Siapa Kata Pemain Asia Tiada Yang Mahal – Ini 10 Pemain Asia Paling Tinggi Nilai Pasaran, Son Di Atas €75 juta

Pemain dari Asia kini semakin ramai yang kompeten di Eropah. Daripada kesemua bakat dari Asia yang ada, berikut adalah senarai 10 pemain Asia yang memiliki nilai pasaran yang tinggi.

#10 Wu Lei (China/RCD Espanyol) – €8 juta

Satu satunya pemain China yang bermain di dalam liga utama Eropah. Beliau tiba di Espanyol pada 2018 selepas 14 tahun bermain di negaranya.

Penyerang sayap ini sudah menjaringkan 10 gol untuk pasukannya daripada 49 perlawanan. Dan beliau menjadi pemain China pertama yang skor ke atas Barcelona.

Wu Lei dianggap legenda di liga China. Beliau merupakan pemain kedua paling banyak gol dalam sejarah Liga China dengan 102 gol.

Wu Lei turut menjadi pemain paling muda melakukan debut dalam Liga China, pada usia 14 tahun.

#9 Daichi Kamada (Jepun/Eintracht Frankfurt) – €8 juta

Kamada telah menjadi pemain utama Frankfurt dalam kempen Eropah.

Daichi Kamada merupakan salah seorang pemain muda yang dianggap prospek cerah dari Jepun. Ini selepas kejayaannya dalam liga J1 di negara kelahirannya.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi bintang di liga Belgium bersama dengtan Sint-Truiden sebelum berpindah ke Eintracht Frankfurt di Bundesliga pada tahun 2017.

Beliau nadi utama Freiburg dalam kempen Europa League termasuk 2 gol ke atas Arsenal dan hatrik ke atas RB Salzburg.

#7 Takumi Minamino (Japan/Liverpool) – €10 juta

Nampak sweet ja Minamino ni menjeling Mo Salah

Seorang lagi pemain asal dari Jepun di dalam senarai. Pemain yang melonjak naik selepas aksi cemerlang dalam dua perlawanan UCL menentang Liverpool.

Beliau memang pemain yang bagus, namun dua aksi tersebut membuatkan media menjadi gila membuat liputan ke atasnya.

Takumi Minamino bergabung dengan Liverpool dari RB Salzburg awal tahun ini tetapi belum lagi mendapatkan tempat di kesebelasan utama Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris.

Walaupun begitu, pemain muda Jepun itu telah diturunkan dalam pertandingan piala oleh Liverpool.

#7 Hwang Hee-chan (Korea Selatan/FB Leipzig) – €10 juta

Hwang Hee-chan hanya menunggu masa untuk mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Erling Braut Haaland dan Takumi Minamino untuk mendapatkan kontrak pasukan besar di Eropah.

Prestasi cemerlang bersama RB Salzburg membuatkan beliau dibawa masuk ke kelab Bundesliga RB Leipzig.

#6 Shoya Nakajima (Jepun/FC Porto) – €16 juta

Di kalangan ramai pemain Jepun dalam senarai ini, inilah dia pemain paling mahal di antara mereka semua.

Aksi cemerlangnya bersama Porto musim ini membuatkan beliau menarik minat banyak kelab besar di Eropah.

Shoya Nakajima mewakili negaranya di semua peringkat umur termasuk pasukan senior pada hari ini.

Aksi cemerlang beliau menentang Brazil dalam Copa America 2019 membuatkan namanya terus dirisik oleh Porto.

Beliau juga pernah dipinjamkan ke kelab yang Safawi Rasid sertai sekarang iaitu Portimonense.

#4 Sardar Azmoun (Iran/Zenit St.Petersburg) – €18 juta

Sardar Azmoun merupakan produk termahal dari Iran mengatasi Alireza Jahanbakhsh yang bermain di Brighton.

Beliau mulai menjadi pemain utama pasukan sejak 2014. Pemain yang digelar Messi Iran ini kini menjadi pemain utama negaranya.

Azmoun menyertai Zenit St.Petersburg pada 2018 dan meningkatkan lagi keupayaannya. Dalam 45 penampilan pertamanya, beliau menjaringkan 26 gol dan 10 assist.

#4 Takehiro Tomiyasu (Jepun/Bologna FC) – €18 juta

Takehiro Tomiyasu tiba di Bologna musim panas lalu dan dengan cepat menempatkan dirinya dalam  pasukan utama dan menunjukkan aksi cemerlang.

Dia memenangi anugerah Man of the Match pada penampilan sulungnya sebelum menggondol hadiah Pemain Terbaik Bulan Ogos di Serie A pada musim lalu.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu sangat pantas dan mengagumkan secara fizikal. Sudah lama media Itali dah tak teruja dengan pemain dari Asia selepas Keinsuke Honda dan Yuto Nagatomo. Dan kini Takehiro Toyimasu bakal menjadi pemain yang menjadi kegemaran di Itali sama seperti Nakata dan lain lain lagi.

Beliau menjadi perhatian banyak kelab besar ketika ini.

#3 Lee Kang-in (Korea Selatan/Valencia) – €20 juta

Lee Kang-in berpindah ke Valencia pada tahun 2011 pada usia 10 tahun dan setelah menunjukkan aksi mengagumkan di pelbagai peringkat belia untuk negaranya.

Beliau dinaikkan pangkat ke pasukan senior pada tahun 2018. Dia tampil menonjol untuk pasukan aksi cup competitions dan juga merupakan sebahagian daripada skuad yang mencipta sejarah menang Copa Del Rey tahun lalu.

Pemain tengah itu bermain dengan lebih kerap musim ini, serta meningkatkan lagi kemampuan kreatifnya, kesedaran taktikal dan ketepatan hantara.

Bahkan membuatkan beliau mulai dibandingkan dengan David Silva kerana kelicikannya.

#2 Takefusa Kubo (Jepun/Villareal) – €30 juta

Pemain muda ini memiliki karier yang sangat unik. Pada usianya yang sangat muda, beliau diikat oleh Akademi La Masia.

Namun terpaksa dilepaskan kerana isu berkaitan dengan perundangan.

Selepas usianya 17 tahun, beliau menyertai Real Madrid, musuh kepada Barcelona. Pemain yang dianggap Messi Jepun ini kemudiannya dipinjamkan ke Mallorca pada musim 2019/20.

Beliau dengan pantas menstabilkan kedudukannya di dalam pasukan dan menjaringkan 4 gol daripada 25 penampilannya.

Dikenali dengan keupayaan dribble, rembatan jauh dan kreativitinya.

Musim ini beliau menyertai Villareal secara pinjaman dan menjadi pemain utama. Dan nilai pasarannya kini lebih 2 kali ganda daripada musim lalu.

#1 Son Heung-Min (Korea Selatan/Tottenham Hotspur) – €75 juta

Jika anda mencari inspirasi dalam bola sepak, Song Heung Min pastinya nama yang sesuai. Beliau berkelana ke Jerman pada usia muda.

Bekerja keras setiap hari dan menjadi pemain utama. Digelar Sonaldo oleh rakannya kerana minatnya kepada Ronaldo Nazario.

Son kemudian berjaya menyelamatkan peak kariernya daripada diluangkan di kem latihan tentera untuk dua tahun. Ini dengan membantu negaranya memenangi emas Sukan Asia.

Beliau membantu Spurs mara ke final UCL musim lalu. Dan menjadi pemain Asia yang paling bernilai.

Pemain yang laju, kreatif dan memiliki penyudah tajam dengan kedua dua belah kakinya. Dan musim ini beliau menjadi pemain Asia pertama mencetak 4 gol dalam EPL.

Nilai Son mungkin boleh melonjak lebih €100 juta jika berterusan menunjukkan prestasi cemerlang dalam kadar nilai pasaran semasa.

Baca yang lain