16 Pemain Terima Kad Kuning Serentak Minit Ke-82

Di liga Republik Czech berlaku satu peristiwa pelik di mana ada 16 pemain dilayangkan kad kuning secara serentak.

Peritiwa itu berlaku pada Sabtu lalu, ketika aksi melibatkan pasukan liga bawaha div.10 Czech.

Pemain pemain Upohlavy mengetahui bahawa mereka tidak mampu melawan Libochovany. Ditambah dengan hakikat bahawa mereka turut beraksi di markas kuat Libochovany.

Dalam aksi sebelum perlawanan ini, Upohlavy dibelasah lunyai 10-0 oleh Zitenice.

Seperti dijangka mereka menjadi mangsa belasahan dalam perlawanan tersebut. Dengan Libochovany mencetak gol pertama seawal minit ke-7.

Libochovany menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 5-0.

Jadi, pemain pemain Upohlavy dikatakan mahu mencipta momen yang mereka akan ingati. Mereka mahu mencetak gol dan meraikannya.

Mereka ketinggalan 6-0 sehigga minit ke-81. Dan pada minit ke-82, Martin Blizil menjaringkan gol saguhati pertama Upohlavy.

Dan ianya menimbulkan euforia yang luar biasa. Difahamkan kesemua pemain mereka meraikan gol ibarat menjaringkan gol kemenangan pada final Piala Dunia.

11 pemain utama mereka telah menanggalkan jersi mereka meraikan gol pertama mereka hari itu.

Kesannya, kesemua 11 pemain dilayangkan kad kuning. Sementara 5 lagi kad kuning untuk pemain simpanan mereka yang masuk meraikan gol ke dalam padang yang dianggap mengganggu perlawanan untuk dimulakan semula.

Dalam facebook rasmi kelab, admin menulis: “Perlawanan lalu, keputusan tidak seperti yang kita harapkan.”

“Semua orang yang hadir terkejut apabila pemain kita mungkin baru sahaja mencipta rekod dunia, ketika kita mengurangkan defisit gol kepada 6-1. Di mana semua orang meraikannya dengan menanggalkan jersi.”

“Dan pengadil tak bagi peluang dengan kita lalu melayangkan kad kuning.”

“Apabila kita gagal mencapai kemenangan, tidak bermaksud kita sudah hilang rasa kelakar.”

“Terima kasih kepada sokongan anda semua penyokong kami dan jumpa lagi pada musim bunga.”

Semangat keraian itu sebenarnya memberikan kesan tersendiri kepada mereka. Kerana 4 minit kemudian, mereka mencetak 1 lagi gol menerusi Miroslav Bartos. Namun kali ini keraian mereka bersih di mata pengadil.

Tamat perlawanan Libochovany 6 Upohlavy 2.