11 Manga Paling Laku Keras Sepanjang Zaman, Detective Conan Ciduk Slam Dunk

Share on facebook
Share on twitter

Komik Manga dari Jepun ternyata memiliki peminatnya yang sangat ramai. Ianya berbeza dengan komik lain.

Manga merupakan salah satu jenama global yang penting untuk Jepun. Malah dalam Sukan Olimpik mereka pun menggunakan watak Manga sebagai ikon / duta.

Berikut adalah 11 Manga Jepun paling laris sepajang zaman.

11. Doraemon

Jika korang peminat tegar Manga, tak sahlah untuk tidak membaca ataupun membincangkan komik Doraemon. Sebab tu aku letak top 11, nanti tak ada nama Doraemon, memang kena kecam teruk artikel ni.

Antara manga yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Mengisahkan tentang seekor kucing yang merupakan perentas masa / time traveler.

Doraemon bertemu dengan Nobita dan menyelesaikan 1,001 masalah kanak kanak yang naif dan kerap dibuli itu.

Doraemon dicipta pada 1969 oleh Fujiko Fujio. Dan ianya telah dijual lebih 100 juta salinan di seluruh dunia.

10. Astro Boy

Astro Boy merupakan manga yang berasaskan tema sci-fi. Heronya adalah robot yang dicipta oleh saintis selepas insiden tragik. Kisahnya sangat emosi juga, di mana Astro Boy pernah dijual kepada sarkas, namun diselamatkan oleh warga emas bernama Ochanomizu.

Ochanomizu membantu Astro Boy hidup dalam keluarga Android. Komik ini dihasilkan oleh Osamu Tezuka pada 1952. Dan sudah terjual juga lebih 100 juta salinan di seluruh dunia.

9. Bleach

Manga ciptaan Tite Kubo ini dihasilkan pada 2001. Ianya memang manga siri yang moden. Di Shonen Jump, ianya dijual secara mingguan.

Mengisahkan pemuda bernama Ichigo Kurosaki yang mengetahui dirinya ada kuasa Soul Reaper.

Manga ini terjual sebanyak 120 juta salinan dan terdapat 74 siri.

8. Slam Dunk

Korang nak cari manga sukan yang feel good, emosi, kelakar dan penuh dengan pendidikan tentang bola keranjang? Slam Dunk harus dalam carian anda.

Kisah pelajar sekolah tinggi Hanamichi Sakuragi yang gila gila dan sukar dijangka. Pemain yang berbakat namun seringkali buat benda yang bukan bukan.

Dia menyertai bola keranjang kerana nak menjadi popular di kalangan gadis.

Komik ciptaan Takehiko Inoue pada 1990 ini berakhir pada 1996. Dan sudah terjual sebanyak 121 juta salinan seluruh dunia.

Dan ia menjadi manga sukan paling laris sepanjang zaman.

7. Oishinbo

Korang pernah dengar tak Oishinbo? Jika tak, korang kena cari.

Ini dikira manga legend juga di Jepun yang berasaskan makanan. Kegilaan orang Jepun kepada makanan membuatkan siri ini sangat popular.

Manga yang dicipta pada 1983 oleh Tetsu Kariya dan Akira Hanasaki ini dilaporkan masih lagi aktif. Sehingga kini lebih 130 juta salinan terjual.

6. Kochikame

Manga ini dihasilkan pada 1976 oleh Osamu Akimoto. Tidak begitu popular di luar Jepun. Namun penjualannya sangat luar biasa iaitu sebanyak 157 juta salinan sudah dijual sehingga kini.

Mengisahkan polis bernama Kankichi ‘Ryo’ Ryotsu yang terlibat dengan skim buat duit. Komik ini penuh dengan komedi dan paparan realiti kehidupan polis. Manga ini ada 200 siri kesemuanya.

5. Golgo 13

Bertemakan thriller, Golgo 13 antara manga yang sangat bagus. Satu lagi manga yang dalam kategori siri panjang. Mengisahkan pembunuh upahan bernama Duke Togo yang memiliki skil yang luar biasa.

Komik ini dilancarkan pada 1968 dan pelukisnya bernama Takao Sait0o. Manga 186 episod ini telah terjual lebih 200 juta unit.

4. Detective Conan

Siapa perlukan Sherlock Holmes apabila kamu ada Detective Conan?

Detektif yang bertubuh kecil dan menjadi kegerunan semua penjenayah. Dia menyelesaikan masalah dengan kegeniusan dan pemerhatian yang luar biasa. Pembaca sangat menikmati plot twist dan penyelesaian masalah yang sangat rumit.

Manga ini dicipta pada 1994 oleh pelukis Gosho Aoyama. Dan sudah terjual lebih 200 juta salinan kesemuanya.

3. Naruto

Salah satu manga yang paling berpengaruh dan memiliki fandom yang sangat ramai di seluruh dunia. Siri manga ini sangat popular pada 2000-an.

Kisah hero yang underdog berimpian menjadi ninja paling kuat. Jalan ceritanya sangat menarik, di mana Naruto perlu menempuhi pelbagai rintangan untuk membuktikan kepada orang di sekelilingnya bahawa dia boleh menjadi Hokage.

Masashi Kishimoto mencipta Naruto pada 1999 dan berakhir pada 2014. Ada 72 volume kesemuanya dan sudah terjual lebih 220 juta salinan di seluruh dunia.

2. Dragon Ball

Komik ni antara sebab korang dulu ikat perut kat sekolah untuk membeli naskah baharunya.

Manga ikonik ini mengisahkan Son Goku yang berlatih untuk menjadi pahlawan tempur terkuat. Ketika dia membesar, dia mendapat tahu bahawa dia adalah orang Saiya dan ada kuasa luar biasa.

Goku bertarung dengan ramai villain yang ikonik termasuk Freeza, Cell, Majin Buu dan banyak lagi.

Dragon Ball adalah mutiara yang perlu dikumpul sebanyak 7 biji kesemuanya untuk seseorang itu boleh ditunaikan hajatnya.

Komik ini dihasilkan pada 1984 oleh Akira Toriyama. Dan ia berakhir pada 1995 dengan keseluruhan 42 siri kesemuanya. Siri Dragon Ball sudah terjual sebanyak lebih 240 juta salinan di seluruh dunia. Salah seorang penyumbang tegar kepadanya mungkin korang.

1. One Piece

Sorry Goku dan Naruto, berikan tanda hormat kepada Monkey D. Luffy. Komik ini mengisahkan seorang pelayar muda yang mahu menjadi raja lanun.

Selepas mengumpulkan krewnya, Luffy dan anak kapalnya telah pergi mencari harta karun legenda One Piece.

Manga itu dicipta pada 1997 oleh Eiichiro Oda. Dan undisputed winner dalam pertarungan manga paling laku. Ini kerana ianya terjual lebih 430 juta di seluruh dunia. Ianya hampir 2 kali ganda jualan Naruto.

 

Baca yang lain

Dan Tiba Tiba Liverpool Membida Dembele

Liverpool dilaporkan berminat untuk menandatangani pemain sayap Barcelona Ousmane dembele musim panas ini. Dembele merupakan pemain yang agak berkaca. Di mana rekod