15 Tahun Lalu, Pepe Digantung 10 Perlawanan Kerana Sepak Dan Pijak Lawannya

Pada 10 tahun lalu, 21 April 2009, Pepe telah melakukan satu keganasan yang dia sendiri akui memalukan.

Pepe adalah pemain legenda Real Madrid dengan memiliki segala trofi bersama kelab itu. Namun dia seringkali dikenali dengan reputasi sebagai bad boy di atas padang.

Satu insiden ganas melibatkan Pepe berlaku ketika aksi berdepan Getafe, 15 tahun lalu.

Pepe yang ketika itu berusia 26 tahun telah mengasari dan memijak lawannya. Kesannya, dia telah digantung 10 perlawanan. Terlepas kesemua baki enam perlawanan musim tersebut dan empat lagi disambung pada musim berikutnya.

Pada kedudukan 2-2, Pepe telah menolak pemain Getafe, Francisco Casquero dan pengadil memberikan penalti kepada Getafe.

Pepe yang bengang kemudian menyepak pemain itu di kakinya kemudian di bahagian belakang. Mujur tak kena dengan teruk.

Pemain itu berguling kesakitan dan Pepe pergi ke arahnya, merentap pemain tersebut sambil memijak kakinya.

Seterusnya Pepe turut mengasari Juan Albin. Iker Casillas yang merupakan pemain senior Madrid menenangkan keadaan.

15 years ago today, Pepe brought down Casquero in the penalty box & proceeded to stamp and even kick him twice. As Getafe players protested, Pepe then struck Juan Albin in the face. Pepe received a 10-match ban
byu/MrVISKman insoccer

Sebelum itu Pepe sudah pun dilayangkan kad kuning. Dia segera diperintah keluar padang. Ketika lalu di hadapan pegawai keempat perlawanan dia mencaruti pegawai itu dengan berkata: “Kamu semua ni anak sundal.”

Ketika sepakan penalti diambil Casillas menyelamatkan bola sepakan penalti panenka daripada lawan. Getafe mempersia siakan peluang terbaik mereka untuk mendahului.

Tidak lama selepas itu Real Madrid menjaringkan gol kemenangan menerusi Gonzalo Higuain. Dan Pepe melanggar satu lagi peraturan apabila dia meraikan gol itu bersama dengan rakan rakannya.

Jawatankuasa Disiplin RFEF kemudian mengesahkan Pepe digantung 1 perlawanan untuk kad merah, dan 8 perlawanan kerana kelakuan ganas ke atas lawannya. Dan 1 lagi kerana mencaruti pegawai perlawanan.

Tidak lama selepas itu Pepe meminta maaf di atas kelakuannya. Sambil menyatakan dia bukan pemain yang merbahaya di atas padang. Dia akui keadaan itu berlaku kerana tekanan.

Presiden Getafe ketika itu, Angel Torres mencabar Real Madrid untuk mengoyakkan sahaja kontrak Pepe kerana memalukan kelab segah Madrid.

Angel berkata: “Kelakukan Pepe tak boleh dimaafkan. Apa yang kita saksikan pada Selasa lalu, adalah kelakuan yang boleh menggalakkan keganasan di kalangan kanak kanak [yang menonton bola sepak].”

 

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi