10 Pemain Mencatat Pecutan Terpantas Dalam UCL Musim Lalu

Bintang baru Liverpool, Dominik Szoboszlai tersenarai dalam 10 pemain yang mencetak kelajuan tertinggi dalam UCL musim lalu.

Walaupun berbadan tinggi, Szoboszlai ternyata pemain yang harus diberikan perhatian dari segi pecutan dan lariannya.

Berikut adalah 10 pemain dengan pecutan tertinggi musim lalu.

10. Dominik Szoboszlai (RB Leipzig)

Pemain ini mencipta larian 35.9 kmj pada musim lalu. Menjadikannya pemain dalam ranking ke-10 untuk pecutan tertinggi di UCL.

8. Moussa Diaby (Bayer Leverkusen)

Pemain yang menjadi sasaran Aston Villa ini mencatatkan 36.1 kmj. Dia turut menjadi sasaran kelab Arab Saudi yang sanggup membayar €40 juta untuk khidmatnya.

Namun Diaby dikatakan lebih memilih Aston Villa pada masa ini selepas bercakap sendiri dengan Unai Emery.

8. Karim Adeyemi (Borussia Dortmund)

Pemain muda yang menyerlah untuk Borussia Dortmund pada musim lalu. Dia mencatat pecutan tertinggi 36.1 kmj bersama sama dengan Moussa Diaby.

7. Nuno Tavares  (Marseille)

Pemain bek sisi ini mencatatkan 36.2 kmj.

6. Federico Valverde (Real Madrid )

Beraksi sebagai pemain tengah progresif membuatkan Valverde antara pemain paling sibuk atas padang.

Musim lalu, Valverde mencatatkan larian terpantas 36.3 kmj.

5. Gabriel Veron (FC Porto)

Berjaya mencatatkan 36.5 kmj sebagai kelajuan tertinggi beliau musim lalu di UCL.

4. Rafael Leao (AC Milan)

Bintang utama AC Milan ini sangat laju. Pemain yang diletakkan tanda harga €100 juta oleh AC Milan ini pernah mencatatkan kelajuan maksimum 36.5 kmj.

2. Ousmane Dembele (Barcelona)

Xavi menganggap dia sebagai bakat terbaik pada posisinya jika dia mencapai potensi terbaiknya. Mencatatkan larian sepantaas 36.6 kmj pada musim lalu.

2. Mykhailo Mudryk (Chelsea)

Pemain berharga €100 juta ini mencatatkan 36.6 kmj pada musim lalu dalam UCL. Masih mencari rentak terbaiknya di Chelsea.

1. Alphonso Davies (Bayern Munich)

Masih lagi menjadi beast dalam kelajuan di kalangan pemain di Eropah.

Pemain antarabangsa Kanada ini mencatatkan kepantasan maksimum 37.1 kmj.