16 Kelebihan Seorang Gamer Kepada Dunia, Antaranya Lebih Bijak & ‘Leader’ Yang Bagus

Bermain game bukanlah hobi yang digemari oleh ibu bapa – pada anak mereka. Namun pada hari ini, semakin ramai ibu bapa membantu anak anak mereka untuk memastikan mereka bermain game dengan bijak.

Hal ini kerana ternyata bermain game mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Harus diakui ada banyak keburukan bermain game jika kita semua tidak bijak dalam mengatur masa. Malah kajian oleh saintis mendedahkan, kecanduan kepada game boleh menjadi satu masalah mental.

Namun jika korang seorang gamer yang bijak, ada banyak manfaat daripada permainan game ini. Di mana ada juga kajian menyatakan bahawa seorang gamers itu seorang yang cerdas dan ada kelebihannya.

1. Bijak memikirkan strategi

Seorang gamer yang bagus boleh mengaplikasikan kemampuan mereka mengatur strategi di alam nyata.

Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan menyusun taktik dan membuat pertimbangan dalam situasi tertentu.

2. Bijak mengendalikan tugasan

Gamers biasanya ada kemampuan mengorganisasi. Terutama sekali mereka yang sukakan permainan secara berpasukan.

Ia berkait rapat dengan nombor 1, tetapi ini lebih kepada sikap kepimpinan. Ya, permainan video mampu melahirkan pemimpin yang baik di alam nyata.

Penyelidik menyatakan bahawa pemain video game dapat menunjukkan motivasi yang berkorelasi dalam matlamat kerja mereka dunia nyata mereka.

Selain itu, penyelidik juga percaya, seorang gamers akan lebih cepat memikirkan solusi kepada masalah di tempat kerja.

3. Video games boleh melahirkan pakar bedah yang baik

Jika korang seorang pelajar aliran perubata, teredapat satu kajian menyatakan bahawa, seorang jurubedah pelatih yang merupakan seorang gamers yang bermain sekurang kurangnya 3 jam dalam seminggu akan memiliki kadar 32% kurang kesilapan berbanding yang lain.

Jadi, mereka mampu menjadi pakar bedah yang lebih cekap kerana mereka sudah melatih diri mereka berfikir dan mengelakkan kesilapan.

4. Mengatasi disleksia

Ada beberapa kes di mana, video game mampu membantu kanak kanak untuk keluar daripada masalah disleksia.

Satu kajian ke atas pelajar disleksia, menunjukkan bagaiman video game membantu pelajar itu meningkatkan pemahaman membaca mereka selepas sesi permainan yang berat.

Ini kerana, para penyelidik percaya bahawa permainan sentiasa berubah persekitaran yang memerlukan fokus yang kuat.

5. Memperbaiki penglihatan

“Jangan duduk terlalu dekat dengan televisyen” – itu merupakan salah satu tegahab oleh ibu bapa yang biasa kita dengar.

Namun saintis berpendapat sebaliknya. Di mana para saintis menemui permainan video membantu meningkatkan – bukan membebankan – penglihatan anda.

Dalam satu kajian, permainan selama 10 minggu dikaitkan dengan kemampuan yang lebih besar untuk membezakan warna kelabu yang berbeza.

Ransangan daripada variasi warna pada permainan video itu benar benar membantu korang menajamkan lagi sudut penglihatan.

6. Menanam minat kepada sejarah

Banyak permainan video pada hari ini yang menggunakan peristiwa sejarah sebenar untuk menggerakkan plot cerita mereka.

Karakter dan tempat tersebut kemudian dapat menimbulkan minat kanak-kanak untuk mengetahui lebih banyak mengenai budaya dan aspek sejarah yang lain — menurut para penyelidik.

Malah semakin ramai yang membaca buku sejarah dengan pemahaman yang sangat cepat kerana mereka menikmati alam tersebut di video game.

7. Membantu kanak kanak menjadi lebih aktif

Walaupun bermain video game ni dianggap santai dan bukan aktiviti terlalu fizikal. Namun sebenarnya, seorang kanak kanak yang aktif bermain video game akan memiliki tahap keaktifan yang tinggi apabila melakukan aktiviti luar seperti bermain bola di padang dan sebagainya.

Mereka juga biasanya memiliki keyakinan yang tinggi untuk terlibat.

8. Melambatkan penuaan

Ada beberapa games yang memerlukan pemainnya berfikir terutama sekali yang digelar ‘brain games’. Ianya melibatkan daya menyelesaikan masalah, daya memori serta beberapa aktiviti otak yang lain.

Ini akan membantu – terutama sekali mereka yang sudah berusia – untuk terus meningkatkan fungsi kognitif dalam diri mereka.

Ianya akan membantu melambatkan kesan penuaan kerana ransangan pada saraf tunjang – terutama sekali mereka yang sudah berusia 50 tahun ke atas.

9. Membantu mengurangkan kesakitan

Bagi pemain battle royale seperti PUBG, korang pasti sudah terbiasa dengan pain killer kan?

Sebenarnya konsep dia hampir sama cuma dilakukan dengan cara berbeza.

Di mana, jika koranga da mengalami kesakitan – bermain video game akan dapat membantu kita mengalihkan perhatian kita dari rasa sakit dengan memerhatikan sesuatu yang lain atau memberi tumpuan kepada mekanisme badan yang lain.

Tetapi bukan itu satu-satunya sebab mengapa permainan video adalah preskripsi untuk merawat kecederaan. Bermain sebenarnya boleh menghasilkan tindak balas analgesik (kesakitan) dalam sistem kortikal yang lebih tinggi.

Semakin imersif, adalah lebih baik – itulah sebabnya sistem realiti maya (virtual reality) mungkin suatu hari nanti akan menjadi teknologi penting di hospital, sama seperti cecair pembasmi kuman.

10. Meningkatkan perhubungan sosial yang baharu

Harus diakui di alam maya, ramai gamers yang bersikap biadap dan suka memaki hamun.

Namun sebenarnya, lebih ramai yang bersedia membina perhubungan dengan pemain lain. Dengan peningkatan mendadak permainan versi multi-player – ianya telah melonjakkan lagi kepentingan sosial di alam maya.

Di mana, semakin bagus pemain membentuk kumpulan di alam maya, maka semakin cepat mereka mencapai matlamat permainan secara bersama sama.

Tetapi, kajian juga menunjukkan video game juga boleh menyebabkan sosial dengan kawan kawan di dunia sebenar terputus.

Kajian menunjukkan semakin ramai yang tiada masa untuk berkumpul dengan rakan rakan yang rapat dengan mereka kerana bermain video games di rumah.

Kalau ada pun melepak kat mamak, dengan semua muka mengadap fon bermain game. Ini harus ditangani dengan bijak ye.

11. Membantu pesakit sklerosis

Oleh kerana skelorosis melibatkan masalah beberapa saraf, bermain video game dapat membantu pesakit sklerosis dalam isu berkaitan keseimbangan kordinasi badan mereka.

Oleh kerana pengidap sklerosis sering mengalami masalah dengan keseimbangannya – dan tidak ada ubat yang terbukti dapat membantu.

Walaubagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa pesakit MS yang bermain permainan memerlukan interaksi fizikal ketika berdiri di atas papan keseimbangan menunjukkan ada peningkatan selepas itu.

12. Memperbaiki kebolehan membuat keputusan

Kita semua tahu seseorang yang mahir dalam menggunakan CPU lebih pantas daripada kita yang lain, dapat mengambil maklumat atau bertindak balas lebih cepat dalam beberapa saat.

Bagi sesetengah orang, kemampuan itu dapat diperkuat melalui permainan video. Ini kerana maklumat baru selalu dipaparkan semasa bermain, pemain terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat.

Dalam satu kajian, pemain yang bermain dalam permainan yang memerlukan kelajuan dan kepantasan adalah 25 peratus lebih cepat dalam menjawab pertanyaan mengenai gambar yang baru mereka lihat berbanding dengan bukan pemain permainan video.

13. Mengurangkan tabiat buruk lain

Pemain yang sibuk dengan permainan video biasanya akan dapat mengatasi masalah seperti makan berlebihan, merokok, atau minum minuman keras.

Ini kerana mereka yang sangat suka bermain permainan video ini biasanya akan memberikan fokus mereka kepada permainan berbanding dengan perkara lain.

Satu kajian di Universiti menyatakan, pemain video game akan dapat mengurangkan sehingga 24% daripada tabiat buruk mereka yang lain selepas bermain banyak permainan video bercirikan penyelesaian masalah.

14. Mengurangkan stress

Walaupun ramai yang selalu stress sampai pecah dualshock ketika bermain game. Namun sebenarnya, lebih ramai yang menikmati dan seronok bermain video game.

Satu kajian dibuat pada seorang pemain video game selama enam bulan. Hasilnya menunjukkan pemain tersebut dapat mengurangkan serangan adrenaline sehingga 50%.

15. Membantu interaksi pesakit autisme

Bermain video game sebenarnya dapat membantu pesakit autism untuk berinteraksi dengan orang lain dengan bermain dalam satu pasukan.

Ini kerana konsep permainan yang mengejar kemenangan secara berpasukan akan meningkatkan kerjasama dalam kumpulan.

16. Kerjaya

Bermain video game boleh dijadikan satu kerjaya, sama ada secara sepenuh masa ataupun separuh masa.

Pada hari ini ramain atlet e sukan profesional yang menjana wang yang banyak daripada bermain video games.

Sumber: Mentalfloss

Baca yang lain