10 Pasukan Paling Banyak Berhutang Dekat Bank

Pengurusan bola sepak dan hutang, adalah perkara yang biasa. Namun, jika hutang terlampau tinggi berbanding pendapatan, maka sesebuah pasukan itu boleh dikenakan tindakan.

Ada juga pasukan yang memiliki pendapatan tinggi namun saja tak nak jelaskan hutang mereka kerana mahu memaksimumkan keuntungan tahunan. Letakkan nilai hutang pada paras tertentu agar tidak dikenakan tindakan menerusi peraturan FFP.

Berikut adalah 10 pasukan Eropah dengan nilai hutang tertinggi dan jumlah pertambahan hutang tersebut sejak 2019 sehingga 2022.

10. PSG – €90 juta

PSG sebenarnya pasukan dengan nilai hutang bank hanya €90. Dan pertambahan hutang mereka juga cuma €90 juta berbanding 2019.

Nasser Al Khelaifi mendakwa PSG antara kelab yang menjana keuntungan luar biasa sejak beberapa tahun ni. Kehadiran Messi sahaja dikatakan mampu merangsang pertumbuhan pendapatan sehingga €700 juta dari segi komersial dan sebagainya.

Namun hujah Khelaifi itu tak disenangi Tebas yang menganggap ia satu penipuan.

9. Liverpool – €103 juta

Liverpool cuma ada beban hutang €103 juta. Dengan pertambahan hutang mereka cuma €47 juta sejak 2019.

Liverpool menjadi kelab yang sangat cergas dari segi pendapatan dalam beberapa musim ini.

8. Juventus – €223 juta

Mereka kini berhutang sekitar €223 juta dengan bank. Hutang mereka meningkat €250 juta sejak 2019.

Membuatkan kelab itu diletakkan dalam status berjaga jaga agar tidak berdepan kerugian lebih besar.

Mereka kelab yang bergelut dengan isu kewangan. Dan baru baru ini dituduh menipu laporan kewangan lalu dipotong 15 mata serta merta.

7. AS Roma – €271 juta

Roma cuma menambah hutang mereka sekitara €45 juta daripada 2019. Namun angka hutang semasa mereka dengan bank agak tinggi.

Membuatkan kelab itu tidak dapat berbelanja besar pada musim ini.

6. Inter Milan – €390 juta

Inter Milan masih bergelut dengan masalah kewangan kelab itu. Dengan pertambahan €77 juta lagi beban hutang dari 2019.

5. Atletico Madrid – €536 juta

Atletico antara pasukan yang bergelut dengan masalah kewangan dan terpaksa menjual dan meminjamkan keluar pemain mereka dalam beberapa musim ini.

Kesan hutang daripada pembinaan stadium juga memberikan kesan yang besar kepada kelab itu. Mereka menambah €169 juta lagi ke dalam kredit mereka sejak 2019.

4. Manchester United – €751 juta

Masih menjadi antara kelab berpendapatan tinggi. Namun semua orang tahu Glazer akan sedaya upaya memaksimumkan angka keuntungan berbanding hutang.

Sebab tu fans United menyampah dengan Glazer yang menjadikan kelab sebagai lubuk duitnya. Hutang kelab semua atas nama kelab. Sehinggakan Roman Abramovich meletakkan syarat anti Glazer kepada pemilik baharu kelab itu. Kerana tak mahu polisi pengurusan kewangan Glazer digunakan.

Glazer membeli United dengan hutang bank. Dan kemudian hutang itu diletakkan atas nama United. Gila tak?

Sejak 2019, mereka menambah €141 juta lagi ke dalam butiran kredit pada lejar mereka.

3. Barcelona – €841 juta

Tiada pasukan merasai impak pandemik lebih daripada Barcelona. Mereka menambah hutang sebanyak €768 juta sejak 2019.

Pada satu ketika hutang mereka mencecah €1.3 billion kerana salah tadbir era Bartomeu. Membeli pemain terlalu mahal dan kemudian memberikan gaji terlalu besar.

Barcelonan dikenakan beberapa sekatan dalam pendaftaran pemain. Membuatkan mereka kerap memburu pemain ejen bebas.

2. Real Madrid – €967 juta

Salah satu alasan kukuh Perez mahukan Liga Super Eropah kerana beban hutang ditanggung Real Madrid.

Pembangunan semula stadium mereka juga memberikan impak kepada hutang kelab.

Namun Real Madrid tidak ada halangan seperti Barcelona dari segi FFP meskipun mereka menambah jumlah hutang sebanyak €773 juta sejak 2019.

Ini kerana mereka menggunakan wang itu untuk pembangunan stadium yang boleh dijana semula keuntungannya kelak.

1. Tottenham – €1 billion

Spurs kelab yang masih terkesan dengan stadium baharu mereka. Impak pandemik membuatkan banyak acara sukan dan konsert di stadium baharu mereka dibatalkan termasuk acara Super Bowl sebelum ini.

Spurs menambah lagi hutang mereka €267 juta.

Sama seperti Real Madrid, hutang mereka dengan bank kerana pembangunan stadium dan kaedah bayarannya adalah jangka panjang.