12 Movie Gangster HK Yang Power

1. A Better Tomorrow (1986)

Jika korang peminat filem gangster HK, pastikan filem ini dalam senarai korang, sama ada dah ditonton ataupun kena cari tengok.

Filem yang menaikkan nama Chow Yun Fat dan Leslie Cheung. Menariknya nama nama mereka semuanya naik kaw kaw termasuk pengarah John Woo.

Sung Tse-Ho (Ti Lung) bekerja untuk Triad, yang operasi utamanya adalah mencetak dan mengedarkan wang kertas AS palsu. Ho adalah ahli organisasi yang disegani dan diberi kepercayaan untuk melakukan transaksi yang paling penting.

Mark Lee (Chow Yun-Fat), ahli kumpulan yang digeruni yang lain, adalah sahabat dan rakan karibnya dalam jenayah.

Ho rapat dengan adiknya, Kit (Leslie Cheung), yang sedang berlatih untuk menjadi pegawai polis. Ho merahsiakan kehidupan jenayahnya daripada Kit dan menyokong cita cita adiknya.

Ayah Ho menyedari kegiatan jenayah Ho dan memintanya untuk teruskan saja.

2. God of Gamblers (1989)

Filem yang dikeluarkan pada 1989 arahan Wong Jing dan dibintangi Chow Yun-Fat. Ianya berkaitan dengan budaya perjudian di Hong Kong. Campuran lagak ngeri dan komedi yang sangat menghiburkan.

Ini bukan filem Stephen Chow dengan uncle Ng-Man Tat tu tau. Tu pun power semacam juga.

Seorang pakar judi telah menikmati rekod tanpa kalah dalam pertaruhannya.

Namun dia hilang ingatan selepas mengalami kecederaan kepala. Dia berkawan dengan samseng jalanan yang mendapat tahu keupayaan berjudinya yang luar biasa.

3. The Killer (1989)

Sebuah lagi karya John Woo dan dibintangi Chow Yun-Fat. Setannya asyik nama Chow Yun Fat.

Filem ini kena ada dalam list ini. Apabila ia disenaraikan sebagai filem top 10 dari Asia oleh majalah Time pada 1999.

Filem ini sarat dengana aksi tembak menembak. Memaparkan kehidupan seorang pembunuh upahan yang perlu melaksanakan satu misi sangat penting.

Banyak aksi lagak ngeri dalam filem ini menjadi rujukan pengarah filem aksi di HK dan kemudian di Hollywood. Dipercayai menjadi antara filem penting  berjaya memecah masuk pasaran Hollywood dan mencipta kejayaan.

4. Once a Thief (1991)

Filem arahan John Woo dan menampilkan Chow Yun-Fat, Cherie Chung dan sekali lagi Leslie Cheung.

Filem yang menggabungkan komedi dan aksi. Ia mengisahkan 3 anak yatim yang dibesarkan seorang ayah angkat.

Namun mereka terperangkap dan dikejar oleh pembunuh dan terpisah. Beberapa tahun kemudian mereka bertemu kembali dan cuba merembat satu lukisan mahal.

5. The Young and Dangerous (1996)

Chan Ho Nam. Nama yang sangat ikonik bagi peminat filem gangster dan aksi Hong Kong. Ditayangkan pada 1996.

Mengisahkan sekumpulan anak muda yang membesar di sebuah pertempatan yang penuh liku di Hong Kong.

Mereka kemudian membentuk kumpulan gangster yang digeruni. Filem ini mendapat banyak kritikan dahulu kerana pengaruhnya terlalu kuat kepada anak muda.

Namun tidak ada siapa yang dapat menafikan kejayaannya.

6. The Longest Nite (1998)

Filem ini arahan Patrick Yau. Filem gangster yang berkaitan dengan dua kumpulan kongsi gelap yang bergaduh tentang kasino di Macau.

Seorang polis korup bernama Sam, lakonan Tony Leung Chiu Wai telah menjadi orang tengah di antara dua kumpulan kongsi gelap.

Sam bertemu dengan Tony (Lau Ching Wan), yang berterusan mengekorinya. Sam kemudian mendapat tahu bahawa Tony adalah suspek pembunuhan di kelab malam.

7. Running Out of Time (1999)

Filem ini ditayangkan pada 1999 dan diarahkan oleh Johnnie To, dibintangi superstar starring Andy Lau dan Lau Ching-Wan.

Filem ini berkisarkan kisah polis dan penjenayah dalam masa 72 jam.

8. The Mission  (1999)

Sebuah lagi filem gangster arahan Johnnie To, dibintangi Anthony Wong

Ramai yang mengangkat ini sebagai karya agung / masterpiece oleh Johnie To.

Bos kongsi gelap, Lung berjaya melarikan diri daripada pembunuh upahan, telah mengupah lima pembunuh upahan untuk melindungi dirinya.

Lung memberikan arahan khusus kepada mereka. Dia memerintahkan anak buahnya Frank (Simon Yam) untuk mencari penjahat di sebalik plot cubaan membunuhnya.

Frank segera melantik Curtis (Anthony Wong), Roy (Francis Ng) dan anak didiknya Shin (Jackie Lui), Mike (Roy Cheung), dan pakar senjata api James (Lam Suet).

Kumpulan ini berjaya menggagalkan tiga percubaan mencabut nyawa orang tua tu. Mereka akhirnya mendapat tahu siapa penjahat sebenar.

9. Infernal Affair (2002)

Siapa tak tengok movie ni memang kena tengok. Filem yang turut di remake mat salleh menjadi the Departed – arahan Martin Scorsese.

Filem ini mendapat banyak pujian daripada pengamat dan pengkritik filem HK.

Filem ini menceritakan tentang seorang gangster menjadi polis, dan seorang polis menjadi gangster. Mereka berdua saling menjejaki antara satu sama lain sebab banyak misi polis dan gangster yang gagal.

Segalanya sangat rumit dan sistematik.

10. One Night in Mongkok (2004)

Filem ini ditayangkan pada 2004 arahan Derek Yee Tung-Shing.

Kisah dia berlaku dalam satu malam di Mongkok. Sekumpulan polis cuba menyelsaikan masalah gangster dan mencari pembunuh upahan.

Pembunuh upahan tu orang dari tanah besar Cina iaitu Lai Fu lakonan Daniel Wu. Dia tak tahu baca, dan dibantu seorang pelacur bernama Dandan lakonan crush korang Cecelia Cheung.

Filem ini memiliki plot yang menarik. Baca ulasan di sini:

One Nite In Mongkok: Kisah Pembunuh Upahan Kampung Dibantu Gadis Lorong

11. Kungfu Hustle (2004)

Salah satu filem komedi aksi yang paling berjaya dari Hong Kong. Filem ini juga produksi bersama dengan Columbia Picture dan menempa kejayaan di peringkat global.

Mengisahkan seorang lelaki looser – Sing – yang nak menyertai kumpulan gangster, kumpulan Kapak. Banyak cabaran dia hadapi sehingga kena benam dengan The Beast.

https://twitter.com/i/status/1236310141349158912

Namun Sing dibangkitkan semula akak dan abang tokey rumah sewa yang mendapati dia ada kuasa luar biasa.

12. Shinjuku Incident (2009)

Tepi sikit, otai nak lalu. Filem Shinjuku Incident mengisahkan tentang Steelhead seorang tukang dari China yang pergi ke Jepun untuk mencari kekasihnya iaitu Xiu Xiu. Kekasihnya tiba-tiba saja menghilang tanpa ada khabar berita. Ketika sampai di Jepun, Steelhead kecewa kerana yang dengan pencariannya.

Di Jepun, Steelhead baru mengetahui bahawa orang-orang dari China yang ada di negara itu hidup tersisih dari masyarakat Jepun.

Mereka hidup dalam persembunyian kerana takut akan ditangkap dan dihantar balik ke China.

Steelhead terpaksa bertahan hidup di Shinjuku dengan bekerja sebagai pekerja buruh. Tidak lama selepas itu, Steelhead berjaya menjumpai Xiu Xiu, namun Xiu Xiu sudah menukar namanya dan akan berkahwin dengan Eguichi yang merupakan seorang pemimpin Yakuza di daerah tersebut.

Steelhead berusaha untuk berjumpa dengan Eguichi sehingga mendapatkan kepercayaan daripada bos Yakuza tersebut.

Kerana bantuan Steelhead, Eguichi akhirnya berjaya menyingkirkan saingannya dan memegang kuasa sebagai pemimpin Yakuza. Sebagai ucapan rasa terima kasih, Eguichi memberikan wilayah Shinjuku untuk Steelhead.

Terjerumus di dalam daerah kejahatan, membuatkan Steelhead mula rasa selesa dalam kedudukan tersebut dan susah untuk keluar dari lubang kejahatan. Steelhead cuba membuat usaha yang menurut undang-undang.

Dia tidak mahu lagi melakukan perkara-perkara yang jahat dan dia juga tidak menggunakan statusnya sebagai pemegang kuasa di daerah itu untuk mengambil kesempatan.

Korang ada senarai tambahan lagi? Bersepah movie gangster ni dari produksi HK yang power. Ni buat checklist dulu.

Baca yang lain