Nirvana sudah lama berkubur, selepas kematian vokalisnya, Kurt Kobain. Namun legasinya masih kekal sehingga ke hari ini.
Berikut adalah 10 lagi terulung Nirvana menurut Rolling Stone:
10. ‘Lounge Act’
Bunyi bass oleh Krist Novoselic dalam lagu ini sangat berhantu. Lagu ini sebenarnya berkaitan dengan dilema Kurt Kobain dengan teman wanitanya ketika itu Tracy Marander.
9. ‘Sappy’
Kurt Cobain menghabiskan bertahun-tahun mencipta lagu “Sappy,” dan merakamnya berulang-ulang kali antara tahun 1987 dan 1993.
Ini merupakan lagu yang Kobain sangat tidak pernah cukup senang dengannya, walaupun mereka akhirnya melepaskannya sebagai lagu bonus dalam kompilasi bantuan AIDS 1993 No Alternative.
Jika ramai peminat Nirvana melihat lagu ini cukup bagus, namun Kurt Cobain menganggap lagu ini versi tak siap. Sehinggalah dia meninggal dunia, Dave Grohl sendiri tak tahu apa sebenarnya cuba dicari Kurt Cobain dalam lagu ini.
8. ‘In Bloom’
“In Bloom” telah menjadi salah satu naskah penting dengan mesej yang berat. Liriknya menyebut ‘sanggup jual anak untuk makanan’.
Lagu ini antara lagu yang paling menjadi siulan peminat Nirvana. Dan Kurt Cobain pernah membuat kontroversi melabel ramai peminat yang hanya menyanyi lagu ini tanpa mengetahui makna di sebaliknya – sebagai hina.
Cobain juga dikatakan sedikit kecewa apabila karya mereka seperti sampah apabila masuk ke aruh perdana. Dan beliau ada kekesalan.
7. ‘Aneurysm’
Antara salah satu lagu yang emosional daripada Nirvana. Lagu ini menggambarkan kekecewannya putus cinta. Namun tidak lama selepas lagu ini dihasilkan beliau mulai berpacaran dengan wanita paling dia sayangi Courtney Love.
Walaupun lagu ini tidak dimuatka di dalam mana mana album studio, namun lagu ini kerap dimainkan secara live.
6. ‘All Apologies’
Lagu ini muncul dalam album In Utero. Namun versi yang paling orang suka adalah yang dirakamkan pada November1993 dalam album MTV Unplugged.
Selepas kematian Kurt Cobain, ramai yang tersentuh hati dengan lagu ini.
5. ‘Drain You’
Lagu ini adalah ciptaan Kurt Cobain yang diinspirasikan daripada Courtney Love. Selepas beberapa bulan dating dengan Love, beliau mencipta lagu ini.
Beliau pernah menyatakan bahawa ia adalah salah satu lagu terbaik Nirvana pada pandangannya.
“Saya rasa ada banyak lagu lain yang saya tulis, lagu yang bagus seperti ‘Smells Like Teen Spirit’]. Lagu ‘Drain You’,. saya sukakan liriknya dan saya tak akan pernah jemu bermain lagu ini. Lagu ini mungkin sama besar dengan ‘Teen Spirit’.”
4. ‘Come As You Are’
Pada pandangan peribadi aku, ni lagu terbaik Nirvana. Tapi dalam list Rolling Stone ianya di tangga keempat.
Lagu ini merupakan single kedua dari Nevermind. Lagu ini antara lagu yang menguatkan lagi jenama kumpulan mereka di serata dunia.
Come As You Are versi unplugged pun sedap.
3. ‘Heart-Shaped Box’
Satu lagi lagu diinspirasikan Kurt Cobain daripada Courtney Love. Pada 1994, Courtney Love mengenang kembali detik Kurt Cobain menghasilkan lagu ini.
“Kami ada bilik pakaian yang besar. Dan saya mendengar dari luar dia sedang mencipta lagu itu.”
Kurt Cobain sangat berahsia dalam menghasilkan lagu tersebut pada ketika itu. Namun Courtney dapat mendengarnya dari tingkat bawah.
Courtney kemudian mengganggu lakinya itu. “Saya pun ketuk pintu, dan dia membuka, tanya ‘kenapa?’ Saya pun berkata, perlukan riff? Terus dia tutup pintu dan berkata f*u.”
2. ‘Smells Like Teen Spirit’
Bagi ramai peminat Nirvana, “Smells Like Teen Spirit” adalah lagu terbesar dalam sejarah mereka. Ianya satu anthem.
Lagu yang membuatkan Nirvana menempa kesuksesan luar biasa. Lagu ini menjadi fenomena ketika era MTV. Namun Kurt Cobain mengakui lagu ini hampir menjadi lagu pop song kerana audiennya.
Dan kadangkala dia terasa malu nak mainkannya di atas pentas. Ini kerana para peminat terlalu fokus kepada lagu ini semata mata dalam konsert mereka.
“Membuatkan saya kadangkala terasa nak baling gitar dan beredar,” tegas beliau.
1. ‘Lithium’
Rolling Stone menobatkan Lithium sebagai karya agung Nirvana. Walaupun, jika dibuat undian peminat, mungkin Smells Like Teen Spirit akan tapau terus.
Lagu ini mengisahkan seorang lelaki berubah menjadi seorang yang ada pedoman agama selepas kematian teman wanitanya.
Cobain sukakan lagu ini kerana mesej yang beliau cuba sampaikan. Beliau pernah berkata: “Saya sentiasa rasa bahawa seseorang itu harus ada agama di dalam hidup mereka.”