Tom Hanks merupakan salah seorang pelakon yang memiliki karisma tersendiri. Beliau juga berlakon dalam banyak filem yang padu bersama pengarah dan pelakon yang hebat.
Berikut antara 11 filem Tom Hanks yang sedap untuk ditonton.
1. Cast Away
Filem mengisahkan seorang pegawai Fedex bertugas pada hari Krismas untuk menghantar barang. Kapal terbang mereka terhempas.
Beliau terdampar di sebuah pulau seorang diri dan belajar untuk terus hidup di situ termasuk cuba menangkap ikan dengan lembing kayu.
Filem ini banyak menceritakan hubungan Hanks dengan alam dan juga sebiji bola bernama Wilson.
Beliau kemudian kembali semula selepas disangkakan mati. Namun segala kehidupannya dahulu sudah tiada. Gadis yang dia sayangi sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang baik.
Misi terakhirnya adalah mengembalikan semula semua barangan yang dihantar kepada tuannya. Tanda terima kasih kerana barang barang itu yang menyelamatkannya.
2. Forrest Gump
Filem klasik Tom Hanks. Filem kekeluargaan, falsafah dan komedi. Bermula daripada penceritaan seorang lelaki di bawah pokok.
Forrest Gump adalah filem paling penting dalam karier Hanks dan pada tahun 90-an di Hollywood pada umumnya.
Mengisahkan seorang lelaki yang masa kecilnya memiliki IQ yang kurang cerdas. Namun dia ada bakat berlari yang luar biasa.
Awalnya dia tak boleh berlari, namun satu peristiwa membuatkannya dapat berlari. Run Forrest Run!
Kehidupannya berubah. Filem ini berlatarkan tahun 50-an. Di mana Forrest merentasi banyak peristiwa penting di dalam hidpunya termasuk perang vietnam, peristiwa diplomasi China-AS dengan perlawanan tenis.
Forrest seorang yang naif dan lurus. Dia kemudian menubuhkan syarikat udang yang besar dan kaya raya. Namun dia mencari kekasih hatinya dari kecil yang datang dan pergi di dalam hidupnya. Kisah dia memang fun dan emosi.
3. Sully
Diambil daripada kisah benar daripada peristiwa di Sungai Hudson.
Kapten Chesley B “sully” Sullenberger, bertugas untuk menerbangkan pesawat Airbus A 320 yang menempatkan 155 penumpang dan anak kapal.
Sully merupakan seorang kapten yang memiliki pengalaman sangat luas dalam bidang penerbangan termasuk pernah menjadi juruterbang pesawat tempur US Airways pada 1980-an.
Sully menerbangkan pesawat dari LaGuardia New York menuju bandar Charlotte, Carolina Utara pada 15 Januari 2009.
Namun ketika di atas udara, terdapat kegagalan pada enjin. Sully telah mengambil tindakan yang sangat berani dan demi menyelamatkan penumpangnya.
4. The Terminal
Sebuah lagi filem klasik Tom Hanks. Ketika Viktor Navorski (Tom Hanks), pelancong Eropah Timur, tiba di lapangan terbang JFK di New York, perang meletus di negaranya.
Dia kemudian terperangkap di lapangan terbang kerana negaranya terlibat dalam politik antarabangsa. Kerana perang, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri tidak membenarkan Navorski masuk atau keluar dari Amerika Syarikat.
Dia terperangkap di JFK – untuk tempoh yang lama. Semasa tinggal di lapangan terbang, Viktor jatuh cinta kepada pramugari (Catherine Zeta-Jones). Pramugari itu juga mungkin juga mempunyai perasaan terhadapnya.
Viktor sangat ingin keluar dari terminal itu untuk bertemu dengan seseorang. Macam macam kisah berlaku ketika dia di terminal. Termasuk mencari ikhtiar untuk mendapatkan makanan.
5. Captain Phillip
Anda tidak menyangka akan melihat Tom Hanks berlakon dalam filem aksi.
Dalam filem ini Tom Hanks terlibat dalam filem bergenre thriller yang membuatkan jantung berdegup. Ianya adalah kisah benar.
Hanks berperanan sebagai kapten tentera laut yang bertugas dalam kapal kontena.
Ketika berlayar mengelilingi Horn Of Africa, mereka telah ditawan lanun Somalia dengan senjata separa automatik, yang bertindak kerana terdesak oleh kerana kemiskina.
Hanks memberikan lakonan yang hebat sebagai seorang tokoh berwibawa di dalam tekanan; lelaki baik yang dan memiliki belas kasihan.
6. Saving Private Ryan
Saving Private Ryan adalah film bergenre sejarah-perang Amerika Serikat tahun 1998. Filem ini berkisarkan kisah peperangan saat pencerobohan oleh Normandy pada Perang Dunia II tahun 1944.
Filem ini diarahkan oleh Steven Spielberg, dan dibintangi oleh Tom Hanks, Tom Sizemore, Edward Burns, Barry Pepper, Vin Diesel, Giovanni Ribisi, Adam Goldberg, Jeremy Davies, dan Matt Damon.
Filem ini mengisahkan Kapten John H. Miller mengetuai sekumpulan perajurit dalam usaha menyelamatkan seorang lagi perajurit bernama Ryan yang kehilangan ketiga tiga saudaranya dalam perang.
Dia diperintahkan untuk kembali ke Amerika Syarikat. Dalam usaha mereka mencari Private Ryan, banyak halangan mereka hadadi di tengah medan perang.
Ia mencabar ketahanan, kekuatan dan maruah mereka.
7. Apollo 13
Misi ke bulan oleh Nasa dan AS dianggap sebagai kejayaan yang tidak terhingga.
Namun ianya telah menjadi satu bencana yang dahsyat. Pada tahun 1970, kapal angkasa Apollo 13 mengalami letupan ketika dalam perjalanan ke bulan, kehilangan sebahagian besar tenaga elektrik dan oksigennya.
Terdapat kemungkinan setiap angkasawannya mati, yang dipaparkan dalam siaran tv umum.
Siapa yang boleh menyelamatkan mereka? Siapa yang boleh merebut kemenangan dari kekalahan ini?
Jawapannya tentu saja adalah Hanks yang kuat dan kental, memainkan peranan komandan Apollo 13, Jim Lovell.
Watak Jim Lovell merupakan memoir yang diceritakan di dalam filem ini.
Filem ini telah menjadi salah satu filem Hollywood yang klasik
8. Da Vinci Code
Tom Hanks menjadi watak utama sebagai Robert Langdon, seorang ahli simbol dan kod yang bekerja di Harvard University.
Suatu hari beliau mendapat perkhabaran pembunuhan terhadap Jacques Sauniere (Jean-Pierre Marielle), kurator Museum Lovren.
Langdon diminta untuk memecahkan kod yang dibuat Sauniere sebelum dia meninggal.
Dalam proses memecahkan kod Sauniere, Longdan bekerjasama dengan Sophie Neveu (Audrey Tautou), seorang ahli bahasa kuno.
Penyelidikan mereka telah membuatkan mereka berhadapan dengan penemuan-penemuan tak terduga.
Ada juga hubungan antara kod-kod tersebut dengan lukisan terkenal Monalisa karya Da Vinci.
Semakin jauh penyelidikan, semakin banyak cabaran dan dugaan.
Sauniere merupakan anggota suatu kelompok yang sudah ditubuhkan ratusan tahun dahulu. Anggota terdahulu kelompok tersebut iaitu Sir Isaac Newton, Victor Hugo dan Leonardo Da Vinci.
9. Catch Me If You Can
Catch Me If You Can adalah filem Amerika 2002 yang berdasarkan kepada kehidupan dan kisah benar Frank Abagnale Jr.
Di mana pada usia remajanya, dia telah berjaya menipu berjuta-juta dolar dengan menyamar sebagai juruterbang Pan American World Airways, doktor di Georgia dan peguam di Louisiana.
Jenayah utama yang dilakukannya adalah pemalsuan cek dimana dia menjadi begitu professional sehingga FBI meminta bantuannya dalam membantu menangkap pemalsu cek yang lain.
Filem ini arahan Steven Spielberg. dibintangi Leonardo DiCaprio sebagai Abagnale dan Tom Hanks sebagai Hanratty serta Christopher Walken, Amy Adams, Martin Sheen dan Nathalie Baye.
Frank seorang remaja yang cerdas dan pintar. Namun ibu bapanya ada masalah rumah tangga membuatkan Frank memberontak dan cuba mencari kehidupan di mana dia boleh membuatkan ibu dan ayahnya bangga.
10. A League of Their Own (1992)
Dalam filem ini Hanks menyampaikan aksi klasik. Folem mengenai asas Liga Bola Sepak Profesional All-American Girls semasa perang dunia kedua.
Dia adalah bekas bintang baseball yang pemarah yang kariernya lebur kerana mabuk, dan kini diberi peluang untuk kembali dengan menguruskan apa yang menurutnya sesuatu baharu yang tidak masuk akal: pasukan besbol wanita.
Filem ini turut menampilkan Geena Davis, Rosie O’Donnell dan Madonna.
Ketika Perang Dunia II ketika semua lelaki sedang berperang, kebanyakan pekerjaan yang terbiar kosong kerana ketiadaan lelaki telah diisi oleh wanita.
Pemilik pasukan besbol, tidak mahu baseball tidak aktif untuk masa yang lama. Lalu memutuskan untuk membentuk pasukan dengan wanita.
Oleh itu, scout dihantar ke seluruh negara untuk mencari pemain wanita. Salah seorang daripada mereka, melalui Oregon dan menemui seorang wanita bernama Dottie Hinson, yang luar biasa.
Dia mendekatinya dan memintanya untuk mencuba tetapi dia tidak berminat. Namun, kakaknya, Kit yang ingin keluar dari Oregon, menawarkan untuk pergi.
Mereka akhirnya dipilih dan berada dalam pasukan yang sama. Jimmy Dugan, bekas pemain, yang kini pemabuk, adalah pengurus pasukan.
Tetapi dia tidak merasa seolah-olah itu adalah pekerjaan yang sebenar sehingga dia minum dan tidak melakukan tugasnya dengan ikhlas.
Namun lama kelamaan kesemua mereka benar benar serius dalam sukan itu dan mahu membentuk sebuah pasukan yang kompetitif.
11. The Green Mile
Paul Edgecomb (Tom Hanks) berjalan jauh dalam kehidupannya dan merasai pelbagai cabaran.
Paul berkongsi kisahnya bertugas di Green Mile. Di mana dia tidak pernah bertemu dengan seseorang seperti John Coffey (Michael Clarke Duncan), seorang lelaki kulit hitam besar yang disabitkan dengan jenayah kejam membunuh sepasang adik perempuan.
Coffey memiliki fizikal dan kekuatan untuk membunuh siapa pun, tetapi tidak pada sikapnya. Di luar, sifatnya yang sederhana, naif dan takut akan kegelapan, Coffey sepertinya kurniaan supernatural yang luar biasa.
Paul mula mempersoalkan adakah Coffey benar-benar bersalah membunuh kedua-dua anak perempuan? Coffey ketika di penjara seorang yang baik hati dan lemah lembut, malah suka membantu orang lain.
12 . Toy Story (semua siri) – Senarai bonus
Tak perlu nak cerita satu persatu, sebab semua filem ni best belaka. Hanks menjadi watak Woody dalam siri ini yang merupakan salah satu daripada permainan kesayangan Andy.
Senarai lain
- Lost In Translation
- A Beautiful Day in the Neighborhood
- Philadephia
- Saving Mr Banks
- Charlie Wilson’s War
- Slepless In Seattle
Itu antara senarai yang sempat disenaraikan. Korang ada tambahan?