sangat luar biasa di IG. Sehinggakan mereka dibayar untuk setiap post yang mereka up di IG mereka.
So, bayangkan ketika korang sengkek, korang cuma perlu buat satu post di IG dan dapat duit yang banyak?
Ok itu cuma impian kita dan realiti bagi 10 bintang influencer IG yang sangat berpengaruh ini sehingakan post mereka mencecah nilai lebih RM7 juta setiap post.
10. Justin Bieber – $470 ribu (RM2.3j) untuk setiap hantaran
Penyanyi pop asal Kanada ini membuka senarai top 10 untuk influencer paling tinggi bayaran bagi setiap post di IG.
Memiliki 263 juta pengikut di IG. Post macam ni pun dah ok dah, yang tak
9. Khloe Kardashians – $500 ribu (RM2.4 juta) untuk setiap hantaran
Seorang lagi keturunan Kardashians yang mula meningkat naik daripada show realiti TV Keeping Up With The Kardashians ini menjadi antara influencer besar di IG.
Memiliki nilai RM2.4 juta di IG setiap kali dia post.
7. Niki Minaj – $600 ribu (RM2.85j) untuk setiap hantaran
Memiliki 204 juta pengikut di IG. Penyanyi rappers Amerika Syarikat ini memiliki nilai RM2.85 juta setiap post di IG.
7. Beyonce Knowless – $600 ribu (RM2.85j) untuk setiap hantaran
Penyanyi sensasi Amerika Syarikat, Beyonce memiliki 281 juta di IG.
5. Ariana Grande – $620 ribu (RM2.94j) untuk setiap hantaran
Ariana Grande merupakan penyanyi pop Hollywoood yang sangat unik suaranya. Dia kini memiliki 376 juta pengikut di IG.
5. Kim Kardashians – $620 ribu (RM2.94j) untuk setiap hantaran
Kim Kardashians pernah dianggap Ratu Rancangan Realiti TV. Dia masih lagi berada di top 5 untuk post termahal di IG.
Memerlukan korang membayarnya sekitar RM2.94 juta kalau nak promot produk di wall dia, termasuk produk timbang kilo.
4.Dwayne ‘The Rock’ Johnson – $650 ribu (RM3.1j) untuk setiap hantaran
Bekas bintang WWE ini terjun ke dunia Hollywood dan menjadi sangat berjaya. Dia memiliki ramai pengikut di IG yang mengikuti konten harian termasuk telatah dia dan anak anaknya.
The Rock kini memiliki 345 juta pengikut di IG.
3. Selena Gomez $700 ribu (RM3.3j) untuk setiap hantaran
Selena Gomez pernah menjadi ‘KING’ di Instagram satu ketika dahulu. Namun kini dia berada di tangga ketiga dalam carta tersebut.
Selena Gomez merupakan selebriti Hollywood, seorang penyanyi, peragawati serta pelakon hebat.
2. Lionel Messi – $1 juta (RM4.74j) untuk setiap hantaran
Lionel Messi di tangga kedua dengan nilai post instagram beliau adalah RM4.74 juta untuk setiap hantarannya.
Messi ketika ini memiliki 371 juta pengikut di IG.
Messi masih antara kuasa publisiti yang luar biasa. Hal itu diakui sendiri pemilik PSG yang menyatakan bahawa kelab itu menambah pendapatan lebih EUR700 juta sejak dia menyertai kelab itu.
1. Cristiano Ronaldo – $1.6 juta (RM7.60j) untuk setiap hantaran
Cristiano adalah influencer yang digelar king Instagram apabila tiba ke publisiti. Dengan 494 juta pengikut di IG, setiap post Ronaldo memiliki nilai sekitar RM7.6 juta.
Ronaldo diiktiraf Forbes sebagai atlet dengan pendapatan dari iklan atau hak imej paling tinggi.
Memiliki rupa dan juga kehebatan yang luar biasa sebagai pemain bola sepak adalah anugerah yang tidak dipersia siakan Ronaldo.