11 Penipuan Yang Memalukan Di Dalam Dunia Sukan

Penipuan di dalam sukan membuatkan sukan menjadi dikhianati. Walaupun ada pingat yang ditarik dan kemudian diberikan kepada mereka yang berada di tangga kedua, tetapi mana syok kan? Sebab podium sudah dirampas.

Berikut 11 penipuan paling lahanat di dalam dunia sukan.

1. The Black Sox

Pada 1919, lapan pemaine Chicago White Sox telah jual game ketika aksi World Series berhadapan Cincinnati Reds. Mereka semua terlibat dalam perjudian.

Mereka ditawarkan  $100,000 untuk kalah dalam perlawanan tersebut. Skandal itu digelar The Black Sox Scandal. Kesemua pemain yang terlibat digantung seumur hidup.

2. Lance Armstrong

Salah satu kes skandal penipuan sukan paling sistematik dan rumit. Kerana ianya dirancang dan dilakukan dengan seteliti mungkin.

Jaguh acara jelajah basikan dan juara tuju kali Tour de France – Lance Armstrong beberapa kali menafikan dan bermain dengan sentimen bahawa dia ada adalah pelawan kanser.

Daripada kisah inspirasi sang pelawan kanser, namanya jadi kotor sekotornya selepas membuat pengakuan tentang perkara itu.

3. Skandal pasukan bola keranjang paralimpik Sepanyol

Ianya skandal penipuan pali tidak bermaruah oleh Sepanyol berlaku pada tahun 2000.

Mereka memalsukan rekod ujian IQ para pemain mereka untuk memastikan mereka bermain berdepan dengan orang kelainan upaya. Hanya dua orang sahaja pemain yang benar benar OKU. Sepuluh lagi tidak ada kekurangan upaya langsung.

Pingat emas mereka ditarik dan digantung daripada dua temasya.

4. Skandal steroid Jerman Timur

Pada tahun 1960-an, 70-an dan 80-an Jerman Timur memenangi banyak pingat Olimpik, memecahkan rekod dunia dalam beberapa acara, terutama sekali di kolam renang.

Namun pada abad ke-21, hampir 200 bekas atlet Jerman Timur telah memfailkan saman ke atas gergasi farmasi Jerman Jenapharm telah membekalkan mereka steroid sepanjang karier mereka.

Organisasi yang ditaja oleh kerajaan ini menggunakan steroid anabolik Oral-Turinabol, yang membina otot dan pemulihan yang lebih baik, tetapi kemudian menyebabkan atlet menderita barah, masalah jantung dan kemandulan.

Sebilangan besar atlet tidak tahu apa yang berlaku, diberitahu bahawa steroid yang diberikan kepada mereka oleh pelatih adalah vitamin. Semua diungkapkan dengan berakhirnya Komunisme dan penyatuan semula Jerman.

5. Bloodgate

Dalam ragbi, kecederaan yang ada darah pada pemain bermaksud mereka harus diganti untuk dirawat, walaupun pemain yang masuk sudah dikeluarkan sebelum itu.

Pada tahun 2009, pemain sayap Harlequins, Tom Williams secara diam-diam menggigit kapsul darah palsu (yang diberikan kepadanya oleh jurulatihnya, Dean Richards) agar dia dapat digantikan dengan Nick Evans, yang telah diganti sebelumnya.

Quins kalah dalam pertandingan itu, tetapi perbuatan mereka diketahui. Dam Williams digantung selama empat bulan. Sementara Richards digantung selama tiga tahun.

6. Rosie Ruiz

Rosie Ruiz antara wanita yang telah mengubah sejarah marathon supaya menjadi lebih sistematik.

Dia memenangi Boston Marathon dengan catatan masa 20 minit lebih pantas daripada catatan terbaiknya.

Rosie berlakon memperlihatkan dirinya keletihan dan hampir pitam di garisan penamat. Namun selepas disiasat rupanya dia menaiki tren dan hanya berlari di 1 batu terakhir.

7. Tonya Harding

Pada 1994, jagaon ice skating, Nancy Kerrigan telah diserang sekumpulan lelaki yang memukul lututnya, membuatkan dia tidak dapat menyertai U.S. Figure Skating Championship.

Kemudian, serangan itu dikaitkan dengan rakan senegara Kerrigan iaitu seterunya Tonya Harding.

Tonya menafikan penglibatannya. Namun dia dikenakan tindakan kerana mengganggu siasatan. Kisah ini dinaskahkan dalam filem yang dicalonkan di dalam Oscar pada 2017 berjudul, I, Tonya.

8. Deflategate

Ianya skandal dalam NFL melibatkan New England Patriots   dalam playoff AFC pada 2015. Mereka memanipulasi bola yang dipam pada kadar yang tertentu untuk menjadikannya lebih ringan. Mereka dapat berlatih dengan bola itu dan menang mudah.

The Pats didenda $1 juta dan terpaksa kehilangan quarterback bintang mereka – Tom Brady.

9. Sochi 2014

Rusia menubuhkan program doping yang ditaja oleh kerajaan di sebilangan sukan yang berbeza selama 50 tahun terakhir. Dan ia dibocorkan oleh whistleblower / pemberi maklumat.

Agak mengejutkan, skandal ini melibatkan bekas pengarah makmal anti-doping nasional Rusia, Dr. Grigory Rodchenkov.

Walaupun tuduhan itu merangkumi pelbagai sukan dalam jangka masa yang panjang, terutama sekali berkaitan dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 di Sochi.

Laporan McLaren 2016, yang ditugaskan oleh WADA (Agensi Anti-Doping Dunia), menunjukkan bahawa “sistem failafe yang dikendalikan oleh negara dikendalikan untuk melindungi atlet Rusia yang meragukan”  agar ia menjadi “tidak diragukan lagi”.

10. Calciopoli

Jangan kata anda peminat bola sepak kalau tak pernah dengar skandal ini. Ianya melibatkan intergriti pengadil dan skandal menaikkan imej Juventus atas arahan Luciano Moggi.

Berlaku skandal mengatur perlawanan yang teruk di Itali. Dianggap skandal bola sepak paling teru di Itali.

4 kelab (AC Milan, Fiorentina, Lazio dan Reggina) dipotong mata. Sementara Juventus disingkir ke Serie B. Moggi digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti bola sepak.

11. Ben Johnson

Salah satu skandal paling teruk di dalam sejarah olimpik. Muscle Ben Johnson menjadi sasa dengan mendadak dalam temasya Olimpik 1988.

Pelari Kanada itu kemudiannya didapati mengambil steroid. Majlis Olimpik Antarabangsa menarik pingat emasnya. Namun tak dapat nak berikan kepada atlet lain. Kerana kesemua mereka yang bertanding dalam final juga terkait skandal doping.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan