10 Pemain Termahal CIES: Mbappe Paling Tinggi, Haaland Ketiga Dan Luis Diaz Dalam Senarai

Laman penilai harga pasaran pemain CIES Football Observatory telah menyenaraikan Kylian Mbappe, Vinicius Junior dan Erling Haaland adalah tiga pemain paling berharga dalam bola sepak pada ketika ini.

Penyelidikan CIES adalah berdasarkan pelbagai ukuran seperti umur, markah kelab, tahap prestasi pemain dan inflasi.

Laporan CIES menyatakan: “Satu model statistik untuk menganggarkan nilai perpindahan pemain daripada pasukan dari lima liga utama Eropah telah dicipta daripada sampel 1,790 perpindahan berbayar yang dibuat antara Julai 2012 dan Januari 2020.

“Kaitan antara jumlah yang dibayar dan anggaran adalah lebih besar daripada 80 peratus. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah yang diambil kira menjelaskan lebih daripada empat perlima jurang dalam tahap bayaran yang dibayar untuk pemindahan yang termasuk dalam model.”

Mbappe, Vinicius, Haaland di 3 teratas

Kylian Mbappe muncul sebagai pemain paling berharga selepas musim hebat bersama Paris Saint-Germain, dengan 60 gol terlibat (39 gol, 21 bantuan) dalam 46 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.

Vinicius, memenangi dua gelaran berprestij iaitu LaLiga dan Liga Juara-Juara bersama Real Madrid. Sementara itu, Haaland yang baru sahaja berpindah dari Borussia Dortmund ke Manchester City telah menjaringkan 86 gol dalam 89 perlawanan sepanjang dua tahun di Jerman.

Mbappe pemain paling mahal

Kylian Mbappe pula menarik diri daripada berpindah ke Madrid untuk menandatangani kontrak tiga tahun baharu dengan PSG bulan lalu. Dan pemain antarabangsa Perancis itu kini diletakkan nilai sekitar €205.6 juta oleh CIES.

Vinicius Jr yang beberapa tahun lalu pernah menjadi mangsa troll kerana prestasinya yang hambar telah meningkat mendadak dalam dua musim terakhir ini.

Pemain antarabangsa Brazil itu berada di tempat kedua dengan €185.5 juta.

Dia mengatasi Erling Haaland yang berada di tangga ketiga dengan nilai €152.9 juta. Angka itu lebih daripada 2 kali ganda daripada jumlah yang City bayar untuk menebus klausa pelepasannya sebanya €60 juta.

Bintang masa depan Barcelona, Pedri yang menjadi nadi pasukannya pada usia muda, telah diletakkan di tangga ke-4 dengan nilai pasarannya €135.1 juta oleh CIES.

Sementara bintang England termahal milik Jude Bellingham yang beraksi untuk Borussia Dortmund. Dia kini diletakkan nilai sebanyak €133.7 juta oleh CIES.

Ini diikuti oleh Phil Foden. Bintang muda England itu bernilai €124 juta.

Seterusnya pemain sasaran Manchester United iaitu Frenkie De Jong yang kini bersama dengan Barcelona pula memiliki nilai pasaran sekitara €112.5 juta. Maka tak hairanlah Barcelona meminta sekurang kurangnya €80 juta untuk pemain itu daripada Manchester United.

Barcelona malah masih cuba meyakinkan pemain itu untuk menerima tawaran Manchester United yang dilihat boleh membantu meringankan beban kewangan kelab.

Pemain Colombia yang beraksi untuk Liverpool, Luis Diaz juga antara nama yang tiba tiba meningkat mendadak dalam pasaran perpindahan. Dia kini bernilai €110 juta. Jauh daripada angka €45 juta yang dibelanjakan The Reds untuk mendapatkannya.

Ferran Torres melengkapkan senarai 10 pemain termahal dalam CIES dengan nilai €109.5 juta. Peminat Barca sendiri ramai yang terkejut dan tak menyangkan nama Ferran Torres pun ada:

Berikut adalah rumusan ringkas 10 pemain terbaik dalam bola sepak dunia (menurut CIES Football Observatory):

1. Kylian Mbappe (PSG) – €205.6m
2. Vinicius Junior (Real Madrid) – €185.5 juta
3. Erling Haaland (Borussia Dortmund) – €152.9 juta
4. Pedri (Barcelona) – €135.1 juta
5. Jude Bellingham (Borussia Dortmund) – €133.7 juta
6. Phil Foden (Man City) – €124.0 juta
7. Frenkie de Jong (Barcelona) – €112.5 juta
8. Luis Diaz (Liverpool) – €110.1 juta
9. Ruben Dias (Man City) – €109.6 juta
10. Ferran Torres (Barcelona) – €109.5 juta

Amacam ok tak senarai tu?

Baca yang lain