100 Unit Sony Playstation Versi Bersalut Emas Untuk Dimiliki, Ini Video Pengenalannya

Pelancaran Sony PlayStation 5 ke pasaran masih perlu menunggu beberapa bulan lagi.

Ianya diklaim oleh Sony sebagai konsol permainan paling power apabila ianya dikeluarkan kelak.

Sudah ramai yang menunggu konsol permainan terbaru daripada Sony itu untuk dibawa pulang.

Sebuah syarikat khas yang berpusat di London, England berhasrat untuk membawa peranti ini dalam bentuk yang disalut emas.

Sebuah syarikat bernama Truly Exquisite mendakwa akan mengeluarkan versi PlayStation 5 yang telah dilapik dengan emas.

Secara spesifik, syarikat mengatakan mereka akan mengeluarkan PlayStation 5 versi 24K Gold, Platinum, dan 18K Rose Gold.

Unit PlayStation bersalut logam emas itu akan dijual secara terhad, dan Truly Exquisite hanya dapat mengeluarkan 100 unit untuk versi PlayStation 24K Gold.

Dalam versi Emas 24K, warna emas tidak hanya meliputi peranti, tetapi juga alat dengar dan konsol.

Hingga kini, tidak ada informasi harga atau tarikh ianya akan dikeluarkan. Jadi korang kena pergi ke laman web Truly Exquisite untuk menerima kemas kini mengenai maklumat mengenai pra-pesanan dan pengeluaran.

Saksikan video pengenalan di sini:

Sementara itu, Sony memberikan maklumat terperinci tambahan mengenai ketersediaan PlayStation 5 yang akan datang. Menurut halaman Reddit yang menggariskan maklumat dari laman web PlayStation Direct, pelanggan hanya dapat membeli satu unit PlayStation 5 setiap orang.

Sekiranya demikian, ini mungkin cara Sony menguruskan permintaan pasaran yang sangat dinanti. Dianggarkan, Sony akan mengeluarkan 10 juta PlayStation 5 unit.

Baca yang lain