10 Pemain Dengan Kenaikan Harga Mendadak, Bruno Fernandes Ketuai Dominasi Portugis

Ada beberapa pemain menunjukkan peningkatan prestasi yang ketara pada musim ini. Dan ia telah membawa kepada peningkatan juga pada nilai pasaran perpindahan.

Berikut adalah 10 pemain dengan peningkatan nilai perpindahan yang mendadak serta nilai semasa mereka menurut laman ESPN.

10. Bukayo Saka – €109.6 juta (+€13.8 juta)

Pemain muda ini boleh bermain di posisi serangan dan juga pertahanan di bahagian sayap.

Mendapat panggilan debut pasukan kebangsaan England pada tahun ini oleh kerana prestasi cemerlang di peringkat kelab.

Arsenal pastinya sedar bahawa pemain ini sedang menarik hati yang banyak kelab. Nilai Saka meningkat sebanyak €13.8 juta kepada €109.6 juta.

Ramai berpendapat bahawa angka ini agak keterlaluan walaupun mengakui Bukayo Saka pemain yang bagus.

9. Dominic Calvert Lewin – €75.1 juta (+€13.9 juta)

Sejak Everton dikendalikan oleh Carlo Ancelotti, Dominic Calvert Lewin adalah pemain yang paling meningkat naik di kalangan pemain yang lain.

Beliau menjadi penggempur yang semakin berbisa di hadapan gol. Beliau juga sudah menjadi pemain dalam skuad senior kebangsaan.

Nilai semasa beliau adalah €75.1 iaitu peningkatan sebanyak €13.9 juta.

8. Jude Bellingham – €58.7 juta (+€14.2 juta)

Nama beliau mula menjadi sensasi apabila dikaitkan dengan kelab seperti Manchester United pada musim lepas.

Namun Jude Bellingham memutuskan untuk menyertai Borrusia Dortmund yang menurutnya penting untuk pembangunan karier.

Pemain tengah Inggeris ini ternyata terus meningkat naik dan kini nilainya hampir
€60 juta.

7. Ruben Dias – €95.5 juta (+€14.8 juta)

Bek tengah Portugal ini juga meningkatkan lagi nilai pada tanda harganya selepas berpindah ke Manchester City.

Beliau kini diletakkan nilai hampir €100 juta. Dias menjadi pemain yang memperbaiki kualiti pertahanan Man City.

6. Phil Foden – €85.3 juta (+€15 juta)

Phil Foden menjadi pemain penting Manchester City pada masa ini terutama sekali untuk menampung ketebalan skuad.

Boleh dianggap sebagai prospek pengganti kepada David Silva. Foden menaikkan lagi nilainya sebanyak €15 juta.

5. Pedri – €44.3 juta (+€16 juta)

Kita sekurang-kurangnya ada seorang wakil daripada akademi La Masia.

Pedri menjadi antara nama pertama yang didaftarkan oleh Ronald Koeman dalam pasukan musim ini.

Pemain muda yang sudah memiliki tanda harga lebih €40 juta hasil daripada peningkatan €16 juta.

4. Diogo Jota – €84 juta (+€16.5 juta)

Beliau antara pembelian yang mengejutkan dibuat oleh Liverpool pada hari-hari terakhir perpindahan pra musim.

Liverpool sanggup membayar €42 juta untuk pemain yang serba boleh dan boleh bermain di pelbagai posisi di bahagian serangan termasuk bahagian tengah.

Sejak menyertai Liverpool, beliau sudah menjaringkan banyak gol dan beberapa daripada golnya adalah gol kemenangan.

Jota antara nama yang dianggap sebagai salah pembelian terbaik pada pra musim ini.

Bukan sesuatu yang menghairankan apabila melihat tanda harga terbaru beliau kini adalah €84 juta.

3. Bruno Fernandes – €140 juta (+€34.4 juta)

Sejak menyertai Manchester United, tiada pemain yang terlibat dalam gol secara langsung lebih kepada beliau.

Beliau juga menjadi pemain yang paling tinggi mencipta peluang gol sejak berpindah ke Old Trafford. Dan menjadi pemain paling berpengaruh di Eropah ketika ini.

Nilai semasa Bruno Fernandes adalah €140 juta iaitu peningkatan mendadak €34.4 juta daripada nilai sebelum ini.

2. Gio Reyna – €46.1 juta (+€34.4 juta)

Tidak pasti sama ada pemain ini layak mendapat kenaikan sama dengan Bruno Fernandes.

Pemain Borussia Dortmund ini kini bernilai €46.1 juta pada usianya baru 18 tahun.

1. Erling Braut Haaland – €155.6 juta (+€35.3)

Mungkin aku sudah menjangka siapa yang berada di tangga pertama.

Erling Haaland dibeli oleh Borussia Dortmund pada pertengahan musim lalu.

Dan sejak menyertai pasukan yang berpangkalan di Signal Iduna Park, beliau terus menjadi pemain yang prolifik.

Haaland kini bernilai €155.6 juta. Tanda harga yang harus diberikan perhatian oleh Manchester United dan Real Madrid.

Ini kerana dua kelab tersebut antara kelab yang terus dikaitkan dengan Haaland.

Sumber: ESPN

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil