Ini Ranking 10 Pasukan Paling Power Jual Pemain Dalam Sedekad Ini

Hussein Lempoyang satu ketika dahulu sangat terkejut dengan kejayaannya menjual manusia kepada Jamal Pak Tongkol.

Lalu dia berkata: “WOWWW!!! rupanya meniaga manusia lebih untung dari meniaga unta!”

Tiada kelab yang mahu menjual pemain terbaik yang mereka miliki. Tetapi kadang-kadang, ia tidak dapat dielakkan.

Pelbagai situasi yang telah menjadi penyebab kepada berlakunya penjualan pemain ini

Antara puncanya adalah pemain itu sendiri terdesak untuk keluar kerana tertarik dengan tawaran diberikan.

Ada juga pemain yang terdesak untuk keluar kerana mahu mendapat tempat atau keselesaan ditempat lain.

Untuk pemain yang sudah terdesak sebegitu tiada kepentingan lagi untuk pasukan menyimpannya melainkan melepaskan saja mereka.

Ada juga yang memang pasukan sendiri mahu menjualnya kerana tidak mampu menolak tawaran yang diterima.

Maka sekiranya hal begitu berlaku pasukan tiada pilihan lain selain meneruskan proses penjualan itu.

Sudah tentunya mendapat tawaran bayaran perpindahan besar bermakna pasukan boleh melabur semula wang itu ke skuad mereka dan mendapatkan keuntungan bagi meneruskan perjalanan pasukan di masa mendatang.

Tetapi pasukan manakah yang paling menguntungkan dalam urusan penjualan pemain ini?

Tiada pasukan yang benar-benar ingin diklasifikasikan sebagai ‘kelab jualan’ tetapi, dengan menggunakan data dari Transfermarkt dan GIVEMESPORT disini kita akan senaraikan 10 pasukan yang telah menerima pendapatan paling banyak daripada jualan pemain dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

 

Kita bermula kembali ke musim 2009/10, pasukan mana yang paling mendapat keuntungan banyak dari jualan pemain?  Mari kita lihat:

10 |  Liverpool |  £691.47 juta

Adalah sangat adil untuk mengatakan Liverpool telah melabur wang mereka dengan bijak.  Philippe Coutinho dan Luis Suarez telah di jual ke Barcelona dengan melibatkan proses penjualan yang besar dan sangat menguntungkan.

Sementara itu mereka juga telah mendapat £50 juta hasil penjualan Fernando Torres.

Selain dari mendapat keuntungan dari menjual pemain bertaraf bintang.

Skuad The Reds juga telah mendapat keuntungan hasil dari penjualan pemain yang boleh dikatakan sudah tidak berguna lagi untuk pasukan seperti Mamadou Sakho, Christian Benteke, Jordan Ibe, Dominic Solanke dll.

Jangan dilupa Sterling juga telah dijual ke manchester City dan mendapat keuntungan sekitar £45M.

9 |  Porto |  £717.03 juta

Porto nampaknya telah menjual salah satu pemain terbaik yang mereka miliki setiap tahun.

Musim ini, Eder Militao ke Real Madrid dengan harga £45 juta. Manakala sebelum itu lagi mereka sudah menjual pemain seperti Radamel Falcao, Jackson Martinez dan Lisandro Lopez.

8 |  Real Madrid |  £731.21 juta

Madrid adalah antara salah sebuah pasukan yang berbelanja paling besar dalam tempoh sedekat lalu.

Selain dari pasukan yang berbelanja besar, mereka juga adalah pasukan yang banyak menjual pemain dan memberi keuntungan buat pasukan mereka.

Dan sudah pastilah penjualan Christiano Ronaldo ke Juventus membantu mereka mendapat keuntungan.

7 |  Roma |  £745.34M

Liverpool sememangnya pasukan yang banyak menyumbang kepada keuntungan Roma. Liverpool telah membelanjakan £100M untuk mendapatkan Mo Salah dan Alisson Becker.

“The Giallorossi” juga mendapat keuntungan ketika melakukan penjualan beberapa pemain ketika musim panas lalu dengan menjual Kostas Manolas, Stephan El Shaarawy dan Luca Pellegrini.

6 |  Barcelona |  £748.89 juta

Dengan menjual Neymar kepada Psg sahaja mereka sudah memperoleh keuntungan sebanyak £200 juta.

Tidak hairan lah mereka menjadi pasukan yang menguntungkan dalam penjualan pemain.

Cesc Fabregas dan Alexis Sanchez telah menyumbangkan lebih £60 juta untuk proses penjualan mereka.

sementara itu Barcelona juga menjual pemain seperti Jasper Cillessen, Yerry Mina, Paulinho dan Malcom untuk bayaran yang agak tinggi.

5 |  Juventus |  £806.72 juta

Juventus menjual Paul Pogba kepada Manchester United dan menerima £89 juta dari penjualan itu.

Bijaknya Juventus mereka sendiri mendapatkan Pogba secara percuma dari Manchester sendiri. Kira United bayar Juventus tu untuk yuran mengajar Pogba main bola mungkin.

Selain dari mendapat keuntungan dari penjualan Paul Pogba, Juventus juga telah mendapatkan keuntungan hasil penjualan Joao Cancelo, Leonardo Bonucci dan Arturo Vidal yang agak lumayan.

4 |  Chelsea |  £820.24 juta

Chelsea telah kehilangan beberapa pemain utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Mereka telah melepaskan Eden Hazard dan Diego Costa selepas mendapat tawaran yang hebat dan menguntungkan mereka.

Mereka juga mengaut keuntungan yang banyak hasil penjualan pemain seperti Oscar, Alvaro Morata, David Luiz, Juan Mata, Nemanja Matic, Romelu Lukaku, Thibaut Courtois dan Arjen Robben semuanya telah dijual dengan mendapatkan bayaran lebih dari £30M.

3 |  Atletico Madrid |  £878.4 juta

Keupayaan Atletico dalam mencipta pemain penyerang bertaraf dunia tidak perlu di pertikaikan lagi. Lihat saja produk keluaran mereka semua menguntungkan.

Dengan menjual penyerang keluaran mereka Atletico telah membawa keuntungan hampir £900 juta.

Mereka mengaut keuntungan yang begitu banyak hanya dalam tempoh 10 tahun terakhir ini sahaja.

Antara pemain berkelas dunia yang telah mereka jual adalah Antoine Griezmann, Radamel Falcao, Jackson Martinez, Sergio Aguero, Diego Costa dan Fernando Torres semuanya meninggalkan pasukan dengan pulangan yang sangat besar.

2 |  Monaco |  £894.1 juta

Sudah tentu, perpindahan £165 juta Kylian Mbappe ke Paris Saint-Germain memberikan keuntungan yang sangat besar kepada mereka.

Selain dari itu mereka juga telah mendapat keuntungan hasil penjualan James Rodriquez, Thomas Lemar dan Anthony Martial yang bernilai lebih dari £50 juta setiap seorang.

1 |  Benfica |  £909.9 juta

Benfica adalah pasukan yang mendapat keuntungan paling besar dalam tempoh 10 tahun ini. Mereka telah menerima lebih daripada £900 juta. Sangat luar biasa keuntungan yang berkaya mereka raih.

Tetapi siapa saja pemain yang dijual Benfica sehingga mencapai angka sebegitu lumayan?

Disini kita senaraikan pemain dari Benfica yang telah dijual dan memberi keuntungan yang begitu besar kepada pasukan.

Antara pemain tersebut adalah Joao Felix ke Atletico dengan harga £113 juta adalah yuran terbesar yang mereka terima.

Kemudian mereka menjual Ederson (£36 juta), Axel Witsel (£36 juta), Raul Jimenez (£34 juta), Nelson Semedo (£32 juta), Victor Lindelof (£31.5 juta) dan Renato Sanches (£31.5 juta).

Bahkan didalam senarai itu tidak diasebutkan pon nama pemain mereka seperti Angel di Maria, Nemanja Matic dan David Luiz.

Benfica adalah pasukan yang boleh dilabelkan sebagai Raja menjual pemain. Apakah akan ada pasukan yang boleh menandingi mereka di masa akan datang?

PSG pasti akan berjaya mengatasi mereka jika menjual salah satu daripada Mbappe atau Neymar pada tahun-tahun akan datang dan penjualan itu menjadi rekod penjualan yang sangat tinggi pastinya.

Liverpool juga boleh menaikkan keuntungan mereka jika mereka menjual mana-mana pemain bintang mereka seperti Alisson, Trent Alexander-Arnold, Sadio Mane atau Salah.

Tetapi kita semua ingin tahu siapa bintang Benfica akan dijual seterusnya. Ruben Dias?  Alejandro Grimaldo?  Rafa Silva?

Itulah antara senarai pasukan yang meraih keuntungan paling lumayan dalam tempoh 10 tahun terakhir.

Kita akan lihat 10 tahun akan datang adakah akan ada pasukan membuat kejutan dengan keuntungan lebih besar? Sama-sama kita nantikan.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang