14 Filem Korea Yang Korang Boleh Try Layan Di Rumah

Filem Korea sememangnya ada peminat tersendiri, dan ramai yang menyukainya. Berikut adalah 14 filem Korea yang korang boleh jadikan senarai semak.

1. Blood And Ties

Kisah seorang gadis yang mengesyaki bahawa ayahnya adalah pembunuh kejam seorang budak sebayanya, 15 tahun lalu.

Gadis itu kemudian dalam dilema sama ada mahu berpihak kepada polis ataupun ayahnya. Kerana dia sendiri tak pasti kebenaran di sebaliknya.

Dia kemudian memutuskan, apa yang berlaku dia nak kes itu luput tempoh dan berharap ayahnya terus koma.

2. Exit

Filem aksi dan komedi yang turut menampilkan Im Yoona. Pada satu malam, seorang penjahat melepaskan gas beracun.

Lalu seorang pemuda dan ‘crush’ zaman sekolahnya menggunakan kepakaran mereka mendaki untuk menyelamatkan keluarga dan diri mereka sendiri.

3. Scarlet Innocence

Kisah dendam di atas dendam lain. Mengisahkan seorang wanita muka innocence syok dengan profesornya. Dan termengandung. Dia terpaksa menggugurkan kandungannya dan kemudian profesor itu tak mahu mengahwininya kerana ada bini anak.

Gadis naif itu membalas dendam dengan perlahan dan kejam. Karakternya berubah 180 darjah. Namun masih ada rasa cinta. Kemudian gadis itu pula berdepan dengan dendam yang dia sendiri cipta.

4. Be With You

Kisah cinta yang awalnya nampak ringkas. Tetapi naskah dia agak berat sebenarnya. Seorang lelaki kematian isterinya. Lelaki itu dan anaknya kemudian didatangi seorang wanita yang mirip kepada mendiang isterinya.

Lelaki itu percaya itu adalah isterinya, dan akan hilang apabila musim hujan berhenti. Wanita itu mulai mengajar anaknya banyak perkara dalam hidup.

5. Luck-Key

Mengisahkan seorang lelaki pertengahan usia yang juga seorang gangster telah hilang ingatan. Identitinya dirembat oleh seorang budak Kpop yang looser. Rupanya lelaki itu adalah pembunuh upahan.

Mereka berdua bertukar tempat dan banyak aksi komedi yang berlaku. Filem ni fun!

6. Parasite

Mengisahkan sebuah keluarga miskin mulai masuk ke dalam rumah keluarga kaya dengan cara menipu untuk meminta kerja.

Di rumah itu mereka mendapat tahu ada satu tempat misteri di bawah tanah.

Berlaku konflik apabila mereka merasakan orang kaya ni sombong dan berlagak membuatkan berlaku satu pergelutan.

7. Memoir Of A Muderer

Seorang ayah tunggal membesarkan anak perempuannya. Dia merupakan pembunuh, atas motif peribadi. Dia membunuh mereka yang jahat dan menganiayai orang lain.

Namun pada suatu hari naluri dia menyatakan teman lelaki anaknya adalah pembunuh sepertinya. Teman lelaki anaknya itu seorang polis.

Dia percaya itu pembunuh kerana hanya jauhari mengenal manikam katanya. Masalahnya, dia ada masalah short term memory loss.

8. Door Lock

Seorang wanita muda merasakan bahawa apartmentnya diceroboh oleh seseorang. Dia menukar nombor keselamatan pada pintu namun dia terdengar ada orang cuba membukanya.

Dia menghubungi polis namun tidak dilayan kerana mereka menganggap dia cuma paranoia. Dia memutuskan menyiasat sendiri apa yang berlaku.

9. The Gangster, The Cop, The Devil

Mengisahkan polis dan gangster mencari ‘setan’ yang sama. Lalu polis tersebut mencadangkan agar gangster bekerjasama dengan mereka untuk mencari pembunuh yang sangat kejam.

Pembunuh itu pernah menyerang si gangster sehingga masuk hospital. Filem yang sarat dengan aksi dan komedi.

10. A Moment To Remember

Filem cinta klasik Korea. Mengisahkan seorang gadis ada masalah alzhemeir. Dia bertemu dengan cintanya dan menikahi lelaki itu.

Namun masalahnya, dia semakin hilang ingatan dan semakin lupa dengan suaminya. Pada satu ketika dia memanggil suaminya dengan nama ex boyfriend dia.

Suaminya sayangkan isterinya itu namun terpaksa menerima hakikat bahawa memori antara mereka berdua akan terhakis daripada isterinya.

11. The Negotiation

Filem ni mengisahkan seorang perunding krisis yang trauma selepas melihat beberapa kematian di depan matanya.

Namun pada suatu hari, seorang penculik hanya mahu berunding dengannya. Maka berlaku konflik dan plot twist yang sedap.

Dalam pada penculik melakukan kekejaman, penculik yang juga pengganas itu turut membogelkan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dalam korupsi.

Wanita itu kemudian terberjanji dengan penjenayah akan membantunya. Ada elemen Stockholm syndrome sikit.

12. Dude In Me

Mengisahkan seorang gangster yang sudah agak berusia tertukar badan dengan budak remaja sekolah.

Dan budak itu tadi berjumpa dengan kekasih lamanya yang juga ibu kepada rakan sekelasnya – teman baiknya.

Gangster tersebut yang berada dalam budak remaja itu telah cuba menyelesaikan beberapa masalah orang lain dan kemudian cuba memenangi kembali cinta hatinya. Kau bayangkan orang tengok budak remaja meluah perasaan cinta dengan emak orang.

Dia juga mendapat tahu ada komplot mahu menjatuhkannya.

13. The Scam

Seorang pemuda yang belajar tentang graf pelaburan telah tak sengaja membuatkan sebuah firma rugi. Firma tersebut rupa rupanya bermain dengan scam saham.

Lalu budak itu dimasukkan ke dalam pasukan mereka untuk menjana keuntungan yang lebih besar.

Namun berlaku pembelotan dan pemuda itu bergabung dengan seorang wanita untuk memperbaiki keadaan dan mendapatkan rumah ibunya yang dijadikan cagaran oleh adiknya kerana saham.

14. Innocent Witness

Seorang budak pengidap asperger telah menjadi saksi tunggal kes pembunuhan yang berlaku di kejiranannya.

Peguam tersebut cuba untuk membebaskan seorang pembantu rumah daripada pertuduhan. Ini kerana mangsa telah membunuh diri dengan membeli kit membunuh diri.

Namun apa yang berlaku budak tu tadi menyatakan pembantu rumah itu memang pembunuh.

Dia tak mahu mengubah kenyataannya di mahkamah membuatkan keadaan menjadi sangat rumit.

Baca yang lain