10 Pemain Sayap Paling Keras Harganya – Salah Atasi Messi

Transfermarkt telah mengeluarkan top 10 nilai tertinggi di kalangan pemain sayap kanan dalam arena bola sepak dunia pada ketika ini.

Pemain sayap yang prolifik dan produktif memang menjadi sasaran utama pasukan besar di Eropah.

Berikut adalah senarai 10 pemain teratas untuk harga paling keras.

10. Wilfried Zaha – €55 juta.

Pemain yang pernah dikaitkan dengan Arsenal ini berada dalam senarai 10 teratas. Crystal Palace meletakkan nilai sekitar €100 juta tempoh hari.

Zaha gagal memeterai perjanjian ke Arsenal meskipun sudah meminta untuk berpindah.

9. Riyax Mahrez – €60 juta

Riyad Mahrez merupakan pemain penting Algeria dan Manchester City. Beliau pemain yang kreatif dan memiliki ketajaman di hadapan gol.

Pemain ini dilihat sangat selesa dengan Man City ketika ini.

Beliau juga antara pemain yang merupakan set piece taker Utama Man City.

8. Chiesa – €60 juta

Pemain yang dikaitkan dengan beberapa pasukan terutama sekali di Serie A termasuk Juventus.

Beliau pemain yang sedang meningkat naik ketika ini.

7. Pulisic – €60 juta

Christian Pulisic tidak menikmati musim yang cemerlang ketika ini. Namun transfermarkt meletakkan beliau dalam top 7.

Beliau masih berusaha untuk mendapatkan form terbaik dan konsistensi pada musim ini.

6. Pepe – €65 juta

Pemain Arsenal ini sebelum ini diletakkan nilai sekitar €90 juta. Kini beliau diletakkan dalam nilai €65 juta.

Pepe masih mencari rentak bersama dengan Arsenal. Transisi musim pertama agak sukar kerana beliau terpaksa berhadapan dengan dua pertukaran manager.

Pepe memiliki kelajuan dan juga kelincahan di dalam permainannya.

5. Gnabry – €80 juta

Serge Gnabry menjadi antara pemain yang panas dalam pasaran perpindahan. Bekas pemain Arsenal ini kini menjadi nadi penting dalam pasukan Bayern Munich.

4. Bernardo – €100 juta

Selamat datang ke kelab sayap kanan €100 juta. Dan bermula dengan nama pemain kebangsaan Portugal, Bernardo Silva.

Beliau antara pemain terbaik pada musim lalu dan juga musim ini dalam liga utama Eropah.

3. Jadon Sancho – €120 Juta

Pemain sayap kanan paling mahal dari England adalah Jadon Sancho.

Pemain yang dikaitkan dengan Chelsea dan Man United.

Bekas pemain Manchester City ini kini bermain untuk Borussia Dortmund.

2. Messi – €140 juta

Lionel Messi diletakkan nilai €140 juta meskipun sudah berusia lebih 30 tahun.

Pemenang enam Ballon d’Or ini dikaitkan dengan Manchester City selepas sedikit perselisihan dengan Eric Aku.

Tepat Barcelona yakin beliau tidak akan ke mana mana.

1. Mohamed Salah – €150 juta.

King Of Egypt diletakkan sebagai pemain sayap kanan paling mahal di dunia ketika ini.

Beliau berada dalam senarai top 5 pemain terbaik dunia ketika ini.

https://twitter.com/Jeff_Tymer_/status/1227277763737866240?s=19

Salah berjaya membantu Liverpool untuk menamatkan kemarau kejuaraan UCL, serta menjadi juara dunia musim ini.

Itu sahajalah kisah mereka ini. Harap terus berbahagia dengan karier masing masing.

Baca yang lain