11 Statistik Pecah Kepala Yang Dicatatkan Liverpool Selepas Menang Semalam

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka dalam kempen liga musim ini. Liverpool menang 1-0 ke atas Norwich City di Carrow Road.

Liverpool terpaksa menunggu lewat untuk mendapatkan gol pertama. Ianya hadir pada minit ke-78 menerusi pemain gantian, Sadio Mane.

Dan berikut 11 statistik yang tak masuk akal dicatatkan Liverpool setakat ini.

1. Liverpool 25 mata di puncak

Liverpool kini menjarakkan diri 25 mata daripada Manchester City. Ia adalah jarak mata yang sangat jauh, dan yang paling jauh oleh pendahulu liga dalam 5 liga utama Eropah.

Jurang mata yang jauh ini juga mencerahkan lagi peluang Liverpool untuk mengakhiri penantian kejuaraan liga setelah sekian lamanya.

2. Sudah 43 perlawanan liga tak kalah

Liverpool kini sudah 43 perlawanan liga sudah tak kalah. Korang pun mesti susah nak ingat, bila kali terakhir korang kalah.

Hanya Arsenal yang memiliki rekod lebih banyak pada musim Invincible dengan 49 perlawanan.

3. Clean sheet 10 daripada 11 perlawanan

Liverpool mencatatkan 10 clean sheets daripada 11 perlawanan EPL terakahir mereka. Alisson kini sudah mencatatkan 10 clean sheets juga musim ini walaupun beliau berehat panjang pada awal musim kerana kecederaan.

4. Kemenangan berturut-turut

Liverpool mencatatkan 17 kemenangan berturut-turut di dalam EPL. Hanya satu kemenangan lagi dibezakan dengan rekod 18 perlawanan dicatatkan oleh Manchester City pada Ogos-Disember 2017.

Musim tersebut Man City menamatkan saingan liga dengan 100 mata.

5. Hanya satu perlawanan keciciran mata

Liverpool hanya keciciran mata dalam satu perlawanan daripada 35 perlawanan terkahir mereka iaitu seri dengan Manchester United.

Ini bermakna Liverpool sudah tapau 76 mata daripada 78 yang ditawarkan.

Seri dengan Man United juga satunya perlawanan Liverpool tak menang musim ini daripada 26 perlawanan.

6. Seratus tiga mata

Liverpool sudah merembat 103 mata daripada 105 mata terakhir yang ditawarkan. Prestasi cemerlang ini yang membolehkan Liverpool terus berada di puncak.

Agak malang musim lalu mereka mengutip 97 mata tetapi masih tak mampu nak menang liga.

7. Terus meledak

Liverpool kini sudah menjaringkan gol dalam kesemua 35 perlawanan liga terakhir mereka beraksi.

8. Sadio Mane 100 gol

Sadio Mane sudah menjaringkan 100 gol dalam aksi beliau di bumi England sepanjang kariernya setakat ini.

9. Gol ke-57 Mane dalam PL untuk Liverpool

Gol semalam adalah gol liga ke-57 oleh Sadio Mane bersama Liverpool. Namun uniknya, itulah gol pertama beliau dalam liga untuk Liverpool – sebagai pemain simpanan.

10. Sudah layak ke UCL

Liverpool sudah mengesahkan kelayakan mereka ke UCL musim hadapan walaupun baru bulan Februari.

Dulu bukan main susah nak layak.

11. Lima kemenangan lagi

Hanya lima kemenangan lagi diperlukan Liverpool untuk mengesahkan kejuaraan EPL mereka pada musim ini.

Rumusan

Statistik di atas menunjukkan bahawa Liverpool benar benar on form ketika ini. Mereka semalam bukan main bagus sangat pun. Tetapi masih boleh menang.

Baca yang lain