13 Perlawanan Tanpa Kalah, Manchester United Kini Berada Di Zon Layak Ke Liga Juara

Ole Gunnar Solsjaer mungkin kekurangan piala jika dibandingkan dengan Jose Mourinho tetapi pengurus ini mempunyai cara yang tersendiri.

Dia cuba membentuk Anthony Martial sebagai penyerang dan manifestasinya terhadap pemain ini semakin membuahkan hasil.

Dua tahun lalu Mourinho mahu menjual pemain Perancis itu. Pada hari ini dia mencatat hatrik pertama bersama Manchester United.

19 GOL MARTIAL SEPANJANG MUSIM

Selepas dicampur, Martial telah mengumpul 19 jaringan sepanjang musim dan 14 darinya adalah jaringan liga.

Martial menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama, jaringan pertama terhasil dari hantaran lintang Marcus Rashford di sebelah kanan.

Seminit sebelum tamat babak pertama, dia menggandakan kedudukan untuk Manchester United. Pemain ini dikatakan tidak cukup fizikal untuk menjadi penyerang skuad Mourinho.

Terdapat banyak perkara untuk dinakmati oleh pasukan ini.

Pada satu ketika Manchester United dilihat tidak akan menjadi salah satu pasukan teratas di Liga Perdana.

Selepas menewaskan Sheffield United, mereka hanya terpisah 2 mata dengan Chelsea yang berada di tempat ke-4.

Pada musim ini, mana-mana pasukan yang menamatkan tempat di tempat ke-5 bakal bermain di Liga Juara Eropah.

Ia berikutan Machester City telah digantung bermain di pertandingan tersebut kerana melanggar peraturan kewangan saksama (FFP).

Manchester United dijangka mampu menamatkan musim di tempat ke-4 atau ke-5 berikutan prestasi cemerlang yang ditampilkan.

Manchester United tidak kalah sejak 13 perlawanan lepas. Menang 9 kali dari jumlah tersebut.

MARTIAL, RASHFORD, FERNANDES DAN POGBA

Martial membawa potensi. Sementara itu di belakang, Paul Pogba dan Bruno Fernandes mula bersamanya buat kali pertama.

Pogba sebelum ini tidak dapat diturunkan sejak September lepas kerana mengalami kecederaan dan sekarang pemain Perancis itu mula menyumbangkan kreativiti.

Sejak 2 perlawanan lepas kombinasi ini mula mengganas.

Manchester United agak terkenal dengan counter-attack di bawah pengurusan Solsjaer.  Dalam banyak perlawanan lepas, Manchester mempunyai masalah untuk menjaringkan gol ketika mereka menguasai permainan.

Bagaimanapun ancaman pantas dari bahagian tengah telah memberi mereka satu dimensi yang lain.

Fernandes sekali menampilkan persembahan hebat. Dia membawa visinya kedalam permainan. Sentiasa positif ketika mara ke depan dan memberi rangsangan permainan kepada rakan sekitarnya.

Dia sepatutnya menjaringkan 1 gol melalui sepakan percuma-lencong.

Pogba yang berperanan lebih kebawah juga cerdas dan kreatif terutamanya ketika melakukan hantaran chip kepada Marcus Rashford.

Secara simbolik, ketiga-tiganya (Pogba-Rashford-Martial) menyumbang kepada jaringan ke-3, dengan Rashford sebagai titik tengah (assist).

SHEFFIELD UNITED RAPUH DENGAN PEMAIN PILIHAN KE-2

Machester United semakin meningkat. Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh Sheffied United.

Impian Shefield untuk melakukan kejutan di liga perdana semakin pudar. Mereka hanya meraih 1 mata dari 3 perlawanan selepas liga disambung.

Kedua-dua pasukan ‘United’ ini agak cemerlang pada Mac, tetapi hanya 1 yang berjaya mengekalkan prestasi cemerlang itu pada Jun.

Manchester United, tidak untuk Sheffield United.

Sheffield United turun tanpa penjaga gol dan 2 pertahanan utama mereka. Pasukan ini tidak mempunyai kekuatan dan rapuh di blok pertahaanan.

Selepas pemain tengah utama mereka dikeluarkan -Ollie Norwood- Sheffield United semakin hilang arah dalam permainan.

Sheffield United sudah mati ketika itu.

Pada pusingan pertama, Manchester United menjaringkan 3 gol dalam tempoh 7 minit di Bramall Lane.

Pada ketika itu Sheffield United juga perlu menggunakan khidmat menjaga gol Simon Moore. Dean Henderson -pinjam dari Manchester United- tidak dibenarkan bermain menentang pasukannya.

Pada ketika itu juga Sheffield United menurunkan Phil Jagielka buat kali pertama di bahagian pertahanan.

Kesudahannya blok pertahanan mereka sangat rapuh seperti berlaku pada perlawanan lepas.

Solsjaer mungkin sudah membuat persediaan yang cukup dan mereka dijangka mampu mara ke separuh akhir Piala FA.

Pasukan ini akan bertemu Norwich City di peringkat suku akhir Sabtu ini.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil