Legenda seni mempertahankan diri campuran (MMA) Royce Gracie berkata dia akan menunaikan ibadah umrah selepas melafazkan syahadat baru baru ini.
Gracie menyatakan niatnya untuk ke Tanah Suci dalam wawancara dengan Uthman Ibnu Farooq dan Eddie Redzovic di saluran YouTube The Deen Show TV pada Ahad.
Dia mengambil masa yang agak cepat untuk membuat keputusan menukar agama. Kerana kira kira 12 hari lalu sebelum tiba di rancangan itu, dia seorang yang menyokong Israel dan menganggap Palestin sebagai pengganas.
Dan siapa sangka dia akhirnya terus menjadi seorang Muslim hanya kerana mendapat tahu lebih banyak kisah sebenar di sebalik krisis Israel Palestin itu.
Perkara pertama terkeluar daripada mulutnya adalah melawat kota suci Mekah untuk menunaikan umrah.
Dia terharu berkata: “Sekarang saya boleh pergi ke Mekah. Sekarang awak juga boleh pergi ke Mekah. Kami akan pergi. Kami akan tunaikan hajat anda dan kami akan pergi ke Mekah bersama-sama.”
“Bagaimana dengan itu? Suatu hari nanti kita akan ke Mekah bersama-sama. Kita akan melakukannya, insya-Allah,” kata Gracie kepada Eddie dalam perbualan itu.
Keputusan Gracie untuk memeluk Islam agak cepat. Sebelum ini, 14 hari sebelum memeluk Islam, Gracie pernah menyatakan sokongan kepada Israel menerusi muat naik di media sosial Instagram.
Agak menarik kerana beberapa minggu lalu, Gracie telah menyatakan sokongan terbukanya kepada Israel. Dia akui ketika itu dia dipengaruhi emosi dan membaca propaganda media barat.
Dia terus menyatakan sokongan terbuka kepaa Israel.
Ketika dia menyokong Israel, dia telah mengikuti perkembangan konflik di Gaza. Dan akhirnya itu membuka matanya, bahawa rakyat Gaza adalah mangsa kekejaman genosid.
Semakin banyak dia ikuti krisis itu semakin banyak dia tahu bahawa Gaza menjadi mangsa.
Idriz Redzovic, sepupu kepada Eddie Redzovic mengatur pertemuan dengan Royce di Deen Center.
Idriz berkata: “Sebelum ini semua orang yang berada di sini mulai membenci Royce Gracie kerana hantarannya di IG minggu lalu.
“Saya beritahu mereka, sabar dan dengar dulu siaran itu apabila ke udara nanti. Kita sebagai muslim tidak harus bertindak melulu.
“Dia [Royce] berani datang ke sini dan mendengar sendiri cerita dari pihak sebelah lagi pula, dari sudut pandangan Palestin. Dia menyesal dan sedar, akhirnya dia melafazkan kalimah syahadat.
“Ini bukti Allah adalah yang maha merancang.”
Congratulations to Royce Gracie on embracing Islam! Stay grounded in your faith and let the strength of your convictions outweigh the noise of any negativity. Remember, your belief in absolutely One God ☝️, stay true to your beliefs that
Pulled you towards Islam(peace acquired… pic.twitter.com/Uqm4rXavNZ— Eddie (@TheDeenShow) March 3, 2024
Royce akui dia selama ini telah lama tersesat dan akhirnya menemui jalan kebenaran yang dia cari selama ini.
Dia sebelum ini sudah lama meninggalkan arak dan daging babi kerana dia atlet profesional. Sementara daging babi pula bukan makanan kegemarannya.
“Saya tak minum arak dan tak makan babi, jadi itu sesuai sangatlah untuk saya sekarang ini sebagai muslim,” katanya sambil berseloroh sedikit.
Gracie ialah bekas juara dunia kelas menengah UFC. Petarung legenda ini dilahirkan di Rio De Janeiro, Brazil, 12 Disember 1966, adalah pengikut Jiu Jitsu Brazil dan merupakan antara orang yang mempelopori seni mempertahankan diri ini sehingga menjadi sangat berpengaruh di MMA.
Semasa kerjaya profesionalnya, Gracie melalui 20 pertarungan, seperti di UFC, Pride, Bellator, dengan 15 pertarungan berakhir dengan kemenangan.
Walaupun hanya 20 kali bertarung dalam MMA, Gracie memainkan peranan penting dalam pengasas acara seni mempertahankan diri campuran itu. Kerana ia mempunyai sejarah yang luar biasa, maka UFC menamakannya sebagai Dewan Kemasyhuran UFC pada tahun 2003.