Satu ketika dahulu, sinetron Indonesia ni boleh dikatakan seperti K-drama ketika ini, menjadi kegilaan di Malaysia.
Berikut 10 Sinetron dari Indonesia yang diminati di Malaysia satu ketika dahulu.
1. Bawang Merah Bawang Putih
Memang ini kena ada dalam senarai. Kalau tak ada memang kena kecam teruk artikel ni.
Kisah dia berkisarkan kepada dua adik beradik tiri iaitu Alya dan Siska. Di mana Alya seringkali dianiayai Siska dan ibu tirinya Rika.
Namun Alya tak berseorangan, kerana ada bu peri yang selalu membantunya.
Tak lupa teknik zoom muka terkejut sambil slow mo berulang.
2. Malin Kundang
Kisah legenda Si Tanggang di Malaysia, namun di seberang ianya digelar Malin Kundang.
Kisah seorang kaya yang angkuh dan sombong banget.
3. Intan
Ini antara sinetron yang terawal ditayangkan di stesen berbayar Astro.
Kisah seorang wanita yang baru kehilangan suaminya yang terlibat nahas kemalangan.
Dia kemudian bertemu seorang doktor yang syok dan nak try dia. Namun cinta mereka adalah terlarang.
4. Putri Yang Terbuang
Ini antara sinetron yang paling dramatik dan sarat dengan kejutan.
Biasalah sinetron Indonesia, apabila si gadis bernama Puteri maka dia bertemu dan jatuh hati dengan mamat yang bernama Raja.
Drama ini menaikkan populariti Marshanda di Malaysia.
5. Olivia
Mirip kepada She’s The Man. Olivia sangat minat bermain bola, hari hari Olivia bermain bola.
Namun oleh sebab dia perempuan, dia tak dapat bermain dalam pasukan.
Lalu Olivia mengubah imejnya menjadi jantan dengan identiti Ruben, abang kembarnya.
Drama lakonan Raffi Ahmad dan Velove Vexia sarat dengan romantik dan komedi.
6. Nada Cinta
Drama ini menaikkan nama Randi Pangalila di Malaysia. Turut dibintangi Mikha Tambayong.
Kisah cinta dua anak muda yang juga penuh liku dan ia disampaikan dalam bentuk drama muzikal.
Memang gola
7. Safa Dan Marwah
Ini sinetron paling legend kerana ianya ada 200 episod. Tak pasti ada ke penonton yang mampu menamatkan semua episodnya.
Kisah dua gadis yang berbeza iaitu Safa dan Marwah. Di mana Safa adalah gadis biasa dan Marwah gadis kaya.
Mereka bertemu di kolej. Banyak konflik berlaku termasuk, Safa sebenarnya baru tahu bahawa Siti bukan ibunya.
8. Jelita
Drama lakonan Agnes Monica di mana OST drama ini Matahariku memang padu.
Mengisahkan Jelita yang ada isu kepercayaan dengan orang kaya. Kerana ibunya selalu berpesan kepadanya bahawa orang kaya ni sombong dan suka mengambil kesempatan.
Jelita kemudian syok dengan Bayu – tanpa mengetahui bahawa keluarga mereka bermusuhan.
9. Cinta Kirana
Nama Nia Ramadhani dan Randi Pangalila memang popular di Malaysia. Jadi ini membantu menaikkan lagi populariti sinetron ini.
10. Upik Abu dan Laura
Oppie dan Laura adalah dua remaja yang sangat berbeza latar belakang mereka, baik dari segi karakter mahupun kehidupannya.
Oppie (Alyssa Soebandono) adalah seorang gadis pintar, sangat sederhana, pekerja keras dan anak yatim piatu. Dia tinggal bersama kakaknya, Rangga (Irwansyah), di sebuah rumah yang sekaligus menjadi tempat anak anak yatim berteduh.
Sedangkan Laura (Cinta Laura Kiehl), adalah seorang gadis cantik, manja, liar, kaya, gaul, dan sombong. Hidup mewah itu daripada keluarganya.
OST You Say Aku comel je Laura masa ni.
11. Benci Bilang Cinta
Drama ni kelakar. Kisah dua anak muda yang terpaksa bercinta selepas berkahwin.
11. Mutiara Hati
Kisah berkisar pada seorang budak comel yang banyak persoalan yang dia ingin tahu jawapannya.
Senarai lain:
- Liontin
- Sejuta Cinta Marshanda
- Kejora dan Bintang