10 Liga Terbaik Dunia Menurut Opta, MLS Sekadar Di Tangga Ke-9

Opta mengeluarkan ranking 10 liga paling kompetitif di dunia. Menariknya MLS yang turut ada bintang Lionel Messi berada di tangga kesembilan.

Sebelum ini Cristiano Ronaldo mendakwa Saudi Pro League lebih bagus daripada MLS, lebih bagus daripada beberapa liga besar di Eropah termasuk Ligue 1 dan Eredivisie.

Menurut Ronaldo di Perancis, persaingan tidak sengit hanya ada 2 atau 3 pasukan sahaja yang bersaing untuk perebutan kejuaraan.

Sedangkan di Saudi lebih banyak perlawanan: “Mereka boleh  cakap apa yang mereka nak untuk menilai pendapat saya. Namun saya tahulah apa yang saya cakap.”

Dan dia mengulangi pendapatnya itu beberapa bulan lalu dengan mencabar pemain pemain Ligue 1 cuba berlari pada suhu 38 sehingga 40 darjah celcius.

Akaun rasmi Ligue 1 sempat menyindir balik Ronaldo pada masa itu.

Jadi di mana kedudukan SPL dan liga lain? Opta ada jawapan, dalam menjawab liga terbaik di dunia pada ketika ini.

EPL adalah king

Liga Perdana Inggeris berada di tangga teratas diikuti oleh Bundesliga Jerman.

Liga Perdana Inggeris kuat dari segi komersial. Dan kini  Opta menganggap mereka turut kuaat dari segi liga itu sendiri secara keseluruhan dalam aspek kesukanan.

Di tempat ketiga adalah Serie A, diikuti oleh La Liga dan Ligue 1 melengkapkan 5 liga utama Eropah menurut Opta.

Serie A Itali pernah dianggap liga terbaik di dunia. Namun liga itu berdepan dengan kemerosotan dari seegi populariti. Dan juga perkara itu diakui oleh pentadbir Serie A sendiri yang menganggap Serie A sukar bersaing kerana isu berkaitan komersial dan kewangan.

Sementara  Ligue A menendang Liga Belanda sekali lagi sebagai 5 liga utama eropah.

MLS kesembilan

Serterusnya di rangking keenam adalah Liga Seriie A Brazil. Di tangga ketujuh pula Liga Portugal dan di tangga kelapan adalah Liga Pro Belgium.

Liga Serie A  Brazil adalah liga yang dianggap gedung bakat. Mereka tidak henti henti mengeksport pemain ke Eropah.

Dua liga melengkapkan 10 teratas adalah Major League Soccer dia Amerika Syarikat  dan terakhir adalah Liga Championship Inggeris (divisyen kedua England).

Tiada nama Saudi Pro League dalam senarai 10 teratas. Malah Opta menilai liga kejuaraan Inggeris lebih kuat berbanding dengan Liga Pro Saudi.

Dalam beberapa tahun ini Liga Pro Saudi telah membawa masuk ramai bintang berkelas dunia. Ini termasuk pemenang Ballon d’Or 5 kali, Cristiano Ronaldo.

Senarai tersebut kurang disenangi beberapa peminat. Yang menganggap La Liga seharusnya menjadi no.1 atau paling tidak di tangga kedua.

Selain itu ada juga berkata: “Saya faham tiada Saudi Pro League dalam top 10 namun tiada Liga Belanda dalam senarai 10 teratas itu adalah perkara yang harus diperdebatkan.”