10 Jersi Pink Eropah Untuk Dipertimbangkan Jadi Koleksi Anda

Warna pink seringkali dianggap sebagai simbol feminin. Oleh sebab itu, apabila pasukan bola sepak lelaki menggunakan jersi pink, ianya akan dianggap unik. Malah ada juga yang menyampah dan mahu memboikot.

Zaman pun berubah dan semakin ramai menerima warna pink pada jersi. Berikut adalah 10 jersi pink yang korang boleh jadikan koleksi. Ini adalah pilihan peribadi penulis ye. Korang boleh tambahkan senarai ini dan nyatakan pilihan peribadi korang di ruangan komen.

10. Everton away 2010/11

Walaupun Lecoq dikritik kerana mencipta rekaan ini. Namun sebenarnya jersi ini boleh dikatakan menawan juga untuk warna pink.

9. Barcelona away 2020/21

Mungkin ramai fans Barca membantah jersi ini dulu sebagai jersi Peppa Pig. Namun apabila dipakai oleh Messi auto nampak lawa. Lebih lebih lagi ianya jersi musim terakhir Messi bersama Barca. So, bagi kolektor, ini menepati segala kriteria yang anda mahukan.

8. Juventus away 2011/12

Juventus antara kelab yang gemarkan warna pink sebagai warna jers alternatif mereka. Ini kerana sejarah kelab itu sendiri yang bermula dengan jersi warna pink.

Pada 2011/12, mereka menghasilkan jersi warna pink yang menarik untuk koleksi korang.

Ianya antara jersi pink yang popular dalam sejarah. Lebih lebih lagi adanya Del Piero menggayakannya dan ketika kebangkitan semula Juventus selepas Calciopoli.

7. Manchester United away 2017/18

Warna pink menjadi pilihan kelab paling popular di dunia iaitu Manchester United. Bermakna ianya menjadi salah satu jersi yang paling menarik perhatian dunia.

Suka atau tidak, rekaan yang dibawakan kali ini sangat baik dan warna pink yang tidak terlalu kuat. Jersi ini menarik dan kemas. Dan boleh digunakan untuk ke majlis kahwin.

6. Scotland away 2016/17

Adidas sekali lagi tampil dengan penghasilan jersi pink yang ikonik. Kali ini untuk skuad kebangsaan Scotland bagi jersi untuk 2016/17.

Jersi ini mungkin boleh menjadi koleksi pink pertama korang.

Amacam?

5. Lyon jersi ketiga 2011/12

Pada 2011/12 Lyon mengumumkan jersi ketiga mereka untuk aksi Eropah dengan jersi berwarna pink. Ianya mendapat sambutan luar biasa daripada peminat mereka.

4. Real Madrid away 2014/15

Sukar untuk menafikan rekaan Real Madrid ini. Malah ramai yang menganggap jersi ini antara yang mampu mengubah pandangan mereka ke atas jersi warna pink. Malah ada yang menjadikan ini sebagai jersi pink pertama di almari pakaian mereka.

Jersi ini seringkali dianggap sebagai jersi pink antara yang terbaik dalam sejarah.

Beli untuk awek korang pun cun ni:

3. Leicester away 2019/20

Ya, Adidas lagi gais. Jersi pink Leicester ini sangat kemas rekaannya. Dengan ada corak ala ala klasik lorekan ikonik Adidas serta warna hitam pada tulisan serta logo.

2. Palermo home 2012/13

Antara jersi pink yang menikam kalbu dan boleh korang dapatkan sebagai koleksi. Puma kali ini hadir dengan jersi home untuk Palermo dengan warna pink yang tidak terlalu lembut.

Sebelum itu Palermo pun pernah pakai jersi home yang clean dengan pink, pun lawa gak:

1. Juventus away 2015/16

Jersi yang ikonik untuk sebuah karya jersi warna pink. Ini kerana rekaannya yang cantik. Seringkali dianggap sebagai jersi pink terbaik pernah dihasilkan di dalam sejarah bola sepak eropah.

Itu sahajalah 10 senarai jersi pink yang korang mungkin boleh pertimbangkan untuk koleksi. Selain itu ada juga jersi pink ikonik seperti Sevilla untuk jersi ketiga musim 2007/08:

Atau jersi PSG musim 2021/22 dengan calitan pink sikit. Yang ni bukan dominan pink la.

Mungkin korang nak jersi udang ni untuk barang rare, boleh jual kat Facebook live: