10 Penipuan Skim Ponzi Paling Legend, Madoff Scam RM266 Billion

Skim Ponzi adalah penipuan dinamakan nama penipu legenda Charles Ponzi yang lahir pada 3 Mac 1882 dan meninggal pada 18 Januari 1949.

Skim Ponzi telah menjadi bentuk pelaburan penipuan yang paling biasa dalam dunia kewangan. Dan sangat popular sehingga ke hari ini. Sukar untuk membanteras skim ini, kerana ianya melibatkan persetujuan peserta itu sendiri. Selepas terciduk barulah mereka membuat laporan polis.

Dalam skim ponzi ini, penipu menjanjikan pulangan yang tinggi kepada pelabur dan menggunakan pelabur lain untuk membayar pulangan yang dijanjikan.

Pelabur yang terlebih dahulu terlibat akan dibayar oleh pelabur yang lebih baru – yang digelar downline. Ianya satu proses yang tidak ada kesudahan, sehinggalah sesuatu organisasi itu ditutup.

Skim pelaburan palsu ini biasanya menggunakan satu produk yang hanya sebagai ‘wayang’ transaksi. Dan ia masih efektif menjadi skim penipuan unggul sehingga ke hari ini, sejak kali pertama digunakan Ponzi pada tahun 1920.

Seperti yang dilaporkan oleh trendingstock.today, sejumlah penipu menngunakan alasan pelaburan kepada mangsa mereka dan menjanjikan pelaburan besar akan mebawa kepada pulangan lebih besar.

Dipetik daripada laman rasmi Bank Negara Malaysia (BNM), mereka menjelaskan Ponzi Scheme sebagai salah satu daripada skim piramid. Dan ianya boleh lumpuh jika pelabur berhenti melabur. Tapi biasanya ini sukar dibendung, kerana pelabur akan terus mencari pelabur baharu dan mangsa.

Menurut BNM:

Skim Penipuan Ponzi selalunya menggambarkan bahawa skim mereka adalah peluang pelaburan yang menguntungkan. Skim ini selalunya berfungsi mengikut sistem piramid, iaitu wang yang diterima daripada ahli baru akan digunakan untuk membayar ahlisedia ada.

Apabila tiada lagi ahli baru, maka seluruh skim akan gagal. Terdapat beberapa tanda untuk mengenal pasti skim pelaburan Ponzi:

• Skim ini menjanjikan pulangan tinggi daripada pelaburan kecil tanpa sebarang risiko.
• Ahli dijanjikan komisyen apabila berjaya membawa rakan atau ahli keluarga untuk melabur.
• Skim ini selalunya memerlukan bayaran pendahuluan.
• Syarikat mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tetapi perniagaan mereka tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
• Ahli dijanjikan pulangan yang lebih tinggi jikamerekamembenarkan syarikatmenyimpan produk yang ditawarkan.

Berikut adalah 10 skim ponzi paling legenda dalam sejarah dan keuntungan dikaut oleh scammer.

10. Scott Rothstein – $1.2 juta / RM4.9 juta

Penipuan oleh Rothstein memang terkenal kerana ini adalah penipuan terbesar yang dikendalikan oleh seorang peguam.

Rothstein, seorang peguam dari Florida, membuat skim Ponzi yang rumit dan sukar dikesan bertahun tahun lamanya.

Dia menarik ribuan pelabur, Rothstein mengumpul wang yang banyak yang kemudian digunakannya untuk membiayai gaya hidup mewahnya bersama isterinya.

Gaya hidupnya yang terlampau mewah itu juga membuatkan para pelabur skim dia mulai sangsi dan dia akhirnya didakwa.

Scott Rothstein dipenjara selama 50 tahun. Kerajaan AS menganggarkan bahawa dana yang telah dikumpulkannya melebihi USD 1.2 juta.

9. Allen dan Wendell Jacobson – $220 juta / RM899 juta

Wendell mengejutkan negaranya dengan penipuan bernilai  $220 juta dengan skim pelaburan dalam pembinaan apartment, berselindung di sebalik nama syarikatnya Management Solutions Incorporated.

Wendell dan anaknya bergabung untuk menjual mulut manis mereka untuk menarik mangsa dengan kata kata penuh sweet.

FBI kemudian mengkantoikan skim penipuan mereka dan menyita perniagaan dan asetnya. Namun sehingga ke hari ini, tiada pertuduhan jenayah skim ponzi dikenakan.

Namun itu tidak menghalang pihak berkuasa untuk menyita asetnya yang mewah dan aset itu dicairkan untuk membantu membayar pampasan kepada beberapa mangsanya. Tapi tak semua dapatlah.

8. Lou Pearlman – $300 juta / RM1.23 billion

Pearlman dianggap sebagai produser muzik paling berjaya di era boyband dan dia terlibat dalam projek dengan artis seperti Backstreet Boys, NSYNC, O-Town, LFO, Take 5, Natural, US5, Jordan Knight, Aaron Carter, Smilez and Southstar, Innosense, dan Solid Harmonie.

Namun rasa tamak dalam dirinya membuatkan dia mulai terlibat dalam skim ponzi. Dia berjaya mewujudkan satu skim ponzi yang beroperasi sangat lama, dan berjaya mengumpulkan hampir $400 juta serta jutaan janji yang tidak bernilai kepada para pelabur mengenai operasi Trans Continental Airlines yang hanya wujud di atas kertas.

Dia kemudian digugat oleh tindakan perundangan daripada Sync dan Backstreet Boys, kerana mencalarkan imej mereka dengan skim ponzi dia.

Ketika dibicarakan, mangsa skim ditinggalkan dalam keadaan malapetaka. Lebih teruk, hakim memerintahkan Pearlman dipenjara selama 25 tahun di penjara Persekutuan.

Pada 2007, syarikatnya disahkan muflis.

Hakim akhirnya memberikan Pearlman pilihan pembebasan separa-awal dengan membenarkan cuti satu bulan setiap $1 juta yang Pearlman bantu mangsanya pulih daripada penipuannya.

Dan pada akhir 2019, dia sudah membantu menyelesaikan 24 kes mangsanya.

7. Nicolas Cosmo – $370 juta /

Nicolas Cosmo memang seorang perunding aset yang pintar. Namun dia salah guna kepakarannya dengan menipu dan memperdaya orang lain.

Pemilik kepada Agape World ini menipu mangsanya dan merembat lebih $370 juta menerusi skim ponzi.

Dia mensasarkan mangsa yang ada rumah dan wang persaraan.

Dia didapati bersalah dalam pertuduhan 99 mail fraud. Dia menggunakan dana $200 ribu daripada wang pelabur Agape untuk membayar pampasan.

Cosmo dipenjara 25 tahun, dengan 14 lagi jurujual Agape juga dikenakan tindakan selepas didapati bersalah bersuhabat menipu untuk mendapatkan komisyen yang dikatakan mencecah $50 juta secara terkumpul.

Ramai mangsanya hilang aset termasuk rumah dan duit persaraan mereka kerana melabur kesemua wang mereka ke dalam skim yang mereka anggap dipercayai.

6. James Paul Lewis Jr – $800 juta / RM1.5 billion

Ini dianggap skim ponzi yang paling lama beroperasi iaitu selama dua dekad. Menarik dan menipu duit pelabur sehingga $311 juta. Namun laporan SEC menyatakan jumlah keseluruhan penipuan adalah $800 juta.

Dia bermula dengan ahli gereja di Mormon, menjanjikan mereka pulangan 19% daripada perlaburan di IRA serta beberapa syarikat perkapalan lain.

James ditahan kerana jenayah penipuan dan dipenjara 20 tahun. Namun FBI hanya dapat merampas $11 juta selepas menjual asetnya yang disita. Dan selebihnya tak tahu dia letak duit tu kat mana.

5. Nevin Shapiro – $930 juta / RM3.8 billion

Nevin Shapiro mulai kantoi selepas beberapa tindakannya diragui dan menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur.

Nevin meraih $930 juta hasil penipuan ke atas pihak berkepentingan lain menggunakan syarikat Capitol Investments USA.

Shapiro, dihukum penjara 20 tahun untuk peranannya dalam skim Ponzi ini, menyatakan penipuan ini dengan membuat beberapa proses

Pertama, dia menyatakan dia membeli barang runcit melalui saluran borong kemudian mengedarkannya ke kedai untuk jualan yang lebih tinggi untuk membuat keuntungan;

dan kedua, dia akan memberikan hingga 26% komisen bulanan kepada pemodal di Capitol Investments. Tentunya, kedua-duanya tidak wujud dan dia mengalami kerugian sebanyak $82 juta setelah aset dirampas dan dijual.

4. Peter Lombardi – $1 billion / RM4.1 billion

Lombardi adalah penipu yang digolongkan sebagai “raja jantung” kerana mangsanya adalah pesakit HIV. Lombardi mengasaskan syarikat itu bersama dan mengajak orang ramai melabur di dalamnya.

Idea yang dilancarkannya adalah untuk membiayai viattical settlement daripada pesakit HIV ke atas syarikat farmasi. Lombardi berjaya menarik ramai pelabur dengan skimnya.

Dia menggerakkan organisasi dan mengaut sekilar USD 1 billion.

Namun, siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) pada tahun 2003 menemui tujuan sebenarnya adalah fraud, dan dia dijatuhi hukuman 20 tahun penjara.

Lombardi begitu mahir sehingga pihak berkuasa tidak dapat mengembalikan 50% wang yang dicurinya.

3. Tom Petters – $3.65 bilion /RM14.9 billion

Tom adalah penipu yang berbahaya kerana dia mempunyai hubungan yang mendalam dengan pelbagai industri. Dia juga memiliki beberapa syarikat borong, dan juga CEO syarikatnya sendiri, Petters Group Worldwide.

Semua yang mengenalinya menganggapnya sebagai ahli perniagaan yang hebat dan juga baik hati, suka menolong orang lain agar berjaya macam dia.

Reputasi dan imejnya dibina berdasarkan latar belakangnya dan membuatkan ramai percaya.

Namun, SEC dan FBI curiga apabila dia berterusan membeli barang barang dan aset yang berharga tanpa henti.

Penipuan Petters kantoi selepas seorang pembongkar rahsia / whistleblower iaityu Deanna Coleman, yang merupakan pembantuny sendiri membongkar perkara itu.

Deanna mendapat jutaan dollar menerusi skim itu, akhirnya tampil membantu untuk menamatkan penipuan Petters. Dia merupakan orang kanan Petters dan paling dipercayainya.

Petters dikenakan pertuduhan penipuan menggunakan surat, penipuan atas talian, wang haram, dan juga menghalang pihak berkuasa. Dia dipenjara 50 tahun. Daripada hidup mewah, dan memiliki perniagaan yang elok sebelum ini, dia menghancurkan dirinya kerana tamak. Dan terpaksa hadap makanan penjara pula.

2. Allen Stanford – $8 billion / RM32.7 billion

Kisah Allen seperti filem disney. Allen berpura-pura menjadi pewaris harta Leland Stanford, pengasas Universiti Stanford di California, dan dia berjaya menarik orang dengan identiti palsu.

Kemudian, Allen meminta mereka melabur yang kemudian wang pelabur disalurkan ke dalam akaunnya di luar negara. Dia juga menjual ijazah dan sijil palsu kepada mereka yang mahu mendapatkannya.

Allen hidup mewah dan membeli beberapa jet, helikopter, serta bot mewah.

Allen malah menyuap sejumlah ahli politik untuk melindunginya. Atas kejahatannya, Allen dijatuhi hukuman penjara 110 tahun. Dan ketika di penjara, pada 2009, dia mengutuk pengurusan penjara yang menurutnya seperti zaman gasar.

Di mana Allen dibelasah oleh banduan di sana dan 32 tulangnya patah.

1. Bernard Madoff – USD65 billion / RM266 billion

“Bernie” Madoff telah disebut sebagai penipuan skim ponzi yang terbesar dan terburuk dalam sejarah umat manusia kerana jumlah penipuannya yang luar biasa.

Korang pun mesti pernah terbaca atau terdengar kisah ini bukan?

Dia bermula sebagai ahli perniagaan biasa, Madoff meneruskan perjalanan ke Wall Street.

Setelah berjaya membina sistem NASDAQ, dia mulai digelar sebagai genius kewangan.

Bernie kemudian menggunakan ini untuk mengumpulkan pelabur. Pera pelabur diminta memberikan komitmen jangka panjang serta ditawarkan pelbagai bonus tambahan. Mereka juga dijanjikan pampasan yang tinggi jika ada berlaku apa apa kepada wang mereka.

Kecurigaan FBI timbul setelah Madoff tidak pernah melaporkan kerugian dari kegiatan perniagaannya.

Ternyata, dia menjalankan skim Ponzi paling rumit yang pernah ada dan dia mengumpulkan dana hingga $ 65 bilion. Selepas perbicaraan singkat, Madoff dijatuhkan hukuman penjara selama 150 tahun.

Ketika disumbat ke dalam penjara, laporan awal menyatakan Madoff merembat $18 billion, namun FBI menyiasat semula dan mendapai  jumlah sebenar adalah lebih $65 billion.

Madoff juga pernah cuba membunuh diri selepas dia dikantoikan oleh SEC. Madoff dan isterinya makan pil berlebihan untuk menamatkan riwayat mereka kerana malu dan tahu akibat perbuatan mereka.

Namun dia tidak mati. Malah ada yang menganggap neraka pun tak mahu menerimanya.

Dam dia dipenjara dan dikatakan membantu mereka yang memerlukan nasihat kewangan di dalam penjara untuk meninggalkan skim ponzi.