10 Filem Seram Korea Yang Korang Boleh Try Tengok

Filem seram antara genre yang ada peminatnya tersendiri. Mencabar adrenalin dengan degupan jantung yang kuat sepanjang menyaksikan filem seram antara satu kepuasan bagi mereka yang meminati genre ini.

Korea Selatan apa kurangnya, dalam menghasilkan naskah seram. Berikut 10 filem seram Korea yang korang boleh cuba layan menurut Screen Rant.

10. Horror Stories (2012)

Seorang lelaki menculik gadis remaja. Untuk memastikannya tidak terus dibunuh, gadis itu menceritakan beberapa kisah seram yang sangat panjang.

Ini termasuk beberapa cerita berkaitan dengan kanak kanak yang didera oleh orang tak dikenali yang berada di luar apartment mereka. Kisah flight attendant yang berdepan dengan pembunuh bersiri ketika dalam penerbangan.

Seterusnya cerita dua adik beradik tiri yang syok kat seorang lelaki telah merancang rancangan jahat. Dan cerita seorang jururawat yang perlu menentukan hidup dan mati ketika serangan zombi.

Filem ini Horror Stories pada 2012 ini adalah yang pertama daripada siri trilogi filem ini.

9. Whispering Corridors (1998)

Sebuah sekolah perempuan yang ketat diserang oleh kuasa jahat. Apabila seorang pelajar menyiasat, dia mula mempercayai sesuatu yang lain sedang berlegar di sini.

Francais Whispering Corridors adalah bahagian penting dari naskah filem seram Korea Selatan era moden moden.

Ini kerana hala tuju filem Korea yang seram selepas itu banyak menggunakan teknik dan gaya penyampaian seperti filem ini.

Filem ini sendiri ada banyak sirinya dan ada enam kesemuanya ketika ini. Salah satu daripadanya adalah pada tahun 2020.

8. Say Yes (2001)

Salah satu filem seram dengan kisah romantik yang berubah menjadi tragedi. Ini selepas pasangan kekasih diganggu oleh hitcher yang memburu mereka di sepanjang jalan.

Korang pernah tengok filem The Hitcher orang putih tu? Cerita ini dianggap filem The Hitcher versi Korea. Jadi korang boleh expect tahap keseramannya.

Namun masih menyajikan plot twistnya tersendiri.

7. Loner (2008)

Seorang remaja, Soo-na telah tinggal bersama bapa saudara dan neneknya sejak kematian ibu bapanya.

Hidupnya cukup sederhana sehingga orang lain yang dekat dengannya meninggal dunia.

Trauma ini menyebabkan Soo-na murung dan lari dari kehidupan luar. Dia enggan meninggalkan bilik tidurnya, dan keluarganya sangat risau.

Lebih-lebih lagi apabila mereka menganggap Soo-na sedang bercakap dengan orang lain yang tinggal di dalam biliknya.

Filem ini adalah gambaran kesakitan dalam seseorang itu yang berubah menjadi sesuatu yang menakutkan.

6. Phone (2002)

Seorang wartawan bernama Ji-won menerima panggilan berbentuk ugutan dan ancaman menerusi telefon bimbitnya, dan dia menganggap kisah kontroversinya adalah sebab mengapa.

Apabila dia menukar nombornya, panggilan tidak berhenti. Dan ia sekarang lebih menakutkan. Ji-won akhirnya mengetahui bahawa semua orang yang memiliki nombor telefon yang sama dengannya sebelum ini, telah mati dalam keadaan mengerikan.

Phone ni kedengaran seperti bunyi The Ring. Dan memang ada beberapa persamaan dalam filem ini.

5. The Red Shoes (2005)

Selepas mengetahui suaminya tak setia, seorang isteri yang tak bahagia pergi meninggalkan suaminya bersama anak perempuannya.

Mereka tinggal di sebuah apartment sementara si ibu cuba memulakan kehidupan baharu.

Namun tanpa disedari mereka telah terperangkap ke dalam satu sumpahan kerana memakai kasut berwarna merah.

Filem ini adalah berdasarkan kisah fantasi oleh Hans Christian Anderson yang korang tak patut lepaskan.

4. Someone Behind You (2007)

Selepas perkahwinan ibu saudaranya, remaja bernam Ga-in menjadi sasaran kepada beberapa siri cubaan serangan brutal ke atasnya.

Rupanya ada satu sumpahan yang mensasarkan untuk membunuh ahli keluarganya seorang demi seorang.

Filem ini mengandungi banyak sekali babak yang ganas dan seram.

3. Bloody Reunion (2006)

Sekumpulan pelajar seorang guru telah mengadakan reunion di sebuah rumah. Namun cikgu mereka tak datang kerana sakit dan perlu dirawat.

Ketika masih muda, cikgu tu seorang yang pemarah dan pilih kasih. Tetapi sekarang dia dah berubah menjadi seorang yang baik hati dan mahu memohon kemaafan daripada para pelajarnya.

Namun reunion itu bertukar menjadi medan pembunuhan apabila ada seorang pembunuh merancang pembunuhan itu dengan sistematik.

Bloody Reunion (atau To Sir With Love) adalah adaptasi daripada naskah oleh Agatha Christie iaitu And Then There Were None. Bersepah plot twist dalam filem ini.

2. Gonjiam: Haunted Asylum (2018)

Mungkin ini adalah naskah paling popular di dalam senarai kali ini.

Ianya berdasarkan kisah seram sebuah krew dokumentari yang dalam perjalanan ke satu tempat yang tak popular bernama Gonjiam.

Ini kerana Gonjiam dianggap salah satu tempat yang paling berhantu di dunia.

Mereka pergi ke sebuah hospital di Gwanju dan hospital itu dikatakan berhantu. Pengarah hospital dibunuh dan kesemua pesakit pula hilang tanpa jejak.

Mereka mahu merungkai misteri dan berharap show mereka akan meletup. Namun ianya juga boleh menjadi rakaman terakhir mereka dalam hidup.

Filem ini berasaskan filem ala dokumentari.

1. The Wailing (2016)

Filem yang seringkali diangkat sebagai salah sebuah filem terbaik dari Korea Selatan.

Mengisahkan sebuah perkampungan diserang satu wabak misteri. Mereka yang terkena wabak itu secara automatik akan bertukar menjadi ganas dan sukar dikawal.

Seorang pegawai polis memutuskan untuk menyiasat dan membawa kepada perkara buruk kepada keluarganya. Ini apabila anak perempuannya yang masih kecil terkena jangkitan itu.

Dia mulai mencari jawapan dan mengesyaki itu adalah perbuatan seorang lelaki misteri di hujung kampung. Ianya selepas dia mendapat maklumat daripada seorang wanita.

Namun lelaki itu pula menyatakan yang jahat sebenarnya wanita yang tadi tu, cuba menghapuskannya kerana dia tahu wanita itu adalah syaitan yang sebenar.

Filem ini penuh dengan konflik dan korang yang sukakan filem complicated, boleh layan filem ini.

Jadi itulah 10 filem Korea Selatan yang seram yang boleh korang cuba tengok. Ada senarai tambahan lain yang korang suka? Cadangkan di ruangan komen.