Chelsea melepaskan pendahuluan mereka sebanyak 2 kali dalam aksi menentang Burnley. Di mana Burnley turut mengikat Chelsea pada lewat separuh masa kedua.
Chelsea mendahului menerusi Cole Palmer pada minit ke-44. Mengukuhkan lagi status beliau sebagai pemain terbaik Chelsea musim ini di barisan serangan.
Palmer mencetak gol itu menerusi sepakan penalti. Dengan lawan mereka turut dikurangkan kepada 10 pemain akibat daripada kekasaran yang memberikan penalti itu oleh Lorenz Assignon.
Bermain dengan 10 orang pemain, Burnley mengejutkan Chelsea dengan mengikat mereka pada minit ke-47, hanya 2 minit selepas separuh masa kedua bersambung.
Josh Cullen berjaya menewaskan penjaga gol Chelsea untuk membuatkan peminat di Stamford Bridge terdiam seketika.
Chelsea bergelut untuk mendapatkan gol kedua. Namun Cole Palmer akhirnya meletakkan Chelsea di hadapan sekali lagi. Kali ini gol pada minit ke-78.
Malangnya gol pendahuluan itu hanya bertahan 3 minit. Burnley menjaringkan gol penyamaan hampir terus daripada sambungan semula permainan.
Ironinya, gol pertama Chelsea pun hanya bertahan 3 minit dalam kiraan aksi masa penuh.
Dan Chelsea gagal untuk meraih kemenangan sekali lagi di hadapan penyokong mereka sendiri.
Tamat perlawanan 1-1. Chelsea terus bergelut untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga. Dengan mereka baru sahaja mempersiakan peluang untuk berada di 10 teratas.
Keputusan seri ini meletakkan Burnley kekal di zon penyingkiran. Namun ianya masih mata yang berharga.