15 Filem Angelina Jolie Paling Merecik Menurut Rating IMDB

Angelina Jolie merupakan aktres yang lahir pada 4 Jun 1975. Beliau pernah memenangi Oscar, dua Screen Actors Guild Awards, dan tiga Golden Globe Awards, dan telah dinobatkan sebagai salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood.

Jolie membuat debut layar perak ketika kecil bersama ayahnya, Jon Voight, dalam filem Lookin ‘to Get Out (1982).

Kerjaya filemnya bermula kira-kira satu dekad kemudian dengan pengeluaran Cyborg 2 (1993), diikuti oleh peranan utama pertamanya dalam sebuah filem Hackers (1995).

Dia membintangi filem biografi terkenal seperti George Wallace (1997) dan Gia (1998), dan memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Pembantu Terbaik untuk persembahannya dalam filem drama Girl, Interrupt (1999).

Peranan Jolie sebagai watak utama permainan video Lara Croft di Lara Croft: Tomb Raider (2001) menjadikannya pelakon utama Hollywood yang popular.

Dia meneruskan kariernya sebagai bintang dalam filem aksi yang berjaya seperti filem Mr. & Puan. Smith (2005), Wanted (2008), dan Salt (2010), dan mendapat pujian pengkritik untuk lakonannya dalam filem drama seperti A Mighty Heart (2007) dan Changeling (2008), yang membuatnya meraih Anugerah Akademi untuk pencalonan Pelakon Wanita Terbaik.

Kejayaan komersial terbesarnya adalah menerusi dari filem fantasi Maleficent (2014). Pada tahun 2010-an, Jolie mengembangkan sayap kariernya menjadi pengarah, penulisan skrip dan produksi, dengan filem seperti In the Land of Blood and Honey (2011), Unbroken (2014), By the Sea (2015), dan First They Killed My Father (2017).

Sebagai tambahan kepada karier filemnya, Jolie juga seorang dermawan dan aktivis kebajikan. Dan dia memenangi Anugerah Kemanusiaan Jean Hersholt dan anugerah kehormatan Order of St Michael dan St George (DCMG), dan banyak lagi.

Angelina Jolie banyak membangkitkan kesedararn dalam berbagai isu, termasuk pemuliharaan, pendidikan dan hak-hak wanita. Dia kemudian dilantik menjadi Duta Besar Khas untuk Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR).

Sebagai tokoh masyarakat, Jolie dikatakan sebagai tokoh paling berpengaruh dan kuat dalam industri hiburan AS. Selama beberapa tahun, dia digelar wanita paling cantik di dunia dan kehidupan peribadinya menjadi tajuk publisiti.

Angelina Jolie dengan pelakon Jonny Lee Miller dan Billy Bob Thornton, dia berpisah dengan suami ketiganya, pelakon Brad Pitt, pada bulan September 2016. Mereka mempunyai enam anak, tiga daripadanya adalah anak angkat dari luar negara.

IMDB telah menyenaraikan rating tertinggi untuk filem lakonan Angelina Jolie.

Dan berikut adalah 15 filem Angelina Jolie dengan rating tertinggi.

15. Hackers (6.3/10)

Filem hacker klasik bernama Hackers ini mengisahkan sekumpulan remaja yang menggodam sistem komputer. Membuatkan kerajaan memperkasakan perudangan untuk membanteras mereka.

Namun pada akhirnya mereka menjadi ‘white hacker’ yang membanteras jenayah yang cuba menggodam jutaan dollar daripada syarikat minyak. Angelina Jolie di dalam filem ini masih muda dan dia berlakon dengan bakal suaminya selepas itu.

14.  Salt (6.4/10)

Filem ini mengenai ejen CIA Evelyn Salt (Angelina Jolie) yang pada suatu hari disyaki rupanya double agent untuk Rusia.

Ianya berpunca daripada sesesorang di bilik siasatan yang mendakwa Evelyn Salt adalah rakannya. Dia mendakwa Evlyn Salt lahir dengan nama Natasha Chenkov.

Selepas itu Salt menjadi buruan Amerika dan Salt cuba melarikan diri ke Rusia. Filem ini memang penuh tanda tanya, sama ada Jolie benar benar double agent untuk Rusia ataupun double agent untuk CIA.

Ataupun dia memang agent Rusia yang membelot kerana isu peribadi?

13. Mr. & Mrs. Smith (6.5/10)

Salah satu filem terbaik Angelina Jolie dan sudah tentunya naskah terbaik Brangelina (Brad Pitt-Angelina).

Kisah tentang dua ejen perisik yang tak tahu mereka adalah spy dan berkahwin selepas satu pertemuan.

Mereka berdua juga meruapakan pembunuh upahan yang sangat padu di agensi masing masing.

Akhirnya mereka saling memburu satu sama lain kerana mengesyaki masing masing saling mensabotaj.

12. Gone In 60 Seconds (6.5/10)

Angelina Jolie kemudian menguatkan namanya sebagai salah seorang pelakong wanita yang ‘bad*ss’.

Filem ini menggabungkan Angie dengan Nicholas Cage. Kisahnya berkisar tentang sekumpulan pencuri kereta termasuk Jolie sebagai Sara “Sway” Wayland.

Mereka mesti mencuri 50 buah kereta dalam masa 72 jam untuk menyelamatkan rakan mereka mereka.

Antara filem Jolie dengan rambut perang.

11. Maleficent: Mistress Of Evil (6.6/10)

Ini adalah sekuel daripada filem Maleficient. Di mana Seorang ahli sihir bernama Maleficient akhirnya membesarkan puterinya bernama Aurora (Elle Fanning).

Namun konflik berlaku kerana dunia sihir cuba bersatu dengan manusia.

Maleficient kemudian menyedari anaknya dalam bahaya kerana ibu mertuanya jauh lagi ‘iblis’ daripadanya.

10. A Mighty Heart (6.6/10)

Filem yang membolehkan Angelina Jolie tercalon dalam Golden Globe, Filem ini mendapat pujian daripada ramai pengkritik filem.

Jolie memainkan watak daripada kisah sebenar iaitu Mariane Pearl. Suaminya seorang wartawan diculik ketika sedang bertugas. Ketika itu juga Mariane sedang sarat mengandung.

9. The Good Shepherd (6.7/10)

Filem ini diatayangkan seblum Mr. And Mrs. Smith.

Filem yang menghimpunkan ramai pelakon padu termasuk Robert De Niro, Matt Damon, Joe Pesci, Alec Baldwin, Billy Crudup, dan lain lain.

Angelina Jolie memegang watakMargaret “Clover” Russell yang berkahwin dengan Edward Wilson (Matt Damon) yang bekerja sebagai ketua di CIA.

Filem ini berkisahkan jenayah yang sangat epik.

Edward Wilson yang seorang yang bijak, idealis dan sangat setia,  merasakan pekerjaannya sebagai anggota pengasas Pusat Perisikan Pusat adalah kerjaya yang sempurna untuk seorang lelaki yang berbakat sepertinya.

Tetapi, ketika negara tersebut memasuki Perang Dingin, Edward mendapati bahawa dedikasi untuk bertugas di atas keluarga mempunyai harga yang tinggi untuk dibayar.

8. The Bone Collector (6.7/10)

Satu lagi naskah klasik Angelina Jolie bergandingan dengan pelakon handalan. Kali ini dengan Denzel Washington. Gandingan mereka dalam filem ini mendapat banyak pujian.

Filem ini ditayangkan pada 2001 namun sehingga sekarang masih menjadi tontonan ramai orang.

Dalam filem ini Jolie memainkan watak sebagai Amelia Donaghy, detektif baru yang ditugaskan bersasma dengan detektif senior Lincoln Rhyme (Washington).

Amelia dan Lincoln cuba menyelesaikan satu kes pembunuhan bersiri yang rumit.

7. Wanted (6.7/10)

Filem ini mungkin terlalu hiperbolik gaya pemyampaiannya dengan peluru pun boleh dilencongkan kerana kepakaran sebuah pertubuhan rahsia yang merupakan pembunuh upahan.

Mereka malah boleh menembak kamu dengan menembak menerusi celahan lubang kecil dari tingkap ketika kamu sedang duduk di atas kerusi.

Lebih padu, mereka boleh menggunakan sniper dari jarak berkilometer jauhnya.

Wanted adalah filem di mana Angelina Jolie menggayakan watak seorang pembunuh upahan yang cantik dan mantap. Mereka merekrut seorang pembunuh upahan baharu yang naif – Wesley (James McAvoy).

Jolie perlu membangunkan banat Wesley yang terpendam diwarisi daripada ayahnya, tanpa Wesle sendiri sedar.

6. Playing By Heart (7/10)

Angelina Jolie memegang watak Joan. Filem drama komedi ini berkaitan beberapa watak yang menjalani kehidupan seharian mereka.

Ini termasuk pasangan warga emas yang berusaha memperbaharui ikrar perkahwinan mereka, hubungan ibu dan anak yang menderita HIV, kisah seorang arkitek dan pengarah teater yang ada skandal.

5. Gia (7.0/10)

Salah satu lakonan mantap Angelina Jolie tentang Gia yang menjadi wanita pertama meninggal dunia kerana hiv.

Filem ini menjadi filem yang membantu menaikkan lagi nama Angelina Jolie dalam dunia lakonan.

4. Maleficent (7.0/10)

Filem dari kisah Snow White dari sudut seorang ahli sihir. Maleficien merupakan ahli sihir yang marah cintanya dikhianati dan menyumpah Aurora akan mati kerana tertusuk jarum daripada mesin pemintal.

Maleficent mahu memastikan Aurora mati pada hari yang dia telah sumpah dan menghalang semua bahaya lain yang menimpa anak kecil itu supaya dia tak mati sebab benda lain.

Namun terlahir rasa sayang di antara Maleficent dan Aurora. Aurora sendiri kenal dengan Maleficent yang dianggapnya pari pari pelindung.

Lalu Maleficent cuba menghapuskan semula sumpahan yang tidak dapat dihapuskan yang diucapkannya sendiri dahulu.

3. Kung Fu Panda Series (7.3/10)

Filem animasi ini mendapat rating 7.3/10. Sangat tinggi. Mengisahkan seekor panda yang malas terpaksa mendalami ilmu kung fu.

Po berlatih dengan beberapa lagi ahli kungfu yang mahir termasuk Tigress yang wataknya menggunakan suara Angelina Jolie.

Filem ini diakui telah menunjukkan sisi penyampaian komedi Jolie yang sangat baik.

2. Girl, Interrupted (7.3/10)

Angelina Jolie memenangi Oscar untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik sebagai Lisa dalam filem ini.

Filem yang berdasarkan memoir Susanna Kaysen. Watak utama Susanna’ (Winona Ryder) dirawat selama 18 bulan di pusat rawatan mental.

Latar filem in adalah pada era 60-an.  Peranan Jolie sebagai Lisa yang sosipat di pusat rawatan mental sangat menjadi.

1. Changeling (7.7/10)

Mungkin ramai yang sudah menjangka ini akan menjadi nombor 1 bukan?

Tiada Lara Croft kali ini dalam senarai. Kerana Angelina Jolie kali ini berjaya menawan peminat di IMDB dengan wataknya sebagai seorang ibu.

Filem arahan Clint Eastwood ini membolehkan Jolie dicalonkan dalam Oscar buat kali kedua.

Kisah berlatarkan zaman 1920-an. Di mana terdapat seorang penjenayah yang menculik budak budak.

Angelina Jolie memegang watak sebagai Christine Collins yang kehilangan anaknya. Dia melaporkan kehilangan anak lelakinya. Dan kemudian polis menemui anak lelakinya.

Namun Christine mengesyaki budak itu bukan anaknya. LAPD pula menyatakan Christine ada gangguan mental kerana terlalu terkejut sebelum ini dan tidak dapat menerima anak lelaki yang ada di hadapan matanya. Naluri keibuannya tidak dapat menerima perkara itu.

Tontonlah filem ini, memang best.

Sumber rujukan:

Wikipedia

Screen Rant

Baca yang lain