Liverpool masih boleh memecahkan lagi 13 rekod dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Bukan satu atau dua rekod tetapi 13 rekod yang mampu untuk mereka pecahkan musim ini. Sekiranya berjaya ia adalah sesuatu yang sangat luar biasa.
Pasukan dibawah kendalian Jurgen Klopp kini selesa menerajui liga dengan kelebihan 25 mata di puncak Liga selepas kemenangan 1-0 ke atas Norwich City pada malam Sabtu lalu.
Memenangi gelaran Liga adalah sesuatu hal yang sudah hampir pasti untuk pasukan Liverpool lakukan pada musim ini.
Secara logik akalnya mereka sudah boleh dikatakan calon Juara Liga Perdana Musim ini.
"Five to go or whatever. Wash your hands Reds, and don’t touch your face."
✍️ @Benjanijohnson's ratings…https://t.co/MR7s55USgP
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) February 15, 2020
Namun bukan itu sahaja yang boleh dicapai oleh skuad The Reds pada musim ini.
Selain memenangi Liga mereka juga bakal memecahkan banyak rekod dan mereka boleh memecahkan semua rekod itu dalam satu musim ini.
Disini saya akan senaraikan rekod-rekod yang boleh dipecahkan oleh pasukan Liverpool pada musim ini.
Senarai ini adalah rekod yang bakal dipecahkan dan tidak termasuk rekod yang sudah dipecahkan oleh pasukan yang telah menjadi juara dunia CWC pada Disember lalu.
1) Mengutip Mata Terbanyak Dalam Satu Musim Di Liga Perdana:
Rekod: 100 Mata
Liverpool hanya memerlukan 26 mata dari 12 perlawanan akhir mereka untuk memecah rekod ini.
2) Memenangi Gelaran Liga Paling Cepat Mengikut Tarikh:
Rekod terkini: April 14th
Liverpool boleh memecah rekod ini dengan memenang Liga perdana seawal 7 Mac.
PEP 💬 A year ago people said we were unstoppable and no one can beat us. I don't know what will happen in the future. We will do whatever we can to reduce the gap. When we got 100 points we were 25 ahead.
Liverpool reduced that to one point and are now ahead. That is reality.
— Manchester City (@ManCity) February 7, 2020
3) Memenangi Gelaran Liga Dengan Baki Perlawanan Terbanyak:
Rekod terkini: lima perlawanan
Liverpool boleh melakukannya dengan memenangi Liga dan masih mempunyai baki sembilan perlawanan.
4) Memenangi Liga Dengan Jarak Mata Terbesar:
Rekod semasa: 19 mata
Liverpool kini sedang mendahului tempat kedua Liga dengan perbezaan 25 mata.
5) Memenangi Gelaran Liga Dengan Jurang Mata Terbesar Antara Kedudukan Juara Dan Dasar Liga:
Rekod semasa: 82 mata
Liverpool kini sudah 58 mata dibezakan dengan Norwich.
6) Memenangi Gelaran Liga Dengan Bolos Paling Sedikit Di Tempat Lawan:
Rekod terkini: sembilan gol
He came. He saved. We conquered.#LFC #NORLIV @Alissonbecker pic.twitter.com/CH9TQiB0qU
— LFC Photo (@LFCphoto) February 15, 2020
Liverpool setakat ini hanya bolos enam gol sahaja di tempat lawan.
7) Memenangi Gelaran Liga Dengan Mencatatkan Kemenangan Berturut-Turut Terbanyak:
Rekod terkini: 18 Perlawanan
Liverpool kini sudah mencatatkan 17 kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga.
8) Mencatat Kemenangan Di Halaman Sendiri Secara Berturut-Turut Terbanyak:
Rekod terkini: 20
Liverpool kini sudah mempunyai 20 kemenangan di Anfield dalam saingan Liga musim ini.
9) Memenangi Gelaran Liga Dengan Memperoleh Kemenangan Terbanyak dalam satu musim:
Rekod terkini: 32 kemenangan
Liverpool kini sudah mencapai 25 kemenangan dalam satu musim setakat ini.
10) Memenangi Perlawanan Di Halaman Sendiri Terbanyak Dalam Satu Musim:
Rekod terkini: 18 Kemenangan
Liverpool sudah mencatatkan 13 Kemenangan
Liverpool Football Club
25 Wins
1 Draw
0 Losses25 Points Clear
17 Straight Wins
20 Straight Home Wins
43 Games Unbeaten
We’re gonna win the league.
Now you’re gonna believe us. pic.twitter.com/IeXBucvi70— 🏁 (@yeahnoshitdude) February 15, 2020
11) Memenangi Perlawanan Di Tempat Lawan Terbanyak:
Rekod kini: 16 Kemenangan
Liverpool pula kini sudah mencatat 12 kemenangan.
12) Memenangi Gelaran Liga Dengan Pemain Paling Muda:
Rekod terkini: 17 tahun, 350 hari (Phil Foden).
Harvey Elliott boleh memenanginya ketika usianya 16 tahun 321 hari.
13) Memenangi Gelaran Liga Dengan Tidak Pernah Tewas:
Rekod terkini: 49 perlawanan
Liverpool kini 43 perlawanan tidak terkalahkan.
Football is a simple game. 22 men kick a ball around for 90 minutes, and in the end, Liverpool always win.
— Mikhaeel Patel (@mikhaeel_patel) February 15, 2020
Perlawanan semalam telah berakhir dengan jaringan oleh Sadio Mane pada babak kedua perlawanan.
Mane masuk sebagai pemain gantian dan telah berjaya menjaringkan gol ke-100 beliau dalam Liga Perdana Inggeris.
Klopp memuji impak yang diberikan oleh pemain bintangnya terhadap permainan semalam.
“Ia sangat membantu apabila anda memiliki pemain yang berkualiti di bangku simpanan untuk dibawa masuk. Sadio sepatutnya boleh memulakan perlawanan tetapi saya sendiri memilih untuk merehatkan beliau terlebih dahulu”.
Kata Klopp kepada salah satu lawan web rasmi Liverpool.
“Saya tidak terlalu berfikir tentang perlawanan ini, tetapi apabila dua pemain saya sudah pulih dari kecederaan seperti Sadio dan Fabinho, anda tidak fikir bahawa mereka boleh bermain dalam dua perlawanan”.
Sadio Mane came off the bench to score the winner for Liverpool against Norwich, with the Reds taking another step towards becoming Premier League champions.#PL #NORLIV pic.twitter.com/7svSdfDgPz
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) February 15, 2020
Liverpool sudah memecahkan beberapa rekod pada musim ini namun berjayakah mereka meneruskan kejayaan mereka ini dengan memecahkan lagi segala rekod yang ada?
Adakah mereka akan ditabalkan sebagai Juara Liga Perdana Lebih awal dari kiraan?sama-sama kita nantikan.