10 Penjaga Gol Dengan Rekod Gol Tak Masuk Akal Dalam Ketamadunan Manusia

Penjaga gol dan menjaringkan gol merupakan benda yang asing dan bukannya satu keperluan dalam skop kerja mereka.

Malah ramai yang melalui seluruh karier profesional tanpa sebarang gol sekalipun.

Namun di kalangan mereka yang ramai tak merasa gol itu, ada beberapa nama yang merasai detik menjaringkan gol.

Mereka adalah penjaga gol yang jiwanya terlalu dekat dengan gol pasukan lawan.

Berikut 10 senarai penjaga gol yang memiliki rekod gol yang sangat luar biasa di dalam karier mereka.

10. Fernando Patterson – 26 gol

Penjaga gol Costa Rica ini menjaringkan 13 gol untuk Club Xelaju sahaja dari 1999-2001. Beliau tidaklah seglamor nama yang lain yang akan anda baca selepas ini.

9. Dragan Pantelic – 26 gol

Penjaga gol yang memiliki 19 kaps untuk Uruguay. 15 gol untuk kelab FK Radnički Niš.

8. Misael Alfaro – 31 gol

Kariernya sekejap sahaja kerana kecederaan tengkuk. Penjaga gol El Salavador ini pakar sepakan penalti.

7. Hans-Jorg Butt – 32 gol

Bagi peminat bola sepak Eropah dulu dulu, nama ini bukannya asing.

Beliau merupakan pakar sepakan penalti. Namun terlibat juga insiden kelakar pada 2004 berdepan Schalke.

Di mana selepas dia mengambil penalti, Butt dengan gaya seorang YB meraikannya dengan melenggang. Dan akhirnya dia bolos terus.

Beliau menjaringkan 3 gol di dalam UCL. Ramai pemain yang mengimpikan menjaringkan gol di pentas UCL.

6. Marcio – 34 gol

Satu satunya penjaga gol yang masih aktif. Setakat ini sudah menjaringkan 34 gol. Beliau ada ratio menjaringkan 1 gol untuk setiap 13 perlawanan bersama pasukan lamanya, Atletico Goianiense.

5. Johnny Vegas Fernandez – 39 goal

Beliau menjaringkan 30 gol daripada penalti dan 9 daripada open play. Sepanjang 13 tahun karier beliau berpindah kelab sebanyak 14 kali.

4. Rene Higuita – 41 gol

Selain daripada dikenali dengan ‘scorpion clearance’ menentang England, Higuita juga memiliki rekod gol yang luar biasa.

Beliau antara penjaga gol yang memiliki kemampuan menggelecek yang tinggi dan juga merupakan pengambil sepakan percuma. Beliau merekodkan 3 gol untuk negaranya Colombia.

3. Dimitar Ivankov – 43 gol

Beliau adalah penjaga gol Eropah yang menyaingi ramai nama dari Amerika Latin. Beliau mencatatkan jumlah gol yang luar biasa di dalam kariernya.

2. Jose Luis Chilavert – 67 gol

Chilavert kekal menjadi satu satunya penjaga gol yang pernah menjaringkan hatrik. Menjaringkan 23 gol pada 2 musim bersama Velez Sarsfield, antara pencapaian terbaiknya.

Beliau dianggap ball playing keeper yang paling elegan selain daripada Higuaita. Di mana beliau memiliki footwork yang sangat baik.

1. Rogerio Ceni – 131 goals

Lebih dua kali ganda daripada rekod yang berada di tangga kedua. Beliau menjadi satu satunya penjaga gol yang menjaringkan lebih 100 gol.

Jumlah gol beliau ibarat penyerang. Menjaringkan 21 gol pada musim 2005, antara pencapaian luar biasanya.

Pakar sepakan penalti dan sepakan percuma. Sepakan percuma beliau dan level dengan Juninho Pernambucano. Di mana beliau menjaringkan 61 gol menerusi sepakan percuma.

Beliau bersara pada usia 42 tahun dan meninggalkan legasi yang sukar dipadamkan.

Baca yang lain