15 Wonderkid Yang Gagal Mencapai Potensi Terbaik, Ada Yang Menceburi Bidang Muzik

Wonderkid merujuk kepada bintang yang menyerlah ketika mereka di usia muda. Dan biasanya mereka diletakkan harapan setinggi gunung untuk menjadi yang terbaik pada suatu hari nanti.

Jom lihat senarai 14 pemain wonderkid yang gagal mencapai peak terbaik seperti diharapkan.

1. Alexandre Pato

Bintang Brazil ini dianggap wonderkid pada ketika masih muda. Kariernya bersama AC Milan antara yang terbaik.

Anda pasti ingat gandingan KAPARO satu ketika dahulu di AC Milan.

Kaka yang sedang dalam peak bersama dengan Pato yang sedang meningkat naik dan Ronaldo Fenomeno yang evergreen.

Namun masalah utama Pato adalah kecederaan yang berterusan di dalam kariernya. Seterusnya adalah isu fizikalnya. Kemungkinan dia sukar mengawal berat badan kerana perubatan diambilnya untuk merawat kecederaannya.

2. El Shaarawy

El Shaarawy antara pemain yang sangat awal gerhana di dalam kariernya.

Pemain yang juga muncul dari AC Milan. Namun kisah beliau mirip kepada Alexander Pato. Kariernya bergelut dengan kecederaan.

Beliau pemain sangat berbakat dan boleh bermain di banyak posisi di serangan.

3. Oscar

Lincah dan kakinya seperti ada magnet pada bola. Gol turning cantiknya ke atas Juventus sentiasa diingati.

Cantik bukan?

Oscar dianggap New Kaka ketika beliau tiba di Chelsea. Namun beliau memilih untuk ke China dengan alasan Piala Dunia tak akan memberikan keluarganya makan.

Bukan soal tak cukup wang di Chelsea, kerana Chelsea mendakwa mereka memang mahu pemain itu kekal dan menawarkan kontrak baru yang besar. Tetapi memang beliau mencari wang yang yahudi banyaknya di China.

Oscar menjadikan alasan piala dunia tak akan memberikan keluarganya makan.

Namun berbeza dengan kenyataan beliau baru baru ini – Oscar menyatakan dia kecewa kerana tidak dipanggil pasukan Brazil.

Dan Oscar membuka pintu untuk bermain untuk China. Namun dia sedar itu mustahil kerana sudah membuat debut kompetitif dengan Brazil.

4. Leandro Damiao

Jika anda peminat Spurs, dan EPL, anda pasti ingat nama ini. Pernah dikaitkan dengan Spurs dan banyak pasukan di EPL.

Pemain yang diletakkanΒ  harga tak mampu milik oleh kelabnya pada satu ketika dahulu, yang menghalangnya untuk bermain di Eropah.

Isu Leandro adalah, pasukannya terlalu percaya dia adalah next Ronaldo Fenomeno dan tidak mahu menerima bidaan di bawah GHB40 juta. Masa tu angka tu tinggi.

Kini beliau hanyalah penyerang Brazil yang biasa dan terlalu cepat dilupakan daripada pasukan kebangsaaan.

5. Jese Rodriguez

Digelar pemain The Next CR7 ketika di Real Madrid. Kerana gaya gelecekan dan larian yang hampir sama.

Pemain yang memiliki gaya larian ala Cristiano Ronaldo dan sangat lincah. Namun semakin beliau bersaing di peringkat lebih tinggi beliau hilang dari radar.

Salah satu daripada masalah utama beliau adalah sukan berfoya foya. Dan siap buat video klip lagu lagi. Terlalu terbuai dengan status pemain Real Madrid dan membuatkannya hancur, dan gagal kekal lebih lama di kelab itu.

Dan terbaru, PSG menamatkan kontraknya tanpa sebarang syarat untuk membolehkan pemain itu bebas pergi ke mana sahaja.

Jesse memiliki gaya hidup yang tidak bagus untuk pemain bola sepak. Dia kaki parti sehingga dinihari.

Malah seringkali bersama sama dengan selebriti dan penah menghasilkan beberapa lagu.

6.Β  Tom Cleverley

Cleverley antara pemain yang dinaikkan pangkat oleh Sir Alex Ferguson ke pasukan utama. Bukan mudah untuk mendapatkannya.

Salah seorang pemain Inggeris yang dihype teruk oleh media satu ketika dahulu kerana kualitinya. Pernah dianggap sebagai pengganti kepada Paul Scholes kerana gaya permainannya yang box to box.

Isu kecederaan dan pembangunan beliau seakan akan tersekat.

7. Bojan Krkic

Pemain yang menggemparkan dunia pada satu ketika dahulu. Segalanya bermula dengan baik dan lancar.

Pemain yang memiliki rekod gol lebih 850 ketika di akademi sejak dari usia 9 tahun sehinggalah 20 tahun.

Namun beliau gagal untuk mencapai lebih banyak dalam kariernya walaupun ada beberapa piala major di dalam koleksi.

Masalah terbesar Bojan adalah terlalu dihypekan. Dia sendiri mengakui dia tertekan dengan label Messi baharu diterimanya.

Dan selesa untuk bermain dengan kelab kecil seperti Stoke yang dianggapnya lebih memberikannya erti kehidupan sebenar seorang pemain bola sepak.

8. Adel Taarabt

Jika anda mencari pemain persis Eden Hazard sebagai squad depth, maka Adel Taarabt adalah calonnya untuk mengisi bench pasukan anda.

Masalah disiplin membuatkan beliau hilang seperti abu. Pernah tak sehaluan dengan pengurus kerana tidak dilantik menjadi kapten.

Dan ketika di AC Milan pernah ditegur kerana tak menjaga berat badannya. Adel Taarabt pernah dianggap bakal menjadi sensasi baharu di dunia bola sepak. Namun sudah menjadi bintang dilupakan.

Kini bersama dengan Benfica.

9. Freddy Adu

Pasti ramai yang ingat dengan nama ini. Walaupun korang tak pernah tengok dia bermain, tetapi tak akan terlepas daripada mendengar namanya.

Media Amerika punya hype sampai menganggap Adu ni sebagai jelmaan Pele. Namun beliau tidak dapat menunjukkan kualitinya di peringkat tertinggi.

Freddy Adu tak pernah mengecapi kejayaan besar di arena bola sepak.

10. Alberto Aquilani

Tenang, visi yang tinggi dan keupayaan menjadi playmaker adalah kekuatan Aquilani.

Seorang lagi pemain yang seharusnya mencapai lebih banyak di dalam kariernya. Dianggap maestro genius ketika di AS Roma.

Dia ketika itu menjadi pesaing kepada Pirlo untuk tempat dalam pasukan kebangsaaan.

Namun selepas berpindah ke Liverpool, beliau terus gagal untuk mendapatkan prestasi terbaiknya lagi sehinggalah ke hari ini.

11. Mario Balotelli

Mr. Why Always Me ini sememangnya dianggap bakal menjadi bintang dunia satu ketika dahulu.

Disiplin menjadi isu utama kepada Mario Balotelli. Pemain yang berbakat besar ketika muda dan bermain dengan kelab besar dan pengurus ternama pada awal pembangunan kariernya.

Tak larat nak senaraikan kontroversinya di dalam dan di luar padang.

12. Jack Wilshere

Apa yang Jack Wilsher tak dapat buat kalau dia on form? Sukar mencari kelemahan permainannya. Kerana dia sangat lincah, kreatif dan berstamina tinggi.

Wilshere dianggap maestro ala Brazilian no.10 ketika beliau membangun sebagai bakat muda. Beliau mengubah cara bola sepak Inggeris yang bergantung kepada box to box yang lasak.

Namun kariernya hancur kerana kecederaan yang banyak sekali di dalam kariernya.

Beliau kini menjadi ejen bebas dan menyatakan hasratnya untuk kembali ke Arsenal.

13. Abou Diaby

Protege Arsene Wenger yang menyertai pasukan Arsenal.

Seorang lagi pemain kaca di dalam senarai ini. Wenger menganggap beliau sebagai salah seorang bakat muda luar biasa pernah diuruskannya.

Wenger menjangkakan sesuatu yang besar akan berlaku kepada kariernya. Namun malang sekali itu tak berlaku.

Abou Diaby terlalu rapuh. Ibarat, kena tiup angin pun boleh cedera. Ada sekali seorang penulis portal menyatakan, Aboud Diaby boleh cedera kalau kamu bersin di hadapan dia.

14. Gerard Delofeu

Siapa akan lupa dengan nama pemain ini. Pernah menjadi hits satu ketika dahulu.

Baru baru ini beliau mengakui, label next Messi bukan sahaja menghantui pemain seperti Bojan Krkic, malah turut terkena kepada beliau.

Graduan La Masia ini diletakkan harapan tinggi oleh Barcelona. Namun tidak cukup bagus.

Beliau pernah dibeli semula oleh Barca. Namun selepas itu dijual semula.

15. Royston Drenthe

Pada usianya yang muda dia menjadi pemain yang berjaya mendapatkan kontrak dengan Real Madrid.

Namun kariernya tak lama dan hilang begitu sahaja. Pernah bersara untuk menceburi bidang muzik dan lakonan tetapi tetap tidak berjaya di lapangan tersebut.

Kembali semula bermain bola sepak dengan kelab divisyen 3 Belanda. Dan baru baru ini diisytihar muflis oleh mahkamah di negaranya.

Ok, tu je la.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan