10 Unit G-SHOCK X ONE PIECE Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM1,049.00, Namun Korang Kena Sertai Peraduan Khas

Ada berita baik kepada kolektor G-Shock dan lebih baik jika korang peminat One Piece pada masa yang sama.

Ini kerana G-Shock edisi One Piece akan masuk ke pasaran Malaysia. Ianya adalah sebahagian daripada usahasama G-Shock dengan beberapa jenama Manga dan Anime yang mereka umumkan pada awal tahun ini.

Dan syarikat tersebut mengesahkan bahawa G-Shock edisi One Pice akan dijual di Malaysia tak lama lagi.

Pada awalnya, edisi terhad ini diumumkan pada Julai. Namun ianya akan masuk ke pasaran Malaysia pada akhir bulan ini.

Dengan statusnya yang edisi terhad, jadi korang faham fahamlah. Ia akan menjadi barang yang rare dan sukar untuk dimiliki.

Untuk keluaran dan edaran pertama di Malaysia hanya ada 10 utas jam tangan G-Shock x One Piece yang akan tersedia untuk dimiliki di Malaysia.

Dan ianya akan dikeluarkan di The Japan Store, Isetan, Kuala Lumpur pada 14 Ogos ini. Bermakna korang berharap rezeki memihak korang pada kali ini.

Casio mengeluarkan G-SHOCK model kolaborasi dengan One Piece. Jam ini memnampilkan watak yang tersu berkembang dan semakin kuat iaitu Luffy.

Anda berpeluang untuk mendapatkan edisi terhad G-SHOCK x ONE PIECE ini dengan menghantar penyertaan anda. Ianya terhad kepada 10 utas ataupun 10 unit sahaja.

Peraduan berdasarkan cabutan pemenang bertuah itu bermula pada 4 Ogos bermula 12 petang sehingga 11 Ogos pada 8 malam.

Korang boleh pergi ke Isetan dan menyatakan bahawa korang nak menyertai peraduan ini.

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 14 Ogos menerusi media sosial.

Pemenang akan diumumkan oleh penganjur secara individu sebaik sahaja keputusan diumumkan. Pemenang akan dipilih secara rawak. Dan pemenang akan berpeluang untuk mendapatkan edisi terhad G-SHOCK x ONE PIECE.

Pemenang diminta untuk membeli G-SHOCK X ONE PIECE di Isetan – The Japan Store dari 15 Ogos sehingga 20 Ogos dari 11 pagi sehingga 9 malam. Kegagalan berbuat demikian membuatkan kemenangan korang dibatalkan.

Isetan mengalu alukan orang ramain menyertai perauduan tersebut dan setiap peserta perlulah terdiri daripada ahli IMC Isetan Kuala Lumpur dengan kad pengenalan yang sah. Isi borang di the raffle.

Setiap peserta hanya boleh terlibat dalam satu penyertaan sahaja.

Harga untuk seutas G-SHOCK x ONE PIECE (GA-110JOP-1A4DR) adalah RM1,049.00.

Pemenang harus menunjukkan kad keahlian Isetan KL ketika menuntut hadiah untuk verifikasi.

G-SHOCK Casio Malaysia berhak untuk membatalkan kemenangan atas penilaian diorang secara muktamad.

Untuk lebih informasi, korang boleh rujuk web ini: Isetan G-SHOCK X ONE PIECE