10 Perlawanan Terhebat Dalam Sejarah Survivor Series

Setiap tahun, apabila November tiba, peminat gusti seluruh dunia pastinya tidak sabar untuk menyaksikan PPV kedua terbesar WWE, Survivor Series.

Survivor Series merupakan acara kedua terbesar dari semua PPV anjuran WWE dibelakang WrestleMania.

Bermula dari 1987, terdapat banyak perlawanan yang luar biasa hebat dan detik yang tidak terlupakan telah terjadi dan kekal menjadi sebahagian dalam sejarah WWE.

Sebagai peminat gusti profesional, bagi menyemarakkan lagi semangat untuk menonton acara Survivor Series esok, di sini kita imbas semula 10 perlawanan terhebat pernah dilangsungkan sepanjang 34 tahun acara tersebut wujud.

10. Hulk Hogan vs. The Undertaker – 1991

Acara Survivor Series 2020 bakal menyaksikan WWE telah mengadakan ulang tahun ke-30 untuk The Undertaker sejak dari debutnya.

Ianya sebagai penghargaan kepada the Undertaker yang telah menghiburkan para peminat dengan aksi hebat dan menyeramkan beliau sepanjang 3 dekad ini.

Setahun selepas debutnya, The Deadman berjaya menjuarai kejuaraan dunia WWE pertamanya dalam satu perlawanan yang sungguh menakjubkan dengan menewaskan Hulk Hogan.

Paling segar dalam ingatan adalah ketika aksi campur tangan kontroversi Ric Flair dalam perlawanan tersebut yang turut menarik perhatian peminat.

9. Ric Flair vs. Triple H – 2005

Dalam perlawanan the last man standing yang sungguh menghiburkan itu, Triple H berjaya menewaskan bekas mentor yang telah menjadi musuhnya itu dalam aksi yang penuh brutal.

Beliau sama sekali tidak menunjukkan rasa belas kasihan terhadap mentornya itu dan menang perlawanan tersebut selepas teruk membelasah Ric.

Sejak dari perlawanan mereka berdua, tiada lagi perlawanan yang sehebat dan mengerikan seperti Ric dan The Game itu di acara Survivor Series, dan kerana itulah perlawanan ini berbaloi untuk ditonton berulang-ulang kali.

8. Randy Orton vs. Shawn Michaels – 2007

Perlawanan antara dua generasi yang sangat menarik untuk ditonton dengan Randy Orton pertaruhkan kejuaraan dunia miliknya ketika bertemu Shawn Michaels.

Kedua-dua mereka mempamerkan aksi pertarungan yang sungguh bertenaga dan tidak ada sedetik pon babak yang membosankan dalam perlawanan tersebut.

Walau HBK lebih berhak untuk menang dengan segala move set yang beliau pamerkan, namun gerakan RKO telah memastikan kemenangan milik Orton.

7. WWE Tag Team Championship – 2002

Andai perlawanan tag team yang menemukan Edge and Christian vs Dudley’s ve Hardy’s di acara TLC dianggap yang terhebat sepanjang zaman, perlawanan di acara Survivor Series ini juga tidak kurang hebatnya.

Pertembungan antara Edge/Mysterio vs Chavo Guerrero/Eddie Guerrero vs Chris Benoit/Kurt Angle di acara Survivor Series 2002 ini merupakan perlawanan paling menarik untuk disaksikan dengan aksi lincah yang dipamerkan oleh kesemua enam penggusti tersebut.

Pelbagai gerakan penyudah dilakukan hinggalah ke gerakan kunci mengunci, perlawanan penuh epik itu akhirnya berjaya dimenangi oleh Eddie dan Chavo.

6. Shawn Michaels vs. Bret Hart – 1992

Perlawanan yang menemukan kedua-dua penggusti ini merupakan perlawanan paling hangat di era mereka.

Hart dan Michaels ketika itu saling berlawanan untuk merebut kedudukan sebagai penggusti nombor satu dalam WWE.

Kedua-dua mereka mempamerkan aksi yang sungguh menakjubkan dan perlawanan ketika itu merupakan yang terhebat selain dari perlawanan mereka di Montreal.

Bret Hart berjaya menewaskan Shawn Michaels ketika itu, dan beliau dari awal dilihat lebih dominan dalam perlawanan tersebut.

5. The Undertaker vs. Batista – 2007

Dua penggusti di kemuncak karier, apa lagi yang peminat mahukan? Kedua-dua mereka telah mempamerkan aksi pertarungan terhehat dalam karier masing-masing.

The Undertaker hampir saja merampas kejuaraan heavyweight dunia milik Barista, namun dek kerana gangguan dari Edge beliau telah tewas dalam perlawanan sangkar neraka itu.

4. Team SmackDown vs. Team Raw – 2016

Dua pasukan, 10 penggusti dan kesemua mereka menyajikan aksi perlawanan yang sungguh hebat dalam tempoh hampir satu jam.

Perlawanan lima lawan lima antara mereka merupakan yang terhebat sepanjang zaman dengan kedua-dua pasukan membariskan penggusti terhebat dari jenama masing-masing.

Perlawanan tersebut berjaya dimenangi oleh jenama Smackdown hasil dari persembahan mantap yang dipamerkan oleh gandingan Bray Wyatt dan Randy Orton.

Perlawanan ini membuktikan bahawa acara lima lawan lima di acara Survivor Series merupakan perlawanan paling menarik untuk ditonton.

3. Bret Hart vs. Diesel – 1995

Diesel tampil dalam perlawanan No Holds Barred ini sebagai Juara bertahan, namun, Hart sendiri pula telah membuktikan kepada dunia bahawa beliau juga seorang penggusti hebat yang harus diberi perhatian.

Walaupun Diesel memiliki lebih banyak kelebihan dari segi ketinggian dan saiz badan, namun Hitman tetap berjaya mendominasi pertarungan tersebut dengan kelincahan dan aksi yang mengagumkan.

Hart berjaya membuktikan kepada peminat seluruh dunia mengapa beliau dikatakan penggusti terhebat ketika itu dengan aksi yang sungguh mengujakan.

2. Elimination Chamber Match – 2002

Perlawanan ini merupakan perlawanan Elimination Chamber pertama yang dianjurkan oleh WWE di acara Survivor Series pada tahun 2002.

Ianya merupakan perlawanan yang melibatkan penggusti terbaik dalam WWE pada ketika itu seperti Rob Van Dam, Chris Jericho, Shawn Michaels, Triple H, Kane dan Booker T.

Kesemua mereka bertarung dalam perlawanan ini untuk merebut kejuaraan heavyweight dunia WWE.

Kesemua penggusti memberikan yang terbaik dan membuktikan mengapa mereka berhak untuk menjadi pencabar kepada sabuk kejuaraan heavyweight dunia WWE itu.

Perlawanan yang penuh dengan aksi itu
berlangsung selama hampir 39 minit dan berjaya dimenangi oleh Shawn Michaels.

1. Bret Hart vs. Steve Austin – 1996

Tidak mengejutkan mengapa Hart sekali lagi berada dalam senarai ini, hal ini kerana beliau sememangnya seorang penggusti yang berbakat dan hebat ketika era kegemilangannya.

Austin ketika itu merupakan penggusti underdog, usahanya dalam perlawanan ini harus diberikan perhatian namun beliau lebih memilih apa yang terbaik untuk syarikat berbanding peroleh kemenangan dengan menewaskan penggusti bernama besar seperti Hart.

Peminat mahukan Bret untuk memenangi perlawanan itu, dan Stone Cold membantu dalam memberikan aksi hebat yang menyebabkan perlawanan ini dianggap antara perlawanan terhebat dalam sejarah Survivor Series.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.