Cristiano Ronaldo pulang semula ke Manchester United merupakan satu kisah yang dianggap ibarat bertautnya semula kisah cinta mereka.
Ronaldo sudah pun diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Manchester United dan sedia untuk melakukan debut keduanya untuk kelab yang dianggap sebagai rumahnya.
Sebelum ini para peminat tertunggu tunggu nombor jersi Ronaldo. Pastinya ramai berharap Ronaldo akan dapat menyarung semula jersi no.7.
Cavani rasminya menyerahkan no.7 kepada Ronaldo dan bintang Uruguay itu memakai jersi no.21 yang ditinggalkan Daniel James – yang menyertai Leeds United.
Sah pakai no.7
Pemain berusia 36 tahun, Ronaldo, yang telah memiliki jenama ‘CR7’ sejak satu dekad yang lalu, pastinya sangat signifikan jika berjaya memakai semula jersi no.7.
Namun peraturan EPL dengan jelas menyatakan bahawa penyerang Uruguay itu mesti kekal dengan no.7 sehingga akhir musim ini.
Cavani diberikan no.7 tersebut selepas United berjaya memujuknya untuk melanjutkan kontraknya musim lalu. Ketika itu Cavani menyatakan keinginan beliau untuk menyertai Boca Juniors di Argentina demi untuk tinggal lebih dekat dengan keluarganya.
Manchester United mendapatkan pengecualian khas daripada Premier League untuk menukar nombor jersi Cavani, untuk membolehkan Ronaldo mendapat semula no.7 yang signifikan dengan beliau.
No.21 juga merupakan jersi yang dipakai Cavani dalam kancah antarabangsa.
Ronaldo menyatakan dia terharu dengan kemuliaan hati Cavani yang menyerahkan jersi no.7 untuknya.
£32.5 juta dalam setengah hari
Hanya beberapa jam selepas pengumuman tersebut, peminat berpusu pusu memasuki laman rasmi Man United untuk membuat tempahan. Di Old Trafford, peminat beratur panjang untuk membeli secara terus jersi Ronaldo 7.
Ronaldo merupakan ikon di Manchester United. Dan pada masa yang sama merupakan atlet yang memiliki publisiti paling berpengaruh di dunia.
Forbes mengiktiraf Ronaldo sebagai raja publisiti dari kalangan atlet dan ahli sukan.
Lovethesales melaporkan, jersi Ronaldo 7 berjaya meraih kutipan £32.5 juta dalam masa hanya 12 jam bersamaan dengan RM186.85 juta dalam masa setengah hari.
Angka itu melebihi yuran perpindahan Ronaldo yang dikatakan sekitar £25 juta.
According to FOX SPORTS, Manchester United fans spent nearly £32.6 million on Cristiano Ronaldo's number 7 shirt in the first 12 hours only… 🤯 pic.twitter.com/OJymo7puS3
— TCR. (@TeamCRonaldo) September 4, 2021
Ianya sudah memberikan keuntungan besar kepada Adidas dan kita buat anggaran kasar bahawa Adidas memberikan 7% daripada jualan itu kepada Man United sebagai bonus – berdasarkan laporan oleh Kirean Maguire.
Mungkin kerana tajaan Adidas kepada Man United sangat tinggi membuatkan kadar bonus itu cuma 7%. Kerana biasanya bonus adalah sekitar 10-15%. Tapi tak apalah, tetap juga Glazers tersenyum riang.
Mana tidaknya, dalam masa 12 jam Man United mendapat bonus sekitar £2.75 juta / RM15.81 juta.
United kini mendapat £4.20 bonus daripada setiap jersi Ronaldo yang dijual pada tanda harga £60.
Lovethesales menjangkakan bahawa, United akan mendapat sekitar £12.9 juta / RM74.16 juta daripada bonus penjualan jersi Ronaldo dalam masa seminggu. Itu sudah kira kira separuh daripada yuran perpindahannya.
Itu juga bermakna dalam seminggu ini Adidas boleh meraih sehingga £185.7 juta / RM1.07 billion daripada penjualan jersi Cristiano Ronaldo sahaja.
Pengaruh Abang Do
Sebelum ini, gara gara tindakan Ronaldo, saham Coca Cola dilaporkan pernah mengalami kerugian bernilai $4billion atau sekitar RM16.5 billion menurut Marca. Hanya dengan tindakannya mengeluarkan 2 botol coca cola yang merupakan prop penaja Euro 2020.
Since Cristiano Ronaldo 🇵🇹 put aside two bottles of Coca Cola and preferred water instead, Coca-Cola have had a total loss of $4billion in their value. [Marca] #Ronaldo #EURO2020 pic.twitter.com/QGkmsJsdrx
— RouteOneFootball (@Route1futbol) June 15, 2021
Cristiano Ronaldo terkenal sebagai seorang yang menyokong gaya hidup sihat dan bukan peminat minuman ringan seperti Coca Cola.
Beberapa bulan lalu, Ronaldo berkongsi pengalaman beliau menentang tabiat anaknya yang suka minuman berkarbonat.
“Kadang-kadang anak saya minum Coca Cola dan Fanta, makan kerepek, dan dia tahu saya tidak suka,” kata Ronaldo.
Ronaldo turut menyatakan dia memang ada rasa kesal melarang kanak kanak makan makanan sebegitu yang menjadi kesukaan mereka.
Namun Ronaldo menegaskan bahawa beliau terpaksa berbuat demikian kerana anaknya sendiri yang sudah memutuskan untuk bermain bola sepak. Di mana Cristiano Jr merupakan pemain akademi Juventus.
Oleh itu Ronaldo terpaksa bertegas dalam membimbing anaknya dalam soal latihan kecergasan dan juga pemakanan.
Coca Cola kemudian tidak mahu memanjangkan isu tersebut, hanya menyatakan mereka menghormati pendirian Ronaldo.
Mungkin kerana dia sedar, yang sedang mereka hadap sekarang adalah salah manusia paling berpengaruh di muka bumi dari segi pemasaran global.