11 Drama Korea Yang Power Semacam Korang Boleh Layan Di Netflix

Malaysia masih lagi berusaha memutuskan rantaian wabak yang melanda. Salah satu saranan utama kerajaan pastinya kekal duduk di rumah.

Jadi menonton drama di Netflix antara kegemaran kita semua. Pastinya K-drama antara pilihan ramai. Berikut adalah 11 drama Korea yang korang boleh try layan di Netflix.

1. Crash Landing On You

Son Ye Jin dan Hyun Bin dua nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Kisah tentang usahawan wanita bernama Yoon Se Ri yang terdampar di Korea Utara.

Oleh kerana cuba mengelakkan diri mereka kantoi membenarkan orang Korea Selatan lolos di sempadan mereka, maka sekumpulan tenteran Korea Utara melindungi Se Ri dan cuba menghantarnya ke Korea Selatan.

Kisah romantik komedi dan aksi ini sangat menarik. Bagaimana Yoon Se Ri melalui banyak halangan. Ri Jeong Hyeok cuba membantunya, namun bukan mudah.

Di mana mereka mulai menjadi buruan tentera korup yang sangat bahaya.

2. It’s Okay Not To Be Okay

Drama ini antara drama paling popular pada 2020. Pengarang buku kanak-kanak terkenal Ko Moon Young (Seo Ye Ji) bertemu dengan Moon Gang Tae (Kim So Hyun), seorang penjaga di wad psikiatri, ketika dia datang ke hospitalnya untuk membaca cerita kepada anak-anak yang sakit.

Ini adalah salah sebuah drama dengan lakonan paling power daripada Seo Ye Ji.

Adik lelaki Gang Tae, Sang Tae, adalah autisme dan peminat Moon Young,. Selepas pertemuan pertama yang mengerikan, kedua-duanya mendapati bahawa mereka saling berkaitan dengan kisah latar belakang yang tragis dan masa lalu yang saling berkaitan.

3. When The Camellia Blooms

Oh Dong-baek (Gong Hy Jin) meruapakan ibu tunggal yang berpindah ke tempat baru dan membuka bar bernama Camellia. Ramai perempuan di kampung itu tak suka dengannya.

Dong Baek kemudian memenangi hati pegawai polis Hwang Yong-sik. Nampak macam sweet kan? Sebenarnya cerita ini tentang pembunuh upahan, dan mangsa seterusnya adalah Dong Baek. Dan Yong Sik cuba melindungi Dong Baek dan anaknya daripada menjadi mangsa.

4. Mr. Sunshine

Dalam drama tempoh ini, Eugene Choi (Lee Bung Hyung) melarikan diri ke A.S. setelah dilahirkan menjadi hamba semasa era Joseon (dinasti terakhir sebelum lampiran Korea dari Jepun).

Choi kembali ke Joseon dalam misi dan bertemu Go Ae-shin (Kim Tae Ri), seorang wanita bangsawan yang secara diam-diam memperjuangkan kemerdekaan Korea.

Choi dan Ae-shin jatuh cinta dan harus mengatasi perbezaan status mereka, perkahwinan Ae-shin dengan bangsawan Kim Hee-Sung, dan rancangan Kerajaan Jepun untuk menjajah Korea.

5. Hospital Playlist

Drama ini seperti Grey’s Anatomy + Friends. Mengisahkan 5 doktor yang menjadi sahabat sejak di kolej perubatan lagi. Dan mereka bekerja di Yulje Medical Center.

Dramai ini salah satu drama dengan rating tertinggi di Korea pada 2020 dan dikatakan akan menemui peminat pada 2021 untuk musim kedua.

6. Start Up

Anda mahukan drama yang membawa kepada tema cabaran anak muda pada hari ini dan diselit dengan komedi romantik? Ini untuk anda.

Dalam Start-Up, watak pelakon popular Bae Suzy dan Nam Joo-hyuk berusaha untuk mencapai impian mereka di tempat yang disebut Sand Box, tempat yang indah di Silicon Valley dengan banyak syarikat permulaan.

Seo Dal-mi (Bae Suzy) bermimpi menjadi Steve Jobs atau Mark Zuckerberg. Sebaliknya, bekas juara matematik kanak-kanak Nam Do-san (Nam Joo-hyuk) adalah pengasas sebuah syarikat yang sedang bergelut.

Dal Mi ketika remaja hidup bertemankan surat daripada Nam Do San. Dan ketika besar, dia mencari lelaki itu. Dia mulai dilanda persoalan sama ada dia cintakan Do San 15 tahun lalu ataupun yang dia sedang kenali sekarang?

Drama ini juga membangkitkan cabaran anak muda pada hari ini dalam usaha membangunkan syarikat mereka sendiri. Cinta, dan kerja? Ada dalam drama ini. Saksikanlah!

7. Record of Youth

Model fesyen dan rakan baik Sa Hye-Joon dan Won Hae-Hyo bercita-cita menjadi pelakon yang berjaya. Mereka berkawan dengan An Jung-Ha(Park So-Dam – Parasite), yang berhenti dari pekerjaannya untuk meneruskan minatnya sebagai jurusolek.

Mereka kini cuba menghidupkan impian di dalam industri kejam, dengan status sosial yang berbeza. Hye-Joon dan An Jung-Ha bercinta, dan ianya mengajar mereka menjadi lebih dewasa dan belajar tentang memberi dan menerima.

8. Reply 1988

Berkisar tentang cerita di sekitar budaya Korea pada tahun 1988 – Sukan Olimpik Seoul adalah titik plot utamanya. Kisah lima rakan sekolah menengah yang tinggal di sebuah bandar kecil. Termasuk kisah cinta dan percintaan, memasuki ruang kuliah dan banyak nostalgia tahun 80-an.

Mereka daripada pelbagai latar belakang telah menjalani cabaran yang berbeza di dalam hidup.

9. Something In the Rain

Yoon Jin-ah adalah seorang wanita berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah syarikat kopi, sementara Seo Joon-hee adalah adik lelaki 20-an dari sahabat karib Jin-ah Kyung-Sun.

Setelah meluangkan masa bekerja di luar negara, Joon-hee kembali ke Korea Selatan dan bertemu kembali dengan Jin-ah, yang biasa melihatnya sebagai seorang kanak-kanak, tetapi sekarang, sebagai sesuatu yang berbeza.

Kedua-duanya menjalani hubungan dan perbezaan usia, yang bergantung pada pertimbangan dan kebencian orang lain.

10. Private Life

Lee Jeong-Hwan (Ko Gyung-Pyo) meruapakan spy di sebuah agensi yang terkemuka. Dia kemudian bertemu dengan Cha Joo-Eun (Seohyun SNSD) yang merupakan gadis penipu dengan wajah yang sweet serta innocent.

Joo Eun pernah discam teruk oleh Jeong Bok-Gi (Kim Hyo-Jin) yang akhirnya menjadi rakannya dalam mengesan Edward Kim.

Lee Jeong Hwan kemudian pelik kerana seolah olah ada plot cuba memerangkap Joo Eun – yang merupakan isterinya. Lalu mereka mencari jawapan.

11. Do Do Sol Sol La La Sol

Ia cerita tentang pemain piano yang comel bernama Gu Ra-ra (Go A Ra), yang hidupnya yang berada dalam fasa paling sukar ketika kewangan keluarganya teruk dan muflis.

Gu Ra Ra sangat kecewa dan bertemu Sunwoo Jun (Lee Jae Wook) yang misterius di akademi piano. Sunwoo seorang lelaki pemarah yang senang menjalani gaya hidup bebas sebagai freelancer.

Sunwoo seorang yang tidak memiliki matlamat hidup yang jelas.

Dengan ketawa, air mata dan cinta, mereka ada sesuatu yang istimewa antara satu sama lain dalam kehidupan mereka selepas itu.

Baca yang lain