Mangaka adalah merujuk kepada pelukis komik manga. Dan ianya dianggap salah satu karier penting dalam industri seni dan budaya Jepun.
Malah bagi peminat manga, seorang mangaka itu memiliki profesion yang sangat cool. Imaginasi dan kreativiti mereka membuatkan karya mereka digemari di seluruh dunia.
Kejayaan mereka tidak bergantung kepada edisi manga mereka sahaja, malah mereka menjana pendapatan menerusi hak cipta dan juga barangan cendera mata rasmi.
Ada yang berjaya mendapatkan wang lebih apabila manga mereka diangkat ke anime. Jadi, mangaka ini memiliki legasi yang sangat kuat, jika produk mereka hasilkan berada di puncak.
Ada mangaka yang terus menuai wang daripada manga yang sudah lama mereka habiskan dahulu.
Berikut adalah 10 senarai mangaka paling kaya dan berharta.
10. George Morikawa
Mangaka bagi siri Hajime no Ippo ini berada di tangga ke-10. Manga berkisarkan sukan tinju itu telah menempa kegemilangan berdekad dekad lamanya.
Siri ini bermula pada 1989 dan tidak ada tanda tanda ia akan berakhir.
Pada Februari 2020, CBR melaporkan manga Hajime No Ippo menghampiri angka jualan 100 juta unit.
George Morikawa memiliki kekayaan sekitar RM12.44 juta.
9. Keisuke Itagaki
Keisuke Itagaki menghasilkan manga Baki The Grappler. Kisah seorang petarung remaja yang menyertai sukan tempur ekstrim.
Siri ini terdiri daripada pelbagai sekuel dan masih aktif sehingga sekarang. Manga berkisahkan pertempuran sangat popular, dan Baki adalah antara yang terbesar.
Pelbagai koleksi Baki telah terjual sekitar 75 hingga 80 juta penjualan jumlah tankōbon. Bagi nilai bersih Keisuke Itagaki, sangat sukar untuk disahkan. Namun beliau dipercayai memiliki kekayaan sehingga RM20 juta.
Lebih menarik, anak perempuan Keisuke Itagaki adalah mangaka untuk Beastars.
8. Yōichi Takahashi
Yōichi Takahashi adalah mangaka untuk Captain Tsubasa. Ianya adalah salah satu manga sukan terbesar yang pernah dihasilkan dan disukai di seluruh Jepun dan seluruh dunia kerana watak dan aksi sukan yang menarik.
Malah ramai pengkaji sukan di Jepun percaya manga ini menjadi salah satu elemen penting dalam menanam minat orang Jepun kepada bola sepak pada era 80-an. Dan membuatkan sukan itu mulai menjadi ikutan ramai dan para anak anak kecil mahu menjadi pemain bola sepak.
Pada hari ini, Jepun adalah kuasa bola sepak Asia dan mereka juga antara pasukan yang seringkali beraksi di pentas piala dunia.
Captain Tsubasa, termasuk semua spin-off yang berkaitan, telah terjual melebih 80 juta unit.
Bagi nilai bersih Takahashi, itu dianggarkan sekitar RM20 juta, tetapi kesannya kepada fandom bola sepak di Jepun tentunya merupakan bonus besar untuk siri ini. Malah ramai pemain bola sepak bintang dunia dari negara lain meminati siri ini.
Takahashi pernah menjadi tetamu VVIP ketika melawat Nou Camp.
7. Hirohiko Araki
JoJo’s Bizarre Adventure adalah salah satu manga yang paling cool dan disukai pada masa ini, dan ia telah berjaya menaikkan lagi populariti Hirohiko Araki.
Penjualan JoJo telah mencapai sekurang-kurangnya 100 juta unit. Nilai bersih kekayaan Hirohiko Araki, dianggarkan mencecah RM53.92 juta.
6. Masashi Kishimoto
Masashi Kishimoto terkenal dengan siri Naruto. Manga terkenal mengenai remaja yang berlatih untuk menjadi ninja. Manga yang sangat popular itu kemudian diikuti oleh Boruto.
Siri ini, sekarang termasuk Boruto, adalah salah satu francais manga terlaris dalam sejarah dengan kira-kira 250 juta salinan terjual. Walaupun berjaya dalam siri ini, Masashi Kishimoto hanya dianggarkan mempunyai nilai bersih sekitar RM103.7 juta.
Walaupun angka itu agak besar, namun ia boleh dikatakan agak sederhana buat Mashashi Kishimoto berdasarkan impak manganya kepada para peminat di seluruh dunia.
Naruto antara manga yang memiliki fandom yang sangat kuat di seluruh dunia.
5. Yoshihiro Togashi
Manga opus untuk Togashi semestinya Hunter X Hunter yang memiliki 380 siri, dikumpulkan menjadi 36 jilid oleh Shueisha Inc.
Hunter x Hunter adalah mengenai seorang pemuda bernama Gon Freecss yang mendapati bahawa ayahnya yang meninggalkannya pada usia muda sebenarnya adalah “Hunter” yang terkenal ”
Ayahnya merupakan hunter – tentera upahan profesional yang diupah untuk mencari spesies haiwan pelik, memburu harta karun, artifak dan sebagainya.
Gon berupaya menjadi Pemburu atas usahanya sendiri.
Hunter x Hunter telah diadaptasi menjadi siri televisyen anime 62 episod oleh Nippon Animation, dengan siri anime kedua yang dihasilkan oleh Madhouse Inc., yang ditayangkan di Nippon Television dari 2011 hingga 2014 – kesemuanya ada 148 episod.
Ada juga film teater, album audio, permainan video dan musikal yang dihasilkan daripada Hunter x Hunter.
Hunter x Hunter adalah salah satu kejayaan besar dalam industri manga di Jepun dengan lebih dari 78 juta salinan diedarkan sejak November 2019.
Manga ini telah mencapai penjualan sekitar $80 juta di seluruh dunia.
Yoshihiro Togashi berjaya mengumpulkan kekayaan peribadi yang dianggarkan bernilai $104 juta.
4. Hajime Isayama
Attack On Titan adalah karya agung Hajime Isayama. Ianya bukan sahaja ‘titan (raksasa)’ pada judulnya, malah turut menjadi ‘titan’ dalam memberikan pulangan kepada kariernya sebagai mangaka.
Setakat ini, Hajime Isayama dilaporkan mengumpul kekayaan sekitar RM207.4 juta.
3. Gosho Aoyama
Gosho Aoyama adalah brain kepada manga yang penuh dengan misteri dan mencabar minda — Detective Conan.
Manga mengenai detektif yang sudah berusia tetapi bertubuh kecil, menyelesaikan banyak misteri jenayah yang rumit dan terancang.
Detective Conan sangat bijak dan teliti di dalam kerjanya. Dia seorang yang cerdas dan meneliti setiap bahan bukti yang tak mampu difikirkan oleh orang lain di sekitarnya.
Manga ini seronok ditonton kerana sarat dengan plot twist dan kisah yang menarik di setiap episodnya. Siri penyiasatan antara siri yang ramai peminat di seluruh dunia.
Maka tak hairanlah Detective Conan berada pada kelasnya tersendiri.
Siri ini telah terjual kira-kira 230 juta volume tankōbon, dan jumlahnya jauh lebih tinggi daripada laporan rasmi.
Gosho Aoyama memliki kekayaan sekitar RM207.4 juta.
2. Akira Toriyama
Akira Toriyama sebagai salah satu Mangaka Jepun yang paling berpengaruh. Dengan penjualan pelbagai siri Dragon Ballnya meningkat sehingga 300 juta jilid, Toriyama tanpa keraguan lagi menjadi ikon dalam arena manga.
Toriyama juga mempunyai keistimewaan melancarkan Dragon Ball Z, salah satu hantaran crossover terbesar untuk Timur dan Barat.
Beliau telah menjadi perintis kepada kejayaan manga yang diterima dengan meluas di AS dan Eropah.
Ini bukan satu-satunya sumber wangnya. Dia juga terlibat dalam penghasilan permainan video Dragon Quest yang popular.
Beliau juga menghasilkan beberapa karya berpengaruh yang lain Dr Slump.
Walaupun terdapat kesan dan pengaruh Akira Toriyama yang luar biasa, namun anggaran kekayaan bersihnya di beberapa sumber adalah sekitar RM207.4 juta juga.
Ini kelihatan sangat rendah memandangkan kita sekarang bercerita tentang pencipta Dragon Ball. Namun industri manga memang macam tu. Kadangkala mangaka tidak mendapat jumlah setimpal dengan apa yang mereka lakukan. Tetapi mereka tetap meneruskan karier mereka.
1. Eiichiro Oda
Rasanya korang dah boleh agak dah siapa paling kaya di kalangan mangaka. Ya, pencipta One Piece, iaitu Eiichiro Oda.
Manga beliau menjadi manga terlaris sepanjang zaman – dan ianya tidak ada tanda tanda akan berakhir ketika ini.
One Piece telah memulakan sirinya sejak tahun 1997 dan telah terjual lebih dari 470 juta salinan di seluruh dunia.
Eiichiro Oda bukan sahaja memiliki beberapa nakhoda yang hebat di dunia One Piece, namun di dunia sebenar dia turut memiliki pasukan dengan nakhoda yang sangat bagus dalam mengembangkan jenama, serta ekonomi francais ini.
Manga ini adalah francais media yang berpengaruh, ianya telah diadaptasi ke dalam filem festival yang dihasilkan oleh Production IG, dan siri anime yang dihasilkan oleh Toei Animation, perdana di Jepun pada tahun 1999.
Selain itu, Toei telah mengembangkan empat belas filem ciri animasi, satu animasi video asli, dan tiga belas rancangan televisyen.
Beberapa syarikat telah mengembangkan pelbagai jenis cendera mata ekslusif , media dan banyak permainan video.
Misalnya baru baru ini, G-Shock menjalinkan kerjasama dengan One Piece untuk jam edisi terhad mereka.
G-SHOCK × ONE PIECE#OnePiece #luffy pic.twitter.com/40cZJLQtjg
— damonx (@damonx) June 17, 2020
Dengan segala kejayaan yang sedang dituainya sejak sekian lama, Eiichiro Oda telah memenangi lebih dari 12 anugerah termasuk Sondermann Awards dan Guinness World Record untuk “salinan terbanyak yang diterbitkan untuk siri komik yang sama oleh seorang pengarang”.
Oda dikira sebagai orang terkaya dengan kekayaan terkumpulnya sekitar RM954 juta, dan bila bila masa sahaja kapalnya akan sampai pada angka RM1 billion.
Genius!
RUJUKAN