10 Penggusti WWE Paling Glamor Menurut Sports Show

Laman Sports Show telah menyenaraikan 10 penggusti WWE paling berpengaruh sepanjang zaman.

Berikut adalah senarai mereka:

1. The Rock

Walaupun sudah lama meninggalkan arena WWE dan dituduh sebagai sudah lupa daratan oleh ramai penggusti lain, namun nama The Rock menjadi penggusti WWE paling popular sepanjang zaman.

Bagi kanak kanan 90-an nama beliau terlalu legend dan memiliki jutaan pengikut di media sosial.

2. John Cena

John Cena dianggap sebagai penghibur terbaik dalam sejarah WWE. Syabas kepada WWE kerana membentuk perkembangan karakter beliau.

Dikenali dengan gaya ‘You can’t see me’, nama Cena menjadi kegemaran peminat gusti era 2000-an.

Beliau juga ada berlakon dalam beberapa filem. Namun tidak sehebat The Rock.

3. Tripple H

Pernah tak korang minum air dan kemudian sembur ke udara. Dan bayangkan diri anda Tipple H.

Paul Michael Levesque merupakan salah seorang penggusti WWE yang paling lasak dan memiliki gaya gusti yang menghiburkan.

Pernah membentuk D-Generation X dengan Shawn Michaels yang dianggap antara group paling berpengaruh dalam sejarah WWE.

4. The Undertaker

Tak sahlah senarai ini kalau tiada nama The Undertaker. Sampaikan korang selama ini ingat Kane tu adik beradik dia. Punyalah budak budak dulu follow kisah Undertaker ni.

Dikenali dengan gayanya yang bangkit daripada ‘kematian’ dan menghumban lawanya ke dalam keranda.

5. Hulk Hogan

Watak WWE yang paling disayangi peminat sepanjang zaman. Gayanya yang nice guy membuatkan Hogan legenda dengan gaya tersendiri.

Ramai penggusti WWE hari ini terinspirasi daripada Hulk Hogan. Ini termasuk Ronda Rousey yang mengakui, salah satu sebab dia join WWE kerana nak menunaikan impiannya ketika kecil mahu menjadi macam Hulk Hogan.

Beliau melakukan debut pada 1977. Dan beliau juga dianggap penggusti WWE paling swag!

6. Randy Orton

Jarang orang suka watak villain ni. Tapi Randy Orton antara watak villain yang sangat popular. Antara rivalry beliau adalah termasuk dengan The Undertaker. Namun musuh utamanya adalah Roman Reign dan John Cena.

7. Steve Austin

Salah seorang penggusti yang paling berbakat dalam arena WWE. Beliau antara karakter yang paling ngam dengan personanya. Jalan cerita, watak dan gayanya memang dicipta dengan sebaiknya WWE.

Juga dikenali sebagai The stone cold Steve Austin. Selain daripada menjadi penggusti, beliau adalah produser dan macam macam bisnes dia buat. Dianggap sebagai ringmaster.

8. Kane

Glenn Thomas Jacobs dikenali dengan nama pentas Kane. Tahu tak korang yang Kane ni sebenarnya broker insurans? Dan kemudian beliau menjadi pelakon dan juga ahli politik.

Beliau memang memiliki gaya pertarungan yang hebat sama ada di dalam ring WWE ataupun gelanggang tempur lain.

Bukan beradik The Undertaker tau.

9. The Big Show

Ramai penggusti yang cuba sedaya upaya untuk menjadi entertainer sejati, namun The Big Show pula hanya perlu mengekalkan karakter bersahajanya. Itu pun dah cukup bagus.

Dalam arena WWE, The Big Show dianggap penggusti yang paling semulajadi karakternya. Masuk gelanggang muka selamba, bertarung, menang, keluar gelanggang. Settle.

10. Bill Goldberg

Penggusti yang juga dikenali dengan skillnya dalam American Football. Sebab tu salah satu execution dia adalah dengan gaya rempuhan dalam suka American Football.

Amacam senarai tu? OK? Ke korang ada perubahan untuk ditambah. Nyatakan di komen.

Baca yang lain