10 Pemain Paling Prolifik Sumbangan Gol Pada Abad Ke-21

Penyerang yang lengkap pastinya memiliki keupayaan menjaringkan gol dan mencipta gol.

Ada 10 pemain yang memiliki sumbangan sangat tinggi secara langsung kepada gol – sama ada menjaringkan gol ataupun mencipta assist untuk rakan mereka.

Berikut adalah 10 senarai teratas.

10. Thierry Henry – 512 sumbangan gol

Legenda Arsenal ini menjadi pemain yang sangat digeruni di hadapan gol. Beliau penjaring gol yang hebat serta pencipta gol yang luar biasa.

Menjaringkan 332 gol dan 180 assit dalam kariernya.

Henry dikenali dengan gaya penyudah sangat semulajadi dan licik.

9. Karim Benzema – 516 sumbangan gol

Walaupun seringkali dibayangi kehebatan Cristiano Ronaldo. Namun Benzema tetap membuktikan dirinya sebagai salah seorang penggempur berbisa.

337 gol dan 179 assist di dalam kariernya setakat ini. Beliau juga menikmati musim cemerlang pada musim ini.

8. Wayne Rooney – 536 sumbangan gol

Legenda Man United ini menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman Red Devils. Menjaringkan 354 gol dan 172 assist di dalam kariernya.

Dianggap sebagai salah seorang penyerang serba lengkap pada eranya. Selain daripada menjaringkan gol padang, beliau juga pakar bola mati.

7. Sergio Aguero – 541 sumbangan gol

Aguero kini sudah menyumbang 419 gol dan 122 assist daripada 757 perlawanan di dalam kariernya.

Walaupun kerap diganggu kecederaan namun penggempur Argentina ini masih membuktikan kualiti beliau.

Pemain yang menjadikan tugas menjaringkan gol itu kelihatan mudah.

6. Samuel Etoo – 552 sumbangan gol

Etoo menjaringkan 409 gol dan 143 assist di dalam karier beliau.

5. Robert Lewandowski – 623 sumbangan gol

Pemain Bayern dan Poland ini sudah menjaringkan 482 gol dan melakukan 141 assist.

Pemain yang sudah berusia namun masih power di depan gol. Beliau kini dalam landasan terbaik untuk berada dalam perebutan Ballon d’Or.

4. Luis Suarez –  715 sumbangan gol

Pemain Barcelona dan Uruguay ini dianggap salah seorang no.9 terbaik dalam generasi beliau. Statistik tidak menipu.

3. Zlatan Ibrahimovic – 731 sumbangan gol

Secara keseluruhan ketika ini Zlatan Ibrahimovic sudah menyumbang kepada 525 gol dan 206 assist.

Menjadi pemain ketiga menjaringkan lebih 500 gol selepas Messi dan Cristiano Ronaldo.

Beliau kini bermain untuk AC Milan dan dianggap sebagai salah seorang pemain paling berpengaruh pada eranya.

2. Cristiano Ronaldo – 951 sumbangan gol

Naman Cristiano Ronaldo berada di tangga kedua dalam senarai ini. Menjaringkan 728 gol dan 223 assist.

Jadi tidak relevan nak cakap bangdo ni tamak. Assist dia banyak tu.

Ronaldo sama seperti Rooney, di mana beliau juga pakar bola mati.

1. Lionel Messi – 994 sumbangan gol

Dan paling padu adalah Lionel Messi. Pemain yang dianggap antara yang terbaik, malah ada yang melabel beliau terbaik sepanjang zaman.

Messi hanya dibezakan dengan 6 angka daripada 1,000 sumbangan gol.

Di mana pemain Barcelona dan Argentina ini sudah menjaringkan 700 gol dan 294 assist.

Messi pemain serba lengkap dengan mampu menjaringkan gol daripada pelbagai situasi dan disiplin, termasuk bola mati.

Baca yang lain